Pages

Wednesday 26 August 2015

BERJAYAKAH MOHD YUSUF KASIM MINTA SAMBUNG KONTRAK JADI REKTOR KUIN???

                                                                          





Analisis Ketua Editor, 26 Ogos 2015 - Sepanjang bulan ini setelah membaca dan meneliti laporan laporan oleh para wartawan BERITAKUIN di lokasi yang sahih lagi benar, melainkan yang benar benar belaka, didapati laporan berkenaan Mohd Yusuf Kasim Rektor KUIN sekarang adalah paling KRITIKAL dan mencuri tumpuan dunia!
Persoalan utama di sini ialah BERJAYAKAH MOHD YUSUF KASIM MINTA SAMBUNG LAGI KONTRAK SEBAGAI REKTOR YANG AKAN TAMAT SEPTEMBER 2015 INI DARIPADA KERAJAAN NEGERI? Melihat kepada usaha usaha Datuk Yusuf Kasim yang DESPERADO iaitu:

- menggunakan Timbalan Rektor Akademik, Prof Dr Che Ani Ahmad untuk MEMAKSA semua DEKAN-DEKAN menandatangai SURAT sokongan sambung kontrak dengan hajat untuk dihantar kepada MB. Sekali lagi, dekan dekan diPAKSArela....

- menggunakan kakitangan Jabatan PRO KUIN untuk memasukkan berita ke akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Ogos 2015, iaitu berita Datuk Yusuf Kasim dapat Anugerah Pendidikan CMO Asia di Singapura yang kononnya bertaraf dunia berprestij susah nak dapat! Juri, calon calon bertanding anugerah itu boleh dipersoalkan kerana tak terkenal pun! Bayar keahlian dan isi borang mohon anugerah! Jika taraf dunia mengapa tiada seorang pun wartawan Malaysia buat liputan di sana? Kasihan...terpaksa beri gambar sendiri kepada kakitangan jabatan tersebut suruh hantar ke akhbar sinar. Inilah 'masuk bakul angkat sendiri' kerana sudah DESPARADO!

RESOLUSI: Nampaknya para kakitangan KUIN sudah tidak memerlukan khidmat orang seperti ini, sudah 'mual' tambahan pula perangai ini dibuat di negeri Kedah Darul Aman. Lebih ramai dilihat lebih layak dilantik sebagai REKTOR BAHARU mulai September 2015 nanti, yang boleh bawa KUIN lebih cemerlang. KUIN tidak perlukan lagi Datuk Yusuf Kasim yang sudah PENCEN itu kerana tidak bawa KUIN ke mana-mana pun.

Tuesday 25 August 2015

MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI..MASUK LIF TEKAN SENDIRI, TAPI LIF TAMAT TEMPOH LESEN!

Panass..panasss...masih panasss!

Suruh kakitangan masuk berita dalam paper nak tunjuk bagus, buat cerita teruk nak dapat anugerah nie! Nak tunjuk bagos ke Rektor? Supaya disambung kontrak? Sedarlah kakitangan dah tak mahu kamu!




Kamu pening ke mengapa?
1. Kamu Rektor cakap dekat semua kakitangan jangan CLAIM duit lepas buat kerja, kerja ikhlas sudahlah.
2. Kamu HINA kakitangan sejak mula kamu datang ke KUIN.
3. Kamu PAKSA kakitangan POTONG GAJI derma nak buat surau dekat asrama.
4. Kamu PAKSA kakitangan potong gaji derma buat majlis hari raya baru ni.
5. Kamu tahan tak bayar BONUS hujung tahun 2014  lagi SUKU (1/4) kakitangan Gred 41 ke atas sampai sekarang walaupun negeri dah bayar duit tu peruntukkan asing. Negeri bagi SETENGAH, kamu bayar SUKU saja kepada kakitangan. Mana duit tu Rektor?
6. Mana dia perumahan staf yang kamu janji sejak 2013 lagi?
7. Kamu target bulan Julai 2015 ada 2,800 pelajar baru masuk KUIN, tapi yang datang 800 saja! Bila tak sampai target kamu kata kakitangan SABOTAJ pulak! Kamu TUDUH staf bubuh PASIR dalam PERIUK kuin sendiri. Banyak cantik budi bahasa kamu?
8. Bila 2015 universiti penuh kamu tak capai, kamu ubah jadi 2016. Cakap manis!
9. Kamu canang kawan kawan CEO korporat kamu ramai boleh derma JUTAAN ringgit, tapi nak buat surau dan jamuan raya pun PAKSA sumbangan STAF dan PELAJAR, paksa rela!

