Pages

Friday, 4 September 2015

SIAPAKAH MAKCIK???....- siri 2





MAKCIK pensyarah…..lulusan ipta dalam negara, mengajar madah ada kaitan dengan bidang agama di KUIN sekarang…..kemudian kerana kepandaian dan kemahiran MAKCIK yang sangat melampau yang MAKCIK ada…MAKCIK dilantik jadi ala-ala penasihat undang-undang…direhatkan mengajar sementara sahaja….tapi itu cerita lama…….(barang lama jangan dikenang..kalau di kenang rosak undang-undang…ehh..betul ke peribahasa ni)….dengan pemerintahan lama…bila pemerintahan baru…ingatkan MAKCIK nak pencen ke…direhatkan ke…sebab dulu-dulu MAKCIK dengan ketua lama undang-undang dan prosedur ubah sana ubah sini….tapi KUIN la ni sama sahaja…..ku sangka panas sehingga ke petang rupanya ribut yang melanda…..

Mana ada orang lain layak jadi LA, makcik lah paling layak! Kah kah kah terdesak sungguh kuin asyik nampak makcik aje…ini peluang MAKCIK…sekarang MAKCIK masih terlibat juga dengan undang-undang walau MAKCIK tak buat CHAMBERING(lesen penuh LAWYER)….jadi penasihat....jadi penyiasat, lesen PI tak ada lah….tak tau lah……dulu masa masih CIK dilantik…sekarang dah MAKCIK tapi dilantik lagi……mesti larrrr berELAUN RM5xx lagik! Duit tambah takkan nak tolak kot…lepas juga lah MAKCIK topup bayar bulan BANGLO baru MAKCIK di kuala ketil ni. Apa? Jelesss kerrr???...apa yang dinasihatkan mengenai undang-undang MAKCIK ikut je kehendak rektor….mungkin MAKCIK perbetulkan apa yang tak betul kot…mungkin prosedur-prosedur yang tak betul tu dibetulkan supaya KUIN akan mengalami proses jadi lebih elok yang berterusan ikut nafsu rektor…mungkin juga MAKCIK sedang menggubal beberapa undang-undang KUIN supaya prosedur-prosedur sediada diberi nafas baru, idea baru,  supaya ‘jadi elok’ ikut nafsu rektor yang berterusan dan berpanjangan berleluasa di bumi indah Kampus Kuala Ketil……entah lah, MAKCIK pon tak sedar apa MAKCIK buat ni! MAKCIK dipengaruhi minda separuh sedar macam kena pukau…bagus MAKCIK kan?…warga KUIN patut memberi kredit kepada MAKCIK atas jasa-jasa MAKCIK…..bravo…..bravo..



KRONOLOGI MAKCIK:
Ø  Mula mintak kerja KUIN sekitar 2008, senyum-senyum dengan semua kakitangan, masih cik.
Ø  Dilantik oleh Jamil jadi spy macai kutip info sokongan staf ala-ala JASA.
Ø  Usahasama dengan Jamil ubah perlembagaan KUIN, dilantik penasihat undang-undang jamil dan kuin.
Ø  Bekerjasama dengan jamil lantik Karpal Singh ketika itu sebagai peguam KUIN lawan 5 pelajar KUIN di mahkamah. Keputusan mahkamah kuin kalah.
Ø    Kalah sebab CIK gagal beri nasihat undang-undang kuin nak guna AUKU(ipta) atau AKTA 555(ipts), CIK keliru! Lagi pun CIK takda BAR CHAMBER…
Ø   2012 tukar status dari CIK jadi MAKCIK, belum insaf!
Ø  Hingga kini dilantik PUU(penasihat undang undang) kuin oleh rektor sekarang sebab ada pengalaman senang ubah perlembagaan kuin sampai LINGKUP kuin serta tambah kuasa rektor, TANPA kelulusan di peringkat kerajaan.

