Pages

Saturday 30 June 2012

PERTEMUAN PENTADBIR, PELAJAR DAN WARIS KIDU ADA KAITAN DENGAN TEGURAN DAN TINDAKAN KPT ?

Menurut sumber , satu pertemuan akan diadakan di antara pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dengan semua pelajarnya dan waris pada jam 2.30 petang 1 Julai 2012 bertempat di KIDU.

Pelajar dan waris yang memaklumkan kepada admin Berita Kuin  tidak dapat mengenal pasti tujuan sebenar perjumpaan tersebut diadakan.

Namun pada beberapa minggu yang lalu pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membongkar kesalahan yang telah dilakukan oleh KUIN dan KIDU dalam menjalankan program kerjasama tanpa mengikut prosuder dan undang-undang yang telah ditetapkan pihak KPT sehingga KUIN didapati bersalah dan kini hanya menunggu surat daripada KPT.

Kebarangkalian pertemuan tersebut ada kaitan dengan perkara di atas adalah besar, namun KIDU tidak bersalah dalam hal ini, Yang bersalah ialah Jamil kerana tindakan dan arahannya menyebabkan KUIN tercalar di atas penipuan tersebut.

Jamil perlu berundur dan bertanggungjawab dengan penipuan itu dengan meletakkan jawatannya.