KESIMPULAN
Datuk Rektor sekarang tidak diperlukan lagi dah, sila tinggalkan KUIN. Kakitangan KUIN harap KONTRAK Datuk Rektor TIDAK DISAMBUNG!

LUARBIASA TERLAJAK HEBAT REKTOR KUIN SEKARANG!









Berita ini dibawakan daripada KUIN Online News, 25 Ogos 2015.

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bakal melakar sejarah tidak lama lagi.  Hasrat Rektor KUIN untuk menjadikan kolej ini terkenal dan ternama di serata-rata  akan menjadi kenyataan apabila kolej itu bakal mengumumkan pembukaan sebuah taman hidupan liar. KUIN sememangnya berpotensi menjadi sebuah Wildlife Park. Setelah sasaran 9000 orang pelajar tidak kesampaian, Rektornya yang juga seorang pakar ekonomi terulung di rantau ini berhasrat menjadikan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil sebagai wildlife park ala ala MINI JURASSIC PARK yang terbesar di Malaysia dan bakal menjadi pesaing kepada Wild Life Park di negara-negara terkenal  di benua Afrika tentunya.  Tanda tanya kakitangan dan orang-orang luar seperti waris kepada pelajar, tetamu-tetamu selain pegawai-pegawai dan orang-orang kenamaan di negeri jelapang padi itu mengapa rumput dibiarkan panjang dan subur bakal terjawab. Sebenarnya rumput dibiarkan panjang untuk tujuan pembiakan haiwan khususnya spesies yang dikatakan kian pupus seperti ular tedung selar (termasuk ular LIDAH BERCABANG), harimau bintang, beruang panda, harimau belang, buaya bermulut panjang, orang utan dan lain-lain spesies haiwan yang bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri Kedah khusunya  pelancong-pelancong dalam daerah Baling. 




Rektor KUIN yang  juga memang seorang yang berpandangan jauh telah mempunyai perancangan yang begitu teliti dibantu pakar-pakar penasihat beliau CA, HB dan SS apabila beliau telah menyediakan satu kawasan berhampiran pintu pagar belakang KUIN yang bakal dijadikan kawasan padang pasir ala ala Gurun Sahara, Gobi atau Kalahari yang dilengkapi dengan unta-unta pembodek dan pohon kurma melambai-lambai kepada para pelancong. Kawasan tersebut telah ditambun dengan tanah gersang hasil pemberian derma 1TGB (One Tanah Gersang Bhd) dan tanah tambun waqaf daripada orang luar kepada pihak KUIN khususnya kepada RKI (Rektor KUIN Incorporated).

Sebenarnya, kewujudan taman hidupan liar ala-ala Jurassic Park ini dijangka akan dapat menambah pendapatan KUIN bagi membolehkan kolej itu menjadi Universiti penuh dengan cepat dan Rektor dapat menambah pula pendapatan beliau daripada 45 ribu sebulan kepada 50 hingga 55 ribu sebulan (tengok nasib da). KUIN Online News mengucapkan syabas kepada Rektor KUIN!

SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERBHG. DATUK REKTOR



SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERBHG. DATUK REKTOR
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
KAMPUS KUALA KETIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sememangnya kedatangan surat terbuka buat tatapan Datuk ini tidak diundang tetapi saya rasa terpanggil untuk berbuat demikian memandangkan pengurusan Kolej Universiti Insaniah di bawah naungan Datuk sedang menuju kehancuran.