#takdapatPUastrodapatPUUkuinponjadilah

Thursday, 3 September 2015

SIAPAKAH SAYA??? - siri 1

- dulu saya sekolah agama di kedah peringkat menengah, ketua murid lagi, kawan-kawan kata saya budak pandai budak bijak.
- lepas tu pi Mesir buat ijazah. Tang ni pun kawan-kawan kata saya pandai.
- habih ngaji saya mula kerja dengan KUIN sekitar lewat 90an. Depa panggei saya ustad.
- sejak tu saya kerja kerja kerja sampai la ni.
- mulai tahun 2008 saya pasang cita-cita, saya nak jadi Pendaftar KUIN.
- tapi la ni belum lagi la, satu step ja lagi! Sebab tu saya kena jadi 'yes man' kepada boss saya iaitu Rektor sejak 2008 sampai la ni.
- setiap kali KUIN dapat rektor baru, sayalah yang akan sambut dia pada hari pertama. Tunjukkan tempat-tempat menarik di kedah ni sambil cari-cari rumah sewa untuk rektor.
- saya tak kira siapa di KUIN ni, janji rektor naikkan pangkat saya naikkan gred saya. Untuk tu saya mesti buat semua apa yang rektor suruh walau saya tau benda tu salah. Hasilnya, saya telah dinaikkan pangkat jawatan 2 kali dalam masa setahun! Hihihi...hebat tak saya? Lantak pi la depa nak kata apa dalam KUIN ni sebab KUIN ni swasta.
- saya kena tunjuk saya bijak, cakap pandai.
- saya akan salahkan balik pihak yang cuba tunjuk salah saya, kan saya bijak?
- saya suka pi Hatyai. Paling seronok saya pi Dubai lah dengan rektor la ni.........cuba tengok hasilnya, beribu-ribu orang Dubai telah mai mendaftar jadi pelajar KUIN! Ada peluang tak saya jadi Pendaftar KUIN?

Wednesday, 2 September 2015

KPi REKTOR KUIN SEKARANG?... = GAGAL!!!







Tengok lah apa yang yusuf kasim dokumenkan...canangkan...semasa konvokesyen pula tu. Tahun 2015 kuin ada 15,000 pelajar! Yaaaaaaa 15,000.......tapi semua orang boleh datang check di pejabat KUIN berapa bilangan pelajar sekarang? Ada 4,000 ++ saja. Maknanya yusuf kasim GAGAL tambah bilangan pelajar baru, kamu GAGAL capai kpi yang kamu janji kepada kerajaan negeri. Bandingkan ramai pelajar baru masuk KUIS, KUIM atau KUISAS....

Kerajaan negeri dah beri 2 tahun tapi kamu gagal, paham paham lah datuk rektor!

Tuesday, 1 September 2015

WARKAH SEPTEMBER!...MASIHKAN WARGA KUIN INGAT



Bacaan ringan-ringan buat warga KUIN yang disayangi……


Wahai warga KUIN…marilah kita bangkit bersama-sama supaya KUIN bebas dari cengkaman pemimpin yang zalim. Cuba kita semua mengingati memori 2008 sehingga kejatuhan JAZAN pada 2013. Masihkah kau ingat wahai warga KUIN…. pasti anda ingat semua cerita KUIN kan…kalau tak ingat boleh scroll blog ni dan baca dengan teliti.


Mari kita mengimbau kembali….

