Pages

Friday, 18 May 2012

KOS PEMBAIKAN HAMPIR 1 JUTA SEK INSAN BESTARI MERAGUKAN



Kos hampir satu juta tak dapat tampung bumbung runtuh
Asrama Ar Razit yang bertempat bersebelahan dengan rumah Allah Masjid Sultanah Bahiyah mencatatkan sejarah perjuangan mahasiswa dan para Huffaz yang perlu diingati dalam lipatan sejarah kezaliman edisi pemerintahan Jamil dan kroninya. Keberkatan KUIN semakin hilang, peradabannya dimamah kezaliman yang sentiasa mencengkam para pelajar dan huffaz apabila Jamil mengeluarkan arahan melalui seorang pegawainya supaya para pelajar mengosongkan asrama bagi tujuan penempatan palajar sekolah Bestari.

Dalam liputan ini saya tidak ingin memperkatakan mengenai isu kezaliman Jamil terhadap mahasiswa yang akhirnya kemenangan berpihak kepada mahasiswa yang benar. Dalam berita ini saya ingin bawakan pemikiran pembaca terhadap ketelusan dalam usaha pengubahsuaian bangunan asrama dan pentadbiran ar Raziy sehingga menjadi sekolah Bestari.

(http://adikwak.blogspot.com/2012/05/insan-bestari-sekolah-haram.html)

Kos pembaik pulihan (SIB) telah dilakukan oleh beberapa orang kontraktor yang dibuat tidak secara tender terbuka. Kasihan kepada kontraktor apabila Jamil dan kroninya telah menjanjikan bayaran akan dibayar kepada kos yang dilakukan pada SIB, sebaliknya kos tersebut terpaksa ditanggung kerugian masa apabila KUIN melewatkan bayaran kos kerana mengahdapi krissi kewangan kritikal.

Kos yang menelan belanja lebih daripada RM 800,000.00 itu merangkumi kerja :
- Kerja memasang karpet
- Kos  pembikinan gelanggan dihadapan bangunan ar Raziy
- kerja-kerja prngubahsuaian kedudukan elektrik dan pemasangannya
- kos Pembaikpulihan  dan kecantikan
- kerja memperbaiki bangunan asrama
- kerja-kerja lain bersangkutan bangunan ar Raziy

semua kerja buat yang dilakukan kontraktor tak dapat diketahui oleh kakitanagan KUIN kerana kesukaran untuk masuk ke dalam bangunan, namun pada 10 Mei selepas semua pensyarah dan pelajar diploma tahfiz berpindah ke sana dan SIB terpaksa berpindah ke tempat lain, segalanya telah dapat dibongkarkan.

Pihak admin berita KUIN ketika majlis pendaftaran pelajar baru diploma Yayasan Islam baru-baru ini telah menerjah melihat sendiri dan merasa curiga dengan kos yang menelan hampir 1 juta namun hasil kerjanya nampaknya banyak kerosakan dan keusangan yang masih membelenggu penghuni bangunan tersebut. Atap bocor, menyebabkan banjir melanda penghuni apabila hujan turun. Bilik air tak nampak pun seperti diubahsuai dengan kerosakan yang amat teruk. Rekahan dinding yang tak melambangkan pengubahsuaian. Banyak lagi gambaran - gambaran yang tak masuk akal dengan kos yang sangat tinggi hampir 1 juta. kalau pembaca tidak percaya , boleh pergi sendiri melihatnya di ar Raziy. Inilah penyelewengan yang dilindungi oleh Jamil dan Sya'ya dalam kos pengubahsuaian SIB.
laluan bilik air : tak masuk akal kos RM 800,000.00