Minggu ini KUIN kembali hangat. Kalau dulu isu dakwaaan pelajar KUIN
dizalimi dengan akta 555 ala AUKU hingga menyebabkan 5 pelajar
digantung, kini giliran kakitangan KUIN pula menyatakan perasaan tidak
puas hati dengan pengurusan KUIN yang diterajui Dato Jamil dan DS Azizan
sebagai pelengkap kepada Kerajaan Maharaja Jamil.
Ramai
kakitangan KUIN merungut dengan masalah kebajikan mereka diabaikan dan
mereka terpaksa menanggung kos kebodohan sistem pengurusan KUIN :
1. Bayaran kepada pinjaman bank, simpanan tabung haji, saham ASB dan
lain-lain potongan yang telah dipotong daripada gaji kakitangan KUIN
namun pihak KUIN tidak membuat pembayaran tersebut kepada pihak
sewajarnya .Pembayaran dibuat lewat sehingga mencecah 4 bulan .
Risikonya hak kebajikan KUIN telah diabaikan bahkan dizalimi :
i. Apabila KUIN lambat membuat bayaran kepada Bank sedangkan pemotongan
gaji telah dibuat interest yang dicaj oleh Bankl kerana kelewatan
terpaksa ditanggung oleh kakitangan KUIN.
ii. Ada sebahagian kakitangan terpaksa menerima surat amaran peguam
untuk diambil tindakan mahkamah, semestinya kos peguam oleh bank akan
ditanggung kakitanga KUIN.
iii. Keuntungan yang sepatutnya dinikmati hasil caruman saham di dalam
ASB atau Tabung Haji atau mana-mana agensi kewangan, faedah keuntungan
tak dapat diperolehi seolah-olah dirompak KUIN kerana duit tidak dibayar
kepada agensi tersebut.
iv. Ada kakitangan telah ditamatkan polisi insuran bahkan insurannya
tidak aktif kerana KUIN tidak membuat pembayaran kepada syarikat insuran
berkenaan.
v. Ada sebahagian kakitangan KUIN terepaksa mengeluarkan wang gaji
daripada bank serta merta apabila mengetahui gaji bulanan telah
dimasukkan kerana jika terlambat mengeluarkannya , pihak bank akan ambil
dari akaunnya. Sudahlah dalam potongan gaji telah dipotong , tambah
bank pula nak ambil dari akaun yang sama.
vi.
Dari psikologinya kakitangan KUIN terpaksa mengahadapi stress psikologi
apabila terpaksa berhadap panggilan bertalu-talu daripada pihak bank
dan institusi kewangan kerana didakwa tidak melunaskan hutang di Bank.
Ini adalah gangguan psikologi manusia.
vii. Disebabkan kegagalan KUIN melunaskan hak kakitangan KUIN kepada
bank yang sepatutnya dibuat pembayaran pada waktunya, pihak kakitangan
akan mengalami status 'peminjaman' yang buruk dan direkodkan di dalam
CCRIS
Apa alasan kakitangan KUIN menyatakan ianya adalah satu rompakan kolar hijau dan mengabaikan kebajikan kakitangan KUIN :
- Semua kos yang dicaj oleh bank dan institusi kewangan hasil kelewatan
bayaran hingga mencecah 1 hingga 4 bulan DIKENA TANGGUNG oleh kakitangan
KUIN bukan KUIN. Adakah KUIN sanggup berdiri megah dengan kemegahan
kampus Kuala Ketil sedangkan merompak secara halus wang kakitanganya ?
Adakah Dato' Jamil sanggup menanggung dosa di atas KETIDAK REDHOAAN
kakitangan KUIN duit mereka di caj bank atas kesalahan KUIN dan masalah
kewangan KUIN ? Kakitangan KUIN tidak redho dan TIDAK HALALKAN walaupun
satu sen dui mereka dicuri oleh majikan.
- Mungkin masyarakat luar tak tahu kenapa malapetaka ini terjadi ? Ini
adalah kerana krisis kewangan KUIN yang membelanjakan tanpa had dan
hemat untuk anak-anak syarikat KUIN yang ditubuhkan untuk menjana
kewangan KUIN, namun hingga kini selepas 4 tahun beroperasi tiada
keuntungan dihasilkan bahkan melutut kepada Bendahari KUIN untuk
membayar gaji mereka yang tak masuk akal tingginya.
- Apabila berlaku kematian atau kemalangan atau kecederaan yang
melibatkan insuran nyawa dan perubatan yang lewat dibuat caruman, sudah
tentulah risiko akan ditanggung oleh kakitangan KUIN.
Saya menyeru semua masyarakat khususnya pihak berwajib membuka mata
berdasarkan kewarasan akal fikiran bukan taasub politik semata mata.
Sloga danb propaganda yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat adalah negara
berkebajikan, namun tidak di KUIN. KUIN bukan sebuah negara , KUIN
bukan sebuah negeri, KUIN bukan sebuah daerah , KUIN hanya kecil di
Mergong sudah tak mampu diberikan kebajikan sperti yang dilaung-laungkan
dalam slogan. Saya berharap kepimpinan KUIN dan Kerajaan Kedah cuba
'BERTAKWA PADA ALLAH' ... Takutlah pada AZAB ALLAH... kerana walaupun
sebesar zarah pun kita memakan harta orang itu di anggap zalim...
apabila zalim tunggulah balasan di atas DOA ORANG DIZALIMI....
Firman Allah swt bermaksud di dalam surah Zalzalah ayat 8: Barangsiapa
yang melakukan kejahatan walaupun seberat /sebesar zarah pasti Allah
akan melihat (menilai) nya.
SUMBER DARI : http://hijaubulat.blogspot.com/