PERTAMA:
Siapakah pencacai Jamil? Mr. SS…..MR. BIG…Wansu….dan ..dan..dan…Kenapa sehingga hari ini  (ada yang dah keluar..yer) mereka masih menjadi “macai”. Kenapa dan mengapa….apakah sumbangan “nasihat” mereka kepada KUIN? Yang sorang tu pegang akademik…lama sungguh pegang akademik….ada penambahbaikan? Faham-faham ajer lah yer…Yang sorang lagi tu ada jawatan …..dengar citer bawak masuk bisnes ke KUIN? promot KUIN? berapa ribu pelajar yang mereka bawa masuk…1000, 2000, 3000….? Tolong buktikan....jangan cakap sahaja…cakap sahaja, budak umur 3 tahun pun boleh cakap dah zaman sekarang …pandai baca novel lagi..….setakat cakap semua orang boleh buat……kenapa mereka ini tidak “direhatkan” untuk sementara supaya mereka tidak menjadi “PEROSAK”. Prestasi “NASIHAT” mereka ini pada tahap yang sangat lemah…terbukti lemah..betui tak..kalau banyak  bawa masuk duit ke KUIN..mana buktinya…..KUIN rugi bayar gaji depa ni mahai…sorang tu Pentadbir Kana nasal Kedah gred 52 kononnya kerja apalah sangat setakat hantar dokumen ke KL pakai driver naik flight opis boy pon boleh buat….yang sorang lagi tu minta dilantik pensyarah kana nasal Terengganu asyik menabur janji nak bawa masuk duit berjuta pelajar beribu kepada KUIN tapi tak ada punnngggg…..KUIN dok kena kecoh sampai la ni dengan spesis-spesis berdua ni!

KEDUA:
Ada beza tak rektor dulu dengan sekarang…..atau sama sahaja….Cari sendiri lah dan fikir-fikirkan….Adakah kita semua wahai warga KUIN mendengar dengan teliti setiap ucapan.. yang dihidangkan ke lubang telinga cuping telinga kita pada setiap perjumpaan atau pada majlis-majlis tertentu…kerja kena ikhlas, saya tidak claim, saya dah buat itu, saya dah buat ini, saya juga buat itu, saya juga buat ini, saya taja itu saya taja ini, pok pek pok pek itu,ini, itu…bla..bla..bla..bla…dan bla..bila nak habis daaa……habis tu kita warga KUIN tak pernah buat apa-apa ke…....bila KUIN ditubuhkan? siapa yang ada ketika itu……kita semua wahai warga KUIN. Ingat wahai warga KUIN…KUIN pernah berada pada tahap yang bagus…masa itu mereka-mereka ini ada tak? Sikit-sikit prestasi…sikit–sikit KPI…KPI kita sebagai staf..kita tau….nak itu..nak ini..program itu program ini..kena tulis itu dan ini dan itu dalam laporan..Bos kita bagi tau dah KPI kita…Habis tu KPI “DIA” bagaimana pula….KPI DIA bilangan pelajar-pelajar yang masuk KUIN…..capai tak sasaran….pembangunan staf KUIN….dah ok ker..kena lah ingat..pembangunan staf…ada staf pentadbiran..…CUBA FIKIR….


 KETIGA
Masalah…kemusykilan….mana nak disalurkan…tentulah ada masalah….ada di buat tak perjumpaan setiap bulan dengan Rektor..agar beliau lebih mendekati kita semua..menyelami hati kita semua.bukankah itu salah satu ciri-ciri pemimpin…setiap kali perjumpaan…sesi soal jawab pun tak ada….one way communication sahaja.. ..itu omputeh cakap lah….macam mana nak menyelesaikan punca masalah ..kalau tidak mendekati staf….staf–staf tertentu didekati…dijadikan spy….bertambah tambah lah sifat –sifat “PEROSAK” ni…

Nak tulis memang banyak lah….        WAHAI WARGA KUIN..BANGKITLAH….DULU RAMAI YANG LANTANG SEKARANG RAMAI YANG DIAM ..BIARKAN MEREKA…BIARKAN MEREKA MEMBISU….KITA JANGAN JADI “HAIWAN PEROSAK” KEPADA BANGSA, AGAMA DAN ORGANISASI KITA…..

BANGKIT ..LAH….KITA TAK NAK DAH YANG SAMA SAHAJA MACAM DULU…KITA TAK MAU…SAY NO TO “SAMBUNG KONTRAK REKTOR”!!!!