Ingin saya membawa Datuk untuk mengimbau kenangan pahit kakitangan dan pelajar sejurus selepas kedatangan Datuk ke KUIN. Kedatangan Datuk ke KUIN dihadapi mereka dengan perasaan bercampur-baur – antara suka dan duka.  (1) Suka kerana mereka sudah terlepas daripada cengkaman Dato’ Wira Jamil Osman [JAZAN] yang selama lebih 5 tahun berada di KUIN telah menggunakan pentadbiran kuku besi ala Hitler dan mengambil kesempatan penuh untuk menghancurkan satu pusat pengajian Islam yang dibina atas dasar untuk menghidupkan ilmu berasaskan Islam di rantau ini. Kehancuran yang dibawa oleh beliau itu ialah apabila lebih 45 program pengajian dibawa masuk tanpa satupun tinjauan pasaran dibuat untuk melihat kebolehpasaran program-program yang baru diperkenalkan. Akibatnya, lebih banyak kerugian yang terpaksa dihadapi daripada keuntungan yang diharap-harapkan. Akhirnya, bermulalah episod kehancuran yang memberi kesan perit kepada kakitangan apabila gaji lambat dibayar dan pembayaran kepada pihak ketiga tidak dibuat. Kakitangan menghadapi kepayahan disaman bank dan institusi kewangan. Jadi, apabila turunnya Dato’ Wira [JAZAN] pada ketika itu dan bangkitnya parti Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, kakitangan merasakan kebahagiaan sebentar cuma.  

(2) Duka kerana mereka mengharapkan sarjana Pengajian Islam yang datang untuk memimpin mereka ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, yang datang ialah seorang yang hanya mempunyai ijazah Sarjana tiada PhD dan di dalam bidang Ekonomi pula. Keresahan timbul pula apabila mereka mendapat tahu yang pemimpin yang mereka harap-harapkan ini menuntut gaji yang terlalu mahal – RM40 ribu sebulan. Ini bukan satu amaun yang sedikit, Datuk. Ditinjau gaji-gaji Naib-naib Canselor IPTS atau CEO IPTS pun tidak sampai jumlah sebegini lumayan. Apakah hebatnya Datuk ini jika dibandingkan dengan Profesor Jomo Sundaram, pakar ekonomi Universiti Malaya, atau Profesor Emeritus Mohamed Ariff, MIER, misalnya? Sebenarnya, Datuk ini ibarat “orang masuk bakul, angkat sendiri”. Anugerah CMO Asia yang Datuk perolehi itu pun bukanlah  satu anugerah berprestij seperti yang diuar-uarkan. Lihat sahajalah para para juri dan panel yang berada di dalam lembaga CMO Asia tersebut? Boleh dilihat hampir semua juri orang negara INDIA. Apa hebatnya? Tak hebat pun! Calon calon yang bersaing pun dalam kategori anugerah itu boleh dipertikaikan. Menang tanpa bertanding kah Datuk? Bayar yuran keahlian mahal, penganjur kena ciptalah anugerah kan? Kakitangan tidak sedikit pun merasa hairan dengan anugerah tersebut kerana kebahagiaan mereka telah dirobek oleh dasar kepimpinan Datuk yang haru biru ini.

Yang Berbhg. Datuk

Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang sedang bermain di dalam kotak pemikiran semua kakitangan KUIN. Pelbagai janji yang masih ditagih. Berikut kakitangan senaraikan apa yang perlu dijawab oleh pihak KUIN (khususnya Datuk sendiri) yang selalu ditanya oleh kakitangan. Di antaranya adalah :
1.    Mengapa sudah berpuluh-puluh MOU telah ditandatangai oleh pihak KUIN bersama pihak luar, tetapi apa yang berlaku sehingga kini? Apa sudah jadi dengan perjanjian persefahaman Universiti Alexandria, Mesir? Apa sudah jadi dengan Yayasan Pondok Malaysia? Apa sudah jadi dengan Council of Islamic Chinese Relations? Apa sudah jadi dengan IAIN Samarinda Indonesia? Apa sudah jadi Datuk? Kenapa tiada khabar berita? Apa strategi Datuk dengan berpuluh-puluh MOU yang sudah Datuk tandatangani itu? Jangan hanya mempamerkan MOU tersebut di almari kaca Datuk sahaja.

2.    Bagaimana perkembangan Sekolah Bestari? Khabarnya sekolah tersebut telah dijual. Di manakah wangnya, Datuk? Berapa harga jualannya? (Kakitangan pun ingin tahu juga). Mengapa satu ketika dahulu Datuk beriya-iya benar untuk meneruskan sekolah itu walaupun diketahui ramai tidak produktif, umpama “memikul biawak hidup”. Kenapa Datuk?

