28
Jun - En Mohd Yusof Ismail (Pak Ucop) kesal dengan tindakan Kolej Universiti
Insaniah di bawah kepimpinan Rektor, Dato’ Jamil Osman kerana beliau telah
gagal menjaga kebajikan kakitangan KUIN dan bertindak di luar batasan
perundangan yang sebenar.
Rentetan itu Pak Ucop telah membuat pengaduan kepada
Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah bagi menuntut hak saya agar diambil kerja
semula kerana memberhentikan Pak Ucop daripada KUIN tanpa mengikut
prosuder yang sah.
Pak Ucop mula
berkhidmat di KUIN pada 19 November 1995 (17 tahun) sebagai pemandu kenderaan
KUIN.
Pak Ucop kemudian telah disahkan dalam jawatan
dan dijadual bersara pada 3 Mei 2012 apabila mencapai umur persaraan 58 tahun.
Namun sebelum 3 Mei 2012, KUIN pada 12 Mac 2012 ada membuat tawaran opsyen
samada kekal bersara pada umur 58 tahun atau bersara umur 60 tahun. Dalam
opsyen itu Pak Ucop telah memilih untuk bersara umur 60 tahun
(2014)
Pak Ucop tidak pernah mendapat sebarang notis tamat
perkhidmatan dan Pak Ucop tidak pernah diminta untuk dilanjut
perkhidmatan.
Namun Pak Ucop amat
terkejut kerana menerima surat dari KUIN
yang bertarikh 3 Mei 2012 yang memaklumkan tempoh perkhidmatannya
dilanjutkan selama satu (1) bulan iaitu sehingga 2 Jun 2012 padahal Pak Ucop
tidak pernah meminta untuk dilanjutkan kerana beliau masih kakitangan KUIN
sehingga 3 Mei 2014.
Pak Ucop juga tidak pernah menghadapi apa-apa tindakan
disiplin semasa berkhidmat dengan KUIN. Sebaliknya pernah mendapat Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang KUIN.
Penamatan perkhidmatan Pak Ucop
oleh KUIN pada 2 Jun 2012 adalah tidak
sah dan Pak Ucop meminta agar dikekalkan jawatannya di KUIN