Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dijangkakan akan berlangsung pada pagi ini di Wisma Darulaman dibatalkan pada saat-saat terakhir.
Tak dipastikan apa sebab pembatalan tersebut kerana semua aktiviti rasmi MB dan Exco biasanya akan dikosongkan pada hari rabu bagi memberi peluang membincangkan hal rakyat Kedah.
Namun bagi skuad admin blog berita KUIN merasakan , inilah gelombang kebangkitan kakitangan KUIN yang dipaparkan dalam blog ini sehinggakan Jamil bakal dipanggil mengadap membentangkan isu kewangan dan pentadbiran KUIN di dalam mesyuarat Exco. Kemungkinan ketakutan inilah antara faktor mesyuarat penting untuk rakyat Kedah terpaksa dibatalkan hanya kerana mahu menjaga kekasih Azizan iaitu Jamil
Pages
▼
Tuesday, 31 July 2012
TAZKIRAH ANJURAN PRO TIADA SAMBUTAN
"Dengar ceramah itu sunnat dan buat kerja itu wajib" itukah antara ungkapan yang pernah dikatakan Mr F dan Mr SS ketika mereka cuba menghalang kakitangan KUIN hadir program solat hajat dan ceramah anjuran PSM pada beberapa bulan yang lalu.
Bahkan apa yang malang, Mr F pernah menanggalkan poster ceramah yang berkaitan.
Kini , Mr F menjilat kembali ludahnya yang pernah diludah di atas lantai. Sebuah Majlis Tazkirah selama 2 jam telah diadakan oleh Mr F bertempat di surau KUIN dan penceramahnya Ustazah daripada Yapiem. Mr F perlu tahu prokokol dan prosuder, kalau tazkirah sampai 2 jam , itu bukan tazkirah namanya tetapi ceramah.
Sepanjang pemerhatian skuad BERSIH KUIN di surau, peserta lingkungan 65 orang sahaja, itu pun student yang sedang berzikir di surau dan tiada sambutan di kalangan kakitangan. Mr F terpaksa mengerahkan kakitangannya di Jab PRO untuk turun, sedangkan dia telah mengutamakan perkara sunnat daripada wajib.
Tiada sambutan ini dipercayai , rasa tidak senang dengan Mr F. Adakah konvo 13 % pun akan mengahadapi nasib yang sama ?
Tiada sambutan ini dipercayai , rasa tidak senang dengan Mr F. Adakah konvo 13 % pun akan mengahadapi nasib yang sama ?
JAMIL PINDAH RUMAH KE SUNGAI PETANI, APA SPEKULASINYA ?
Jamil terus dirundung ketakutan kerana menganiaya kakitangan KUIN yang dilakukannya sendiri. Terkini Jamil dikhabarkan sudah meninggalkan kediamannya di Bukit Indah Water ke sebuah lokasi di Sungai Petani.
Hasil Intipan skuad BERSIH KUIN , didapati lokasi rumahnya yang terkini adalah di Lageda Height, Sungai Petani, Kedah.
Jamil apa kisah nak pindah rumah jauh pun. Semua KUIN tanggung , minyak kereta, rumah dan lain-lain. Staf dibawah disuruh kerja berjimat cermat , tapi bos membazir duit KUIN. Apakah ini pemimpin yang diingini memberikan sebuah negara berkebajikan ?
Persoalannya, kenapa Jamil pindah ? Skuad BERSIH KUIN akan siasat dan bongkarkan.
Hasil Intipan skuad BERSIH KUIN , didapati lokasi rumahnya yang terkini adalah di Lageda Height, Sungai Petani, Kedah.
Jamil apa kisah nak pindah rumah jauh pun. Semua KUIN tanggung , minyak kereta, rumah dan lain-lain. Staf dibawah disuruh kerja berjimat cermat , tapi bos membazir duit KUIN. Apakah ini pemimpin yang diingini memberikan sebuah negara berkebajikan ?
Persoalannya, kenapa Jamil pindah ? Skuad BERSIH KUIN akan siasat dan bongkarkan.
PERSIDANGAN RAHSIA SWISS INN 30-31 JULAI : AGENDA SELAMATKAN JAMIL
PANAS .... JAMIL CUBA NAK SEMBUNYI .... TAPI BOCOR JUGA
Bermula 30 hingga 31 Julai bertempat di Hotel Swiss Inn Sungai Petani Kedah, satu bengkel telah dibuat bagi menyelamatkan Jamil daripada mengahapi beberapa tekanan.