3.    Bagaimana dengan program Kejuruteraan dan Multimedia Kreatif yang menelan belanja ratusan ribu ringgit? Kalau mahu hentikan program-program tersebut mengapa pula dilantik Dekan yang baru dan  tidak pula diambil di kalangan staf akademik sedia ada? Mengapa, Datuk?

4.    Di awal kedatangan Datuk, masihkah Datuk ingat apabila Datuk dan team Datuk mensasarkan KUIN menjadi Universiti penuh pada tahun 2015 tetapi sekarang  telah dianjak kepada 2016. Tak malukan Datuk ubah-ubah? Itu tanda tiada yakin dalam kepimpinan. Tidakkah cukup pakar-pakar yang ada di KUIN untuk merealisasikan hasrat ini? Mana pakar Ekonomi? Mana pakar Maqasid Syariah? Mana pakar Perbankan Islam? Mana pakar Pendidikan? Mana Pakar Kaunseling? Mana pakar Pengajian Islam? Di manakah mereka yang boleh mendokong hasrat Datuk ini? Adakah mereka masih tetap di belakang Datuk? Mengapa kakitangan lihat yang lahir adalah pakar cabutan minit dan pakar putar belit pengurusan HEA?

5.    Penyampaian akademik di KUIN masih di takuk lama. Pendaftaran subjek masih lagi tunggang langgang, jadual waktu masih lagi bertindih. Mana mungkin hasrat Datuk ini tercapai jika perkara asas ini masih terkial-kial untuk diselesaikan. Mana mungkin, tak begitu, Datuk? Atau memang Datuk yang pencetus penggemar budaya begini di ipt ipt tempat Datuk bekerja sebelum ini?


6.    Sasaran pelajar asalnya sebanyak 9000++ jika pindah ke Kampus Kuala Ketil, apakah sasaran ini telah dicapai? Ataupun sasaran ini perlu ditangguhkan lagi dan lagi? Sasaran di atas kertas adalah sangat mudah untuk dilakukan, tetapi realitinya cukap sukar untuk dilaksanakan. Dan Timbalan Datuk selalu pula merungut sasaran pihak kewangan sebanyak 2800 pelajar terlalu tinggi. Apa sudah jadi dengan jumlah pelajar 9000++ yang Datuk sasarkan di awal kedatangan dahulu? Mengapa tidak kesampaian, Datuk?

7.    Kemasukan pelajar dicanang seolah-oleh mencapai sasaran tetapi kenapa pula tidak Datuk dedahkan % pelajar yang berhenti? Dengar kata ramai yang keluar. Mengapa, Datuk?

8.    Isu penyelenggaraan seperti rumput, tandas, lif dan sebagainya tampaknya masih haru biru dan kelam kabut. Kemunculan ular tedung di halaman kampus Datuk bakal menimbulkan kegusaran para waris. Jika mereka dikhabarkan pula dengan angin yang mengatakan ada kakitangan dipagut ular, bayangkanlah apa persepsi masyarakat terhadap pengurusan Datuk. Janganlah Datuk letakkan tanggungjawab itu kepada pihak Pembangunan atau mana mana pihak sekali pun. Dengan gaji yang lumayan itu, Datuklah yang bertanggungjawab penuh ke atas semua permasalahan ini. Bukankah begitu, Datuk?

9.    Perpindahan kakitangan dari Alor Star ke Kuala Ketil meruntun emosi lebih separuh kakitangan Datuk. Ada yang terpaksa berulang-alek dengan gaji yang entah seberapa, bukan macam gaji Datuk RM40k. Ramai pula yang merungut terpaksa menaiki kenderaan awam dan bangun seawal 4 pagi untuk bersiap ke pejabat di Kuala Ketil. Ada pula yang mengadu sakit belakang dan demam deman dek kerana terpaksa berulang-alik saban hari. Kontrak penyambungan bas dari Alor Star ke Kuala Ketil juga masih samar-samar. Kasihanilah kakitangan Datuk yang mengharapkan sesuap nasi berhempas pula dalam dingin pagi untuk datang ke kampus hutan belantara Datuk ini. Seperkara lagi, Datuk pernah menjanjikan perumahan kakitangan kepada kakitangan. Tetapi janji tetap hanya tinggal janji. Di manakah perumahan kakitangan tersebut? Janganlah mereka disuruh membayar 700-800 ringgit setiap bulan menyewa di kawasan Kuala Ketil (yang begitu mahal kos sara hidupnya akhir akhir ini). Di manakah penghujungnya isu perumahan kakitangan ini, Datuk?

