Jamil dilihat semakin resah dengan perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini apabila kakitangan KUIN sudah berani bangkit melakukan penentangan kepada kezaliman dan kecelaruan dalam pentadbirannya. Jamil sudah banyak hilang pengaruh di kalangan staf . Yang tinggal hanyalah beberapa orang-orang besar yang bersamnya. Orang kecil yang tinggal hanyalah Firdaus PRO yang tak jemu segan berulang alik ke bilik Jamil setiap hari.
Jamil tiada pilihan lain melainkan mencari pengaruh di kalangan pelajar. Jamil bimbang jika 5 pelajar yang telah menang dalam mahkamah baru baru ini akan pulang belajar semester hadapan akan bangkit menggerakkan agar berlakunya desakan terhadap kebajikan pelajar dan kenaikan yuran secara mendadak.
Sehubungan itu Jamil mengatur strategi bagi pemerkasaan di bahagian pelajar :
- Pada 17 Mac 2012 (Khamis) , Jamil telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan Majlis tertinggi MPM sesi ini , bagi mencari pengaruh dan menghasut pelajar agar memberi sokongan kepadanya.
- Pentadbiran di HEP diperkasakan dengan diwujudkan semula jawatan Timb Rektor (HEP) dan diletakkan orang paling kanannya iaitu Dr Wan Sulaiman.
-Pentadbiran HEP diperkasakan lagi dengan kemasukan 2 Timbalan Dekan yang akan membantu menjayakan misinya.
Jamil terus merancang untuk berhadapan dengan para pekerjanya yang majoriti tidak suka padanya dan benci dengan tindakan talam dua muka.