Adakah benar antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan persiapan bahan dan dokumen yang perlu dibentangkan kepada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 1 Ogos ini dan hal berkaitan skim kononnya baru nak dilaksanakan KUIN.
Team BERSIH KUIN sempat membuat tinjauan sekitar hotel berkenaan , antara yang kelihatan ialah Jamil, Wan Sulaiman, Mansor Insan System, Akif, Muslim, Besar dan tidak ketinggalan Mr SS (Sayuti). Ramai lagi team dan kroni Jamil berhimpun nak selamatkannya bukan selamatkan KUIN.
Mereka boleh merancang tetapi ingat Allah Maha Perancang
Itulah sikap angkuh Jamil dan kroninya, dalam keadaan KUIN tak ada duit, menghadapi krisi kewangan kritikal, sempat lagi Jamil menggunakan wang KUIN untuk menyewa bilik dan dewan hotel termasuk makan buka puasa di hotel untuk hanya mengadakan perjumpaan bagi menyelamatkan dirinya seorang
Pelaksanaan acara ini dibuat begitu sulit dan rahsia agar tak dapat dikesan skuad BERSIH KUIN namun semua gerak geri mereka dapt dikesan ahli gerakan BERSIH. Booking bilik dan hal-hal berkaitan diuruskan oleh Wan Kuali T dan tak semua staf di Kualiti diberitahu Wan Kuali T sebab dia takut lokasi perbincangan akan bocor. Hasilnya lihat gambar - gambar yang diambil.
KERETA MILIK ROMLIY TURUT KELIHATAN DIHADAPAN HOTEL |
KERETA MPV PLAT SIAM MILIK BESAR BETUL-BETUL HADAPAN HOTEL |
KERETA INSAN MANSOR, INSAN WAN SULAIMAN DAN KERETA KUIN DINAIKI WAN KUALI T |
KERETA MR SS CUBA DISOROKKAN DIBELAKANG HOTEL TETAPI TETAP KELIHATAN |
MUSLIM AND CO |
KERETA KARTUN MAYA AKIF DILETAK DI LUAR HADAPAN HOTEL |
JAMIL DIPANGGIL BERI KETERANGAN DAN LAPORAN KUIN PADA MESYUARAT EXCO KERAJAAN KEDAH 1 OGOS INI
Mungkin kerana sangsi dan tak ada keyakinan kepada pentadbiran KUIN di bawah Jamil maka ahli mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju untuk memanggil Jamil bagi memberi keterangan rasmi mengenai masalah dan kemelut sebenar KUIN.Jamil akan berhadapan dengan pimpinan Kerajaan Kedah pada 1 ogos ini. Tapi apa yang pasti , Jamil memang pandai auta terhadap fakta. Namun tindakan Kerajaan memanggil Jamil cukup menggerunkan Jamil , termasuk Azizan yang menjadi kekasih awal dan akhir Jamil.
Disebabkan gentar atas kurapsinya Jamil memanggil secar sulit beberapa orang kuatnya untuk berbincang di Swiss Inn Sungai Petani.
Jamil boleh kelentong siapa sahaj tapi bukan dengan kakitangan KUIN.Kami ni tunggu saja gaji dan bonus, kalau tak masuk pada masanya.... kami pun pernah buat demo dah dulu.... nak suruh kami demo lagi kot !!!
JAMIL PENING CARI DUIT NAK BAYAR GAJI BULAN JULAI, OGOS DAN BONUS RAYA, ADAKAH MBI SASARANNYA?
KUIN tak ada masalah kewangan, itu kata-kata Azizan dalam sidang media. Jamil yang bagi maklumat kata KUIN tak ada msalah kewangan. Kalau tak ada kenapa tak bayar tunggakan hutang pembekal barangan kepada KUIN hingga ada yang masih tertunggak dari tahun 2011. Kenapa tak boleh selesaikan pembayaran gaji kakitangan KUIN bagi bulan Julai.
Menurut sumber Jamil kerana terdesak dengan maslah kewangan telah pergi ke PTPTN untuk mendapat wang tersebut lebih awal daripada tempoh namun belum pasti berjaya atau tidak.
Lantas menulis surat kepada YAB Azizan memohon dana kewangan bagi tujuan gaji. Menurut sumber yang boleh dipercayai , Jamil akan memohon buat kali yang keseterusnya kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) sebanyak 2 juta. Khabarnya CEO MBI tak akan berikan wang jika Jamil enggan menandatangani perjanjian.