10. Tidak cukup dengan bebanan-bebanan seperti disebut tadi, Datuk tergamak memaksa kakitangan untuk mengeluarkan wang yang tidak seberapa itu untuk menderma pembinaan surau KUIN, berbelanja untuk jamuan Aidil Fitri 2015 dan segala macam derma yang Datuk minta kakitangan beri kepada KUIN. Tidak cukupkah  Datuk minta  kakitangan berkorban berpindah randah satu ketika dahulu dengan wang ringgit poket sendiri. Tidak cukupkah pengorbanan kakitangan Datuk?

Mungkin inilah nasihat yang ingin disampaikan oleh kakitangan kepada Datuk. Janganlah lena dibuai gah kejayaan anugerah-anugerah yang dikatakan berprestij. Contohnya sudah jelas anugerah CMO itu bukan satu anugerah yang boleh dibanggakan pun. Lainlah kalau anugerah daripada Universiti Cambridge atau Oxford atau Harvard atau Al Azhar. Barulah gah, Datuk.

Yang Berbhg. Datuk
Silalah Datuk fikir-fikirkan lah apa yang diperkatakan ini.  Datuk sebenarnya gagal membawa KUIN ke mana mana. “Balik balik duk tang tu juga” kata orang Kedah. Semboyan telah berbunyi. Datuk fahamlah siren yang dibunyikan menandakan Datuk sudah tidak diperlukan di sini. Tidak perlulah menghantar Prof Che Ani Mad untuk mengirim surat sokongan para Dekan kepada YAB Menteri Besar bagi memastikan kerusi jawatan Datuk di KUIN terjamin. Masih ramai yang boleh dan mampu menggantikan tempat Datuk. Masih ramai lebih layak, percayalah!
Terima kasih kerana sudi membaca luahan ini, Datuk.


insan peka tapi tak lena....

Friday 21 August 2015

MINTAK GAJI 45K SEBULAN, MELEBIHI PM TU....



Dah lama Pak Lang diamkan benda ni TAPI tak bulih...semak perut Pak Lang! Bukan apa....ni laaaa, CEO sebuah kolej universiti swasta di Kedah la ni, dok mintak kerja daripada kerajaan negeri nak bantu PULIH kolej tu yang teruk duit ringgit duit kupang depa, 2 TAHUN sudahhhh. Dengaq nak tolong tuu..bulih sangat laaa...Bila dah dapat jawatan CEO tu, dia mintak gaji sebulan 45k! Tudiaaaaa aihh......dahla kolej tu teruk duit ringgit nak terbalik dah Pak Lang tengok dari dulu, hang dok wat terok lagi. Sebenaqnya hang tu yg terok CEO! Balaih mentekedarah duit peruntukkan kolej tu dok wat cakap manaih ada....
Pak Lang tak marah aihh...awat??? Nak tengok bukti ka....ada pak lang simpan. Pak lang dok dengaq hang sebut masa sidang DUN tahun sudah lagi......aik lupa ka? tu la dah pencen dah kerap la lupa. Hang dok kata gaji hang 'LEBIH RENDAH' daripada CEO 'anak syarikat' kolej tu dulu RM 35k, hang kata anak syarikat tu banyak masalah, qupa qupa hang mintak senyap senyap lagi tinggi noooo....lagi tinggi daripada PM nooooo....





Pak Lang kesian kat kolej ni. Pak Lang mai sekali sekala pon dok dengaq semedang duit tak cukup duit takdak dok bayaq hutang. Isshhhh....dok langut langut laaaa, hang CEO dah kaut SEJUTA lebih dah kalau 2 tahun! Tudiaaaaa....kaya kaya kaya! Biaq kolej merana oghang kata meskin tapi poket CEO masyuuukkk....Hang jangan dok ingat kolej ni anak syarikat kerajaan negeri hang dok berlumba siapa paling tinggi gaji di kalangan GLC negeri ni! Tamak!

