Pages

Sunday, 27 May 2012

TEMUDUGA KULIAH QURAN HAMBAR

Temuduga pelajar tahfiz Quran hari ini memberi tamparan hebat kepada KUIN kerana hanya  39 orang sahaja daripada 316 lebih permohonan yang datang untuk temuduga. berbanding tahun sebelum ini , bilangan yang datang temuduga melebihi   100 orang dan separuh daripadanya (50 orang) layak dan akan mendaftar diri sebagai pelajar KUIN. bayangkan jika hanya 39 orang yang datang untuk temuduga , berapa ramai yang nak daftar Jun ini. Menurut sumber hanya 29 orang sahaja yang lulus temuduga. Kalau anda lihat seolah-olah tiada suasana temuduga berlaku, tak seperti dulu yang sesak hari temuduga

Malang sungguh dah lah tak ada sambutan , Dekan pulak masih di Indon tak pulang. Yang bagi taklimat cakap indon semua waris pening tak faham bahasa Indon. Malang sungguh Kuliah Quran KUIN kerana dijajah Indon hinggakan dokumen pengiktirafan Ijazah Quran untuk MQA pun dibuat dalam bahasa Indon dan telah di tolak beberapa kali hingga kini enggak bisa selesaikan dengan MQA. Kesian , apa yang kami bimbang nasib pelajar Ijazah Quran yang akan graduat tetapi pengiktirafan belum selesai. Malangnya jika dijajah oleh Indon.

Bilangan ini memberi isyarat bahawa semua krisis yang berlaku yang didalangi dan dicetuskan Jamil akan merebak hingga kepada bulan hadapan pendaftaran pelajar baru yang juga kemungkinan akan merosot.

Macmanana orang nak datang belajar kat tahfiz KUIN sebab tahun ini dikenakan yuran RM 100 per kredit sedangkan sebelum ini tiada caj dikenakan kepada yuran tahfiz kerana Kerajaan sebelum ini ingin memberi galakan dan penghargaan kepada huffaz. Tambah pulak ulamak ulamak tahfiz yang terkenal di Kedah dan peringkat nasional dianggap parasit dan ditendang keluar dari KUIN. Orang sudah mengalihkan kepada Tahfiz di yayasan Kedah (YIKED), YIKED target 30 orang sahaja setahun dan bilangan yanng masuk terpaksa ditapis kerana di yayasan kebajikan dijaga, yuran tidak seperti KUIn, ulamaknya hebat.