Jenuhlah kau Jamil.... Kau berada dihujung karier kau..... berhentilah Jamil.....atau kami bagi Azizan berhenti , pas tu Jamil berambus dari KUIN.
Monday, 30 July 2012
KESAN SAMAN SHAKE KE ATAS KUIN HARI INI DIMAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR
En Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd |
31 JULAI - KUIN akan berhadapan dengan satu lagi saman
dimahkamah hari ini. kali ini bukan dengan pelajar tetapi
dengan pembekal luar.
Isu
ini adalah berkaitan KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di
Sungai Petani. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan
saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar
melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .
Kes di Mahkamah Tinggi Alor Setar |
Menurut
sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd yang bedaftar di Kelab
Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak
Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun
bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan
asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej
Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap
pelajar.
Tambah beliau
lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM
2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan (
enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran
untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan
pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00,
selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran
seperti di dalam kontrak.
KUIN kampus Sungai Petani |
Shiak
Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini.
Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau
bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN ,
KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau
.Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan
daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut
haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil
tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia
(mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan
lain.
Tindakan Shiak Faisol ini patut dicontohi oleh pembekal barangan KUIN yang lain , yang masih tertunggak ratusan ribu ringgat sejak tahun lepas 2011 . Pihak BERSIH KUIN menawarkan diri untuk membantu pembekal-pembekal yang ditipu dan dianiyai oleh Jamil.
Sumber berita sila layari pautan ini (KLIK DI SINI)
Sunday, 29 July 2012
GAJI KAKITANGAN KUIN BELUM DIBAYAR BUKTI JAMIL TIPU SOAL KRISIS KEWANGAN KUIN
Dalam artikel saya yang lalu , seperti yang dijangka setelah Jamil terpaksa mengarahkan untuk membayar semua tunggakan potongan gaji kakitangan yang tidak dibuat KUIN setelah namanya terkenal diseluruh dunia kerana bersikap biadap tidak menjaga kebajikan kakitangan KUIN. Itu pun setelah kakitangan KUIN mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak jamil meletak jawatan.
Impak kepada tersebut, kini gaji kakitangan KUIN bagi bulan Julai menghadapi masalah. Kerana takutkan piket dan demo kali kedua kakitangan , Jamil terpaksa mengarahkan agar gaji kakitangan gred 45 ke bawah dibayar terlebih dahulu manakalan gaji kakitangan gred 45 ke atas sehingga kini belum dibayar.
Fenomena ini sekali lagi membuktikan Jamil dan Azizan menipu rakyat tentang kondisi krisis kewangan KUIN yang semakin parah.
Walaupun gred 45 keatas agak tinggi gaji mereka berbanding pekerja bawahan , namun mereka juga manusia yang ada anak dan keluarga dan perlu melangsaikan pelbagai hutang dengan pihak ketiga. Kesian kakitangan KUIN yang tak masuk gaji lagi. Jamil , sanggup dan tergamak kau buat mereka cam tu.
Jamil tiada pilihan melainkan pada Rabu yang lalu , Jamil sendiri pergi ke PTPTN untuk mendesak agar PTPTN membayar lebih awal dari jadual bagi menyelesai krisi kewangan KUIN. isyhhhhhh isyhhh , macaman ni ? Pakatan Rakyat minta memansuhkan PTPTN , tapi Jamil merayu PTPTN bayar awal. kalaulah tanpa PTPTN, mungkin malapetaka besar akan melanda KUIN. So tindakan KUIN yang amat terdesak bergantung dengan PTPTN membuktikan kecelaruan manifesto pakatan rakyat
Wednesday, 25 July 2012
BONUS RAYA ; APA NASIB STAF KUIN
Hari ini di akhbar-akhbar terpapampang pengumuman PM yang meyatakan
penjawat awam akan menerima bohus setengan bulan gaji. Bonus ini adalah
keprihatinan kerajaan kepada penjaway awam untuk meyambut hari raya
aidilfitri yang bakal tiba. PERSOALANNYA adakah kakitangan KUIM akan
menerima nasib yang sama seperti 13%. Adakah kerana KUIN swasta maka
staf KUIN tak layak untuk dapat bonus ini. Jika inilah yang bakal
difikirkan oleh pihak atasan KUIN maka staf KUIN akan .telan ayaq liuq
lagi,.
