Sebahagian peserta berbuka puasa |
11 Jun - Berpakain
serba putih baik baju, kemeja dan tudung sebagai tanda protes terhadap
kebajikan yang diabaikan oleh Jamil melambangkan kesatuan dan
kesepakatan kakitangan KUIN untuk terus mendesak agar Jamil tunduk
dengan desakan kakitangan KUIN memperolehi hak dan kebajikan mereka
semula.
Majlis yang dinamakan BERSIH
JIWA KUIN 1.0 dimulakan dengan semua kakitangan KUIN berpuasa dan
diikuti dengan solat Dhuha pada jam 9.30 pagi.
Disebelah
malam acara dimulakan dengan Majlis berbuka puasa dan diikuti dengan
bacaan Yasin dan Solat Hajat. Majlis dihadiri lebih 120 orang
kakitangan. Terlebih dahulu majlis diberikan penerangan dan taklimat
terhadap pengabaian Jamil terhadap kebajikan kakitangan KUIN selain
tuntutan yang dipandang sepi oleh Jamil seolah-olah tidak mahu
bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Turut hadir pelajar KUIN,
sanak saudara kakitangan KUIN dan orang perseorangan.
Gelombang Putih |
SUMBER : Pihak admin Berita KUIN tiak bertanggungjawab dengan artikel yang dihantar menerusi email.