Sebahagian kakitangan keluar selepas laporan polis dibuat (Lagi gambar di bawah) |
Seramai 5 orang kakitangan KUIN yang turut diiringan
oleh rakan sekerja kakitangan KUIN yang
lain telah membuat laporan polis di Pejabat Polis daerah Kota Setar hari ini atas dakwaan KUIN pecah amanah
Laporan itu dibuat kerana rasa kesal
dan tidak puas hati kakitangan KUIN kerana KUIN di bawah pentadbiran Jamil
pecah amanah dalam mengurus kewangan KUIN dan kakitangannya. KUIN tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada
agensi pihak ketiga seperti Bank, Insuran dan institusi kewangan yang lain,
sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan telah dilakukan di dalam slip
gaji mereka. Sebahagian pihak ketiga tersebut adalah seperti Lembaga Tabung
Haji, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Persatuan, Bank Kerjasama Rakyat
Malaysia (Bank Rakyat), Bank Muamalat, Pusat Zakat Kedah dan lain-lain
institusi kewangan lain.
Sikap KUIN yang tidak membuat
pembayaran itu menyebabkan tunggakkan bayaran berbulan-bulan mengakibat
sebahagian besar kakitangan KUIN terpaksa menanggung beban seperti berikut :
1.
Caj kelewatan
bayaran yang dikenakan oleh bank akan ditanggung oleh pekerja KUIN sedangkan
potongan gaji dilakukan setiap bulan dan terdapat dalam slip gaji.
2.
Ada sebahagian
pekerja terpaksa menerima surat amaran peguam untuk diambil tindakan mahkamah,
semestinya kos peguam akan ditanggung oleh pekerja KUIN.
3.
Pembayaran gaji
pekerja adalah melalui BIMB, oleh itu BIMB telah memotong terus bayaran
tertunggak pekerja apabila gaji terus dimasukkan ke dalam akaun, dengan itu
pekerja telah membayar pembiayaan tersebut sebanyak dua (2) kali dalam satu
bulan, keadaan ini menyebabkan gaji pekerja berkurangan dan
perbelanjaan-perbelanjaan lain yang perlu di bayar juga terjejas.
4.
Disebabkan
implikasi ke-3 yang dinyatakan di atas, pekerja KUIN yang membuat pembiayaan
dengan BIMB akan mengeluarkan segera duit gaji masing-masing untuk mengelakkan
potongan dua (2) kali dan memasukkan gaji mereka ke akaun yang lain. Keadaan
ini menganggu urusan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain dan membuang masa.
5.
Pekerja KUIN juga
menerima panggilan-panggilan peringatan daripada pihak bank mendesak agar
dibuat bayaran segera, keadaan ini menyebabkan gangguan emosi pekerja KUIN,
termasuk tindakan penarikan balik pemilikan kereta daripada pihak Bank.
6.
Dividen yang
patut diperolehi daripada caruman di KWSP dan Tabung Haji tidak dapat
diperolehi sepenuhnya akibat caruman yang tidak dikemaskini sebaiknya.Ini
merugikan pencarum.
7.
Sebahagian polisi
insuran pekerja KUIN telah ditamatkan oleh syarikat insuran akibat kegagalan
KUIN membayar sedangkan gaji pekerja telah dipotong setiap bulan. Sebahagiannya
lagi menaggung risiko kelewatan pembayaran menyebabkan tuntutan kepada kematian
, kemalangan atau keilitan akan mengahadapi masalah.
8.
Akibat kegagalan
KUIN membayar pembiayaan-pembiayaan pekerja ke institusi kewangan yang
berkaitan, nama pekerja yang terlibat telah disenaraikan di CREDIT
REFERENCE INFORMATION SYSTEM (CCRIS). CCRIS adalah sistem pangkalan
data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap
institusi kewangan. Kebanyakan
institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat dalam bentuk laporan
bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah diberikan kepada pelanggan mereka
kepada Jabatan Kredit di Bank Negara Malaysia. Data pinjaman yang diterima dari
institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format
laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan
apabila diminta oleh mereka.
9.
Pembayaran yang
lewat kepada pihak-pihak ketiga ini menyebabkan nama baik pengurusan KUIN akan tercalar.
10.
Motivasi diri
pekerja menurun kerana , faktor pendapatan dan perbelanjaan daripada gaji
pekerja terdapat masalah.
11.
Beberapa pihak
yang menawarkan pembiayaan boleh menyenarai hitamkan KUIN sebagai pelanggan
mereka.
Kakitangan merasa seolah-olah KUIN
langsung tidak mengambil berat soal kebajikan dan amanah pengurusan gaji yang
suarakan kakitangan KUIN.
Walaupun memorandum pertama mengenai tuntutan
menyelesaikan isu gaji telah dihantar kepada Dato Jamil , Rektor KUIN pada 20
Mei 2012 yang lalu agar membayar segera semua tunggakan yang ditanggung
kakitangan KUIN, namun tiada sebarang tindakan susulan, bahkan kakitangan terus
dirundung masalah tunggakan bayaran kepada pihak ketiga berbulan-bulan walaupun
gaji mereka telah dipotong di dalam slip gaji.
Jika jamil gagal mengurus KUIN dan
kebajikan kakitangan KUIN , Jamil didesak untuk meletak jawatan atau MB Kedah
mesti bersifat professional untuk memecat dan melucutkan jawatan Jamil.