Pages

Friday, 25 May 2012

APABILA EMAIL BERBICARA : AMBIL PENGAJARAN

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Mutakhir ini nama Kolej Universiti Insaniah menjadi satu nama yang sering disebut-sebut oleh Media Massa sama ada akhbar, tv, radio dan lebih-lebih lagilah di laman-laman blog yang menjadi penyebar maklumat yang berkesan dan pantas dalam dunia hari ini. Malangnya nama KUIN menjadi terkenal kerana masalah atau kemelut yang sedang melanda akibat pengurusannya telah diserahkan kepada orang yang tidak sepatutnya. Ibarat kita mahu menempah baju melayu untuk dipakai di hari raya tetapi malangnya kita tidak menyerahkannya kepada tukang jahit tetapi kita minta tukang tebar roti canai untuk menjahit baju melayu tersebut. Akhirnya baju melayu itu mungkin siap juga tetapi rupanya tidak seperti rupa baju melayu tetapi lebih kepada rupa roti canai.

Apabila direnung kembali dengan penuh keinsafan maka kita akan sedar bahawa segala musibah dan masalah yang menimpa KUIN secara bertalu-talu akhir-akhir ini bermula sejak Tok-tok Guru Tahfiz seramai 18 orang dinyahkan secara paksa oleh Rektor dan kuncu-kuncunya ke Yayasan Islam Negeri Kedah. Surat arahan untuk Guru Tahfiz dinyahkan dari KUIN dikeluarkan pada bulan yang mulia iaitu pada bulan Ramadhan 1432 Hijriah dan pada 10 yang akhir dari Ramadhan di saat umat Islam menanti-nanti kedatangan Lailatul Qadar. Allah maha Adil lagi Maha Berkuasa. Surat tersebut yang ditandatangani oleh Tuan Syeikh Najib bin Abdullah selaku Pendaftar pada waktu itu dan diterima oleh 18 Guru Tahfiz dengan penuh keredhoaan kepada Allah swt kerana Allah tidak menentukan sesuatu ketetapan untuk seseorang mu’min melainkan di sana ada kebaikan untuknya. Kuasa adalah pinjaman sementara, belumpun sampai setahun atau lebih kurang 10 bulan kerana sekarang kita telah memasuki bulan Rejab, hari ini Haji Najib dah mula hilang bisanya, tandatangannya sudah tidak laku lagi kerana ada komplot yang berusaha untuk menggugurkannya dari jawatan Pendaftar, maka ditangguhkan perlaksanaan pencen umur 60 tahun. Mau tak mau maka Haji Najib terpaksa turun dari jawatan tersebut. Jawatan Pendaftar kini diintai-intai oleh Mr SS (rakan sepermainan waktu kecilku).

Wahai Mr SS (admin edit nama asal), aku ada sedikit nasihat buatmu sebagai rakan, ingatlah, amanah itu adalah tanggungjawap dan bukannya kemuliaan. Jangan semudah-mudah itu kamu menandatangani sebarang surat jika surat tersebut menyebabkan akan ada orang yang teraniaya atau dizalimi. Ambillah pengajaran dari Bos mu dahulu, Hj Najib yang telah banyak berjasa kepada jawatanmu. Aku tumpang simpati kepadanya namun setiap perbuatan itu pasti ada balasannya. Jika kamu wahai Mr SS sanggup mengkhianati rakan-rakanmu hanya untuk membela Rektor, maka tidak mustahil apa yang menimpa kepada Hj Najib juga akan menimpa dirimu. Aku dengar bahawa surat untuk Pak Cop driver ditandatangani oleh kamu?...Pak Cop antara mangsa kezaliman, takutlah kamu jika Pak Cop mengangkat tangan menadah merintih kepada Allah, maka doa Pak Cop pasti akan diterima oleh Allah swt. Itulah sedikit nasihat dan pesananku buat mu dan rakan-rakan yang bersekongkol dengan kamu. Sampaikan salamku buat Rektor mu, assalamualaikum.

Komen:
Admin Berita KUIN tak bertanggungjawab dengan gaya penulisan dan ayat-ayat artikel di atas yang di hantar pada email admin beritakuinsebenar@yahoo.com