Mungkin bagi pengurusan tertinggi KUIN bonus ni tak penting bagi depa kerna gaji depa pun dah tinggi campuq lagi elaun-elaun yang depa dapat dah tak habih nak makan. TAPI staf-staf bawah yang gaji ciput raya ni nak makan apa???. Inilah nasib yang staf KUIN terpaksa hadapi bila dipimpin oleh mereka yang pentingkan diri sendiri. Depa hanya pikiaq periuk nasi depa sahaja tapi periuk nasi orang bawah lantak hempa la.
Apa pun kita tinggu apa reaksi depa dengan pengumuman PM ni. Kita banyak2lah berdoa kepada Allah dalam bulan Ramadan ni semoga Allah bukakan pintu hati depa untuk menjadi manusia yang berhati perut. Kita kena ingat rezki Allah yang bagi buakn depa yang bagi. kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat raya lah ala kadar dan setakat mana yang kita mampu. Allah maha kuasa.
`KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA.
`NEGARA KEBAJIKAN.
Mungkin bagi pengurusan tertinggi KUIN bonus ni tak penting bagi depa kerna gaji depa pun dah tinggi campuq lagi elaun-elaun yang depa dapat dah tak habih nak makan. TAPI staf-staf bawah yang gaji ciput raya ni nak makan apa???. Inilah nasib yang staf KUIN terpaksa hadapi bila dipimpin oleh mereka yang pentingkan diri sendiri. Depa hanya pikiaq periuk nasi depa sahaja tapi periuk nasi orang bawah lantak hempa la.
Apa pun kita tinggu apa reaksi depa dengan pengumuman PM ni. Kita banyak2lah berdoa kepada Allah dalam bulan Ramadan ni semoga Allah bukakan pintu hati depa untuk menjadi manusia yang berhati perut. Kita kena ingat rezki Allah yang bagi buakn depa yang bagi. kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat raya lah ala kadar dan setakat mana yang kita mampu. Allah maha kuasa.
`KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA.
`NEGARA KEBAJIKAN.
Monday, 23 July 2012
KONVO 13 %
Menghadapi sebuah majlis yang begitu grand dalam sesebuah Universiti , Konvokesyen 2012 pasti tampak hasilnya penindasan kakitangan KUIN oleh Jamil. Ramai yang berkata konvo tahun ini boleh kita gelarkan KONVO 13 persen. Mungkin sebab semangat nak kerja untuk konvo cukup dengan 13 % usaha sahaja atau 13 % sahaja orang akan bantu Jamil menjayakan konvo atau 13% markah deberikan oleh orang ramai terhadap kejayaan konvo atau lain-lain kebarngkalian.
Untuk makluman pembaca konvo KUIN pada tahun ini dijangka diadakan pada 18 dan 19 september 2012 di KUIN mergong yang akan dikemudi Mr F.
Untuk makluman pembaca konvo KUIN pada tahun ini dijangka diadakan pada 18 dan 19 september 2012 di KUIN mergong yang akan dikemudi Mr F.
Sunday, 22 July 2012
SKIM PERKHIDMATAN BARU KUIN ALA KRONI JAMIL BAKAL DIPERKENALKAN
Mungkin ramai daripada kita tidak menyedari bahawa sekarang satu penggubalan skim perkhidmatan baru akan digunakan di KUIN. Apa sandaran dan rujukan skim baru ini? Tapi yang pasti skim ini digubal dengan diketuai oleh rakan kroni kanan Jamil iaitu Mr Romliy.
Skim baru ini dijangkakan akan menyatukan skim bagi KUIN dan Insaniah Holdings.
Persoalannya , jika skim baru dibuat :
1. Adakah kakitangan KUIN akan diberikan opsyen memilih skim perkhidmatan yang baru?
2. Adakan kakitangan Holding sanggup untuk turun gaji bagi menyamakan gred gaji antara KUIN dan Insaniha Holdings?
3. Adakah skim baru ini akan menguntungkan arga kerja KUIN atau hanya menguntungkan Holdings sahaja?
4.Adakah skim baru ini dirangka untuk memastikan bermaharaja lela lagi golongan zalim dan menindas orang bawahan?
Apa pun , skuad BERSIH KUIN akan memastikan kebajikan kakitangan KUIN tetap dipertahankan dan mendapat pembelaan walaupun terpaksan menggunakan perundangan sekali pun.
Jangan tunduk kepada orang zalim , bak kata Us Azki di dalam demo yang lalu " berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim itu adalah jihad yang paling besar"
Skim baru ini dijangkakan akan menyatukan skim bagi KUIN dan Insaniah Holdings.
Persoalannya , jika skim baru dibuat :
1. Adakah kakitangan KUIN akan diberikan opsyen memilih skim perkhidmatan yang baru?
2. Adakan kakitangan Holding sanggup untuk turun gaji bagi menyamakan gred gaji antara KUIN dan Insaniha Holdings?
3. Adakah skim baru ini akan menguntungkan arga kerja KUIN atau hanya menguntungkan Holdings sahaja?
4.Adakah skim baru ini dirangka untuk memastikan bermaharaja lela lagi golongan zalim dan menindas orang bawahan?
Apa pun , skuad BERSIH KUIN akan memastikan kebajikan kakitangan KUIN tetap dipertahankan dan mendapat pembelaan walaupun terpaksan menggunakan perundangan sekali pun.
Jangan tunduk kepada orang zalim , bak kata Us Azki di dalam demo yang lalu " berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim itu adalah jihad yang paling besar"
AKAUN KUIN DAN INSANIAH HOLDING BAKAL DISATUKAN ?
Pihak admin berita KUIN mendapat info panas dan gempar bahawa satu lagi projek gila Jamil akan dilaksanakan kepada kakitangan KUIN iaitu menyatukan akaun kewangan KUIN dan Insaniah Holding.
Perkara ini terpaksa dilakukan adalah kerana keadaan terdesak Jamil dalam berhadapan dengan kemelut kewangan yang amat tersangat kritikal pada KUIN dan Insaniah Holding.
Penyatuan dilakukan agar segala bebanan kewangan dan hutang piutang yang kini ditanggung oleh Insaniah Holding dapat dibayar menggunakan duit KUIN.
Kesimpulan laporan di atas
- Insaniah Holding memang mengalami masalah kewangan semenjak ditubuhkan 4 tahun yang lalu dan hanya mengaharpkan duit peruntukan dari KUIN dan melahap duit yuran pelajar KUIN. Namun kini apabila sudah habis melahap duit KUIN hingga KUIN mengahdapi masalah kewangan , sudah tentu Insaniah Holding sudah tiada sumber pendapatan lagi melainkan mengheret KUIN masuk dalam kancah kebinsaan kewangan dengan menyatukan akaun kewangan.
-Apa yang dilaungkan oleh Azizan razak dan Jamil bahawa Insaniah Holding menjana keuntungan adalah suatu pembohongan kepada warga KUIN dan rakyat Kedah. Jika Holding untung kenapa perlu guna duit KUIN untuk tampung perbelanjaan dan pembayaran gaji Holding. Kalau Holding untung kenapa perlu KUIN nak tanggung hutang yang berjuta-juta ringgit.
- Jamil pernah janji bahawa anak syarikat dapat jana keuntungan dan akan memberikan pulangan 10 % kepada KUIN setiap bulan , bahkan pegawai KUIN yang akan pencen akan disalurkan 1 juta ringgit sebagai tanda keuntungan anak-anak syaraikat. Namun ternyata itu semua pembohongan besar Jamil untuk meng'gula-gula'kan kakitangan KUIN. Kami tak akan termakan dengan gula-gula Jamil seperti yang Mr F, Mr SS dan Madam AZ termakan gula-gula kering Jamil.
- Jamil pernah janji bahawa anak syarikat dapat jana keuntungan dan akan memberikan pulangan 10 % kepada KUIN setiap bulan , bahkan pegawai KUIN yang akan pencen akan disalurkan 1 juta ringgit sebagai tanda keuntungan anak-anak syaraikat. Namun ternyata itu semua pembohongan besar Jamil untuk meng'gula-gula'kan kakitangan KUIN. Kami tak akan termakan dengan gula-gula Jamil seperti yang Mr F, Mr SS dan Madam AZ termakan gula-gula kering Jamil.
- Kami kakitangan KUIN rasa daripada kita tanggung hutang Insaniah Holding baik tutup sahaja anak - anak syarikat KUIN yang tak memberikan keuntungan pada warga KUIN bahkan menjana kehancuran KUIN.
Tindakan
Kita akan bertahan untuk tidak mahu kewangan KUIN dirompak oleh Insaniah Holding.
Kita akan bertahan agar penyelewengan wang dan kuasa agar dikeluarkan dari KUIN. Mari munajat pada Allah di Ramadhan ini.
KUIN RESAH CARI DUIT NAK BAYAR GAJI KAKITANGAN KUIN BULAN JULAI
Kemelut dan krisis kewangan KUIN tidak boleh dirahsiakan lagi. Walaupun Menteri Berbohong (MB) Kedah , Azizan Razak dan seterunya Jamil Rektor mengatakan dan mempertahankan bahawa KUIN tidak menghadapi masalah kewangan namun ,inilah hakikatnya hikayat dua orang penipu besar dalam negeri Kedah.
Dahulu bila kita minta supaya dibayar tunggakan kepada pihak ketiga yang ditanggung kakitangan KUIN, tak mengaku bahawa KUIN tak ada duit. Setelah demonstrasi maka KUIN terpaksa gunakan semua duit yang dikorek untuk bayar, itu pun sebab :
- Selepas kakaitang buat demo
-Selepas kakitanag buat report Polis
- Takut nak hadapai isu KUIN dalam sidang DUN , jadi kenalah bayar sebelum sidang DUN pada 16 Julai yang lalu.
Kini duit KUIN dah kering , tak tahu nak cari mana duit lagi dah nak dikorek dan nak dipinjam atau nak minta sedekah, atau nak cari pertolongan atau nak rayu , hanya untuk membayar gaji kakitangan KUIN pada bulan Julai ini.
Apa pun kita tunggu, mungkin seperti bulan lepas dan dua bulan lepas , KUIN terpaksa membayar gajji dua peringkat iaitu untuk gred 45 kebawah akan dibayar dulu dan gred 45 ke atas akan dibayar menjangkaui bulan semasa.
Ataupun jika kritikal sangat mungkin akan semua kakitangan akan dibayar lambat gaji.
Maklumlah , nak minta pinjam pada MBI mungkin dah malu dan kena diikat dengan kontrak perjanjian. kalau nak minta pada PTPTN supaya disegerakan pembayaran PTPTN tak mahu buat kerja gila tak ikut prosuder, dahulu Menteri Pembohong Azizan tembak KPT agar jangan masuk campur urusan KUIN. tapi bila ada masalah kewangan, KUIN pula minta KPT masuk campur untuk bayara lebih awal duit PTPTN.
Tapi ingat dalam akaun KUIN ada duit bantuan zakat yang sepatutnya perlu dibayar kepada pelajar Kedah KUIN pada bulan Julai , namun dibuat surat minta tangguh untuk dibayar pada pertengahan Ogos ini. Jika duit zkat digunakan untuk bayar gaji KUIN, pihak skuad BERSIH KUIN akan mengambil tindakan sewajarnay kerana menyalahgunakan wang zakat, jadiiii, jangan guna duit zakat pelajar bayar gaji kakitanagn KUIN bulan Julai yaaa Jamil. Duit zakat kedah tahun lalu bolehlah kelentong student bila perap lama-lama duit zakat dalam akaun KUIN, kini Jamil berhadapan dengan kakitanagan yang mengetahui semua pergerakan wang dan masalah dalaman KUIN.
Saturday, 21 July 2012
SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Pihak gerakan BERSIH KUIN mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al Mubarak ini. Semoga bulan ramadhan akan menghapuskan dosa dan kezaliman yang ada. Mari kita banyakkan amal dan doa kerana Allah dekat dengan kita.
SAMAN SHAKE KE ATAS KUIN 31 JULAI INI
En Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd |
KUIN akan berhadapan dengan satu lagi saman dimahkamah pada 31 Julai ini. kali ini bukan dengan pelajar tetapi dengan pembekal luar.
Isu
ini adalah berkaitan KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di
Sungai Petani. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan
saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar
melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .
Kes di Mahkamah Tinggi Alor Setar |
Menurut
sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd yang bedaftar di Kelab
Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak
Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun
bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan
asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej
Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap
pelajar.
Tambah beliau
lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM
2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan (
enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran
untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan
pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00,
selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran
seperti di dalam kontrak.
KUIN kampus Sungai Petani |
Shiak
Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini.
Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau
bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN ,
KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau
.Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan
daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut
haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil
tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia
(mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan
lain.
Tindakan Shiak Faisol ini patut dicontohi oleh pembekal barangan KUIN yang lain , yang masih tertunggak ratusan ribu ringgat sejak tahun lepas 2011 . Pihak BERSIH KUIN menawarkan diri untuk membantu pembekal-pembekal yang ditipu dan dianiyai oleh Jamil.
Sumber berita sila layari pautan ini (KLIK DI SINI)
MUNAJAT RAMADHAN : JAMIL MENINGGALKAN KUIN
Barisan sekretariat BERSIH KUIN telah bersetuju sebagai lanjutan daripada program 'Majlis Munajat Orang