Pak Long dok peghati ja dari luaq...tempat lain takdak nak bagi aih hang gaji bulan 45k! Tu yang hang 'sayang' sangat nak bantu kolej ni tapi kami kot keliling ni dok kira takdak apa pencapaian ARJUNA HEBAT yang hang buat takat ni?????? Hang CEO betui nak bantuu ka? Potong gaji bagi sama ketua lama sebelum ni mau? Nanti Pak Lang tanya kawan kawan rapat hang...


Tuesday 18 August 2015

DUA TAHUN HAMPIR TIBA………..INSAF LAH!!!




Tak lama lagi dah 2 tahun dah….sekejab sahaja masa berlalu…dah berapa lama KUIN dok kat kuala ketil ni..ada perubahan apa-apa tak …sejak 2 tahun ni…ada penambahbaikan tak…sejak 2 tahun banyak yang berubahkan..kan..kan….berubahlah….sat dok mergong pastu dok kat kampus indah di Kuala Ketil…tenang dok kuala ketil tu…lapang…. tengok kampus kuala ketil ni….kalau stress mailah kuala ketil..lapang..memang lapang…..lapang betui….kampus besar …orang sikit….memang lapang…...pemandangan pun indah….rumput banyak…..hijau sungguh ….dengaq nak dapatkan pelajar beribu ribu sesi Julai..dapat tak? Tapi kalau tengok daripada keadaan yang lapang macam tak dapat ja pun….Bayangkan pelajar yang mai…tu 4 angka, macammanalah agaknya minggu pertama nak start kuliah….clash!!!!!!!….daftar subjek!!!!!….jadual!!!!!!  kena berebut kelas….wahal wajib kecoh….havoc …Alhamdulillah yang mai bukan 4 angka…..malaslah nak duk cerita-ceriti pasai perkara dah jadi macam tok nadok nie…..


Tup tup dengaq cerita lain pulak ni….APA LAGI NIH??????  Kena turun naik tangga pulak dah..turun naik tangga apa plak ni….tangga????? kat Kampus Kuala Ketil nikan macam-macam ada…ada tangga…ada lif..ada tasik…..ada ..ada..ada.adalah….awat yang turun naik tangga ni ….LIF TAK BOLEH GUNA????? AWAT PULAK NI……pasai lesen…bulan MEI….keselamatan tak terjamin….pening kepala cheq duk pikiaq ni…sapa nak pikiaq ni…..malas pikiaqlah….hampa pikiaqlah sendiri….


S.U.M.B.A.N.G.A.N….. Sebut betul-betul ya! Cuba anda semua sebut dan ulang dan ulang berkali-kali. Dah nak masuk 2 tahun ni! Apakah sumbangan anda? Jangan ditanya apa KUIN boleh beri kepada anda TETAPI tanyalah apa yang sudah anda berikan kepada KUIN. Sejauhmanakah pencapaian anda? Apakah halatuju anda? Kemana nak dibawa orang-orang di bawah pimpinan anda? Dengar kata, dah berpuluh MOU ditandatangani. MOU sana. MOU sini. Ini cerita buat duit ke ..buang duit ni? Nampak saja macam gah. Award sana, award sini. Tapi masalah sistem akademik masih berkeceramuk. Masalah pembangunan staf tak ditangani. Masalah persekitaran tak diselesaikan. Masalah kebersihan juga terabai . Tak penting ke masalah-masalah  tu semua? Gunalah kepakaran kamu, gunalah keterlihatan kamu, gunalah kemasyhuran kamu, gunalah kawan-kawan kamu, Gunakanlah pengalaman kamu yang tersangat luas untuk membawa KUIN ke satu tahap yang membanggakan….. Apa peranan kamu sebagai pemimpin sebuah institusi Islam? Dengan ganjaran yang sungguh lumayan itu, apa yang sudah kamu selesaikan? Alahai Datuk….dah dua..ya.. dua tahun ni…kalau rasa dah tak boleh dah…belajar lah “melepaskan” apa yang kamu ada……


·         Ketua Editor

Sunday 16 August 2015

RUMPUT vs PAKAR EKONOMI





nah hai....Mamu nak habaq Mai ni, Mamu pi hantar anak penakan Mamu pi Masuk kolej insaniah ni baru-baru ni sejak bulan Jun. Lepas raya Mamu pi hantar sekali lagi dia nak balik ke asrama. Laaaaaaaa.....ni awat jadi lagu ni???  SEmak mata Mamu tengok!!!!!....Tudiaaaaaa RUMPUT! Panjang nak mampuih.....eeeeeeee takdak orang dok kisah ka? Malu sangat laaaa....semak perut Mamu tengok!

Mamu dok bagi semangat rekemen kat anak penakan Masuk kolej ni, tapi Mamu rasa silap....tak macam imej ipt Islam sepatutnya. Ketua dia dok buat apa? Mamu dok baca dalam paper ketua dia Nama Rektor. Tahun ni Mamu dok baca paper rektor ni dok kerap komen pasal ekonomi Malaysia, dia kata dia PAKAR Ekonomi! Adik Mamu (Pak anak penakan) tu pulak dok kata rektor ni Ada keluaq tv cakap cakap pasal ekonomi. Cuuuiiihhhh......Dok buat qhaplah Jingga pa???? PAKAR ekonomi Mai dari ceruk  mana RUMPUT panjang pon tak potong????... Beruk mat yeh pon boleh dok sembunyi dalam semak tu tau!.Rektor Tak dak duit dah kot???  dok sibuk ekonomi Malaysia, hang tak tengok ekonomi ipt hang bab duit potong RUMPUT pon tak mampu nak urus ka? Malu ngat aiihhhh.....sembang  kemaih!

Qasa nak suroh anak penakan Mamu tu pindah ke kolej Islam yang lain lah lagu ni.....imej macam tak yakin ja Mamu dok tengok. Tu nasib baik Mamu belom pi melawat bilik ayaq ka tandas ka, qasa lagi terok boleh naik pitam kot!...Mamu nak repot pada menteri ipt baru lantik ni. Mau kasi datang mengejut mau tengok sama itu rumput....itu time Mamu mau rektor pakar ekonomi malaysia ada sama turun melawat rumput. Bab RUMPUT tempat sendiri pon tak selesai!

* Admin - selalu minum kapucino dengan Mamu

Tuesday 11 August 2015

SISTEM PENDAFTARAN SUBJEK YANG SERING BERMASALAH



Hai hai hai….Wak sudah kembali!!! Iye lah, Wak Kempis nih! Selamat hari raya buat semua warga KUIN. Dan selamat kembali bertugas. Kerja lah secara ikhlas. Minta lah penghargaan dari Allah bukan dari manusia. Tidak perlu mewar-warkan apa yang kita buat kepada sesama manusia..yang penting Allah mengetahuinya. Wak nak ucap selamat datang kepada pelajar-pelajar baru KUIN. Semoga anda dapat belajar dengan baik di KUIN dan menerima KUIN seadanya…….semester baru telah bermula pada 28 Jun 2015. Alhamdulillah. Wak nak tanyer lahhh…Adakah wujud  penambahbaikan semester ini dengan semester-semester sebelumnya? Wak kenal ramai students students KUIN ni…..Students boleh register subjek tak…..boleh mula start kelas tak ikut jadual…..jadual waktu diedarkan kepada kuliah awal tak….students ada ke first day start semester baru …jadual waktu clash tak…? Banyak nyer persoalan wak nak tahu ni….ada ramai kawan wak tengah mengajar…….tok…tok..tok…pintu diketuk……ehh…waktu ni kelas saya…..alamak…..CLASH……macam mana susun jadual ni…dari jabatan mana yer yang buat jadual ni…..hal ehwal akademik ke….kuliah ke….dekan ke….pengarah ke….tak tau nak jawab lah….kesian RIBUAN students dan pengajar yang Wak kenal….kesian kesian kesian. SEMUA tu KAWAN KAWAN wak tuh!!! Minum teh tarik semeja, tak kira siang, petang ke atau malam, janji teh tarik



sistem boleh akses tak….ooo..mungkin ni masalah internet sedunia…so tak boleh akses….nak buat macam mana internet sejagat tak leh akses..apa tah lagi di KUIN…students masuk kelas tapi boleh register dalam sistem tak….ada lagi persoalan……siapa yang boleh jawab semua persoalan ni…siapa yang kena bertanggungjawab ni….dekan ke…pensyarah ke..atau students kena REDHO jers  sebab siapa suruh masuk KUIN kan kan kan....JOM MASUK KUIN…….Wak tak boleh redho je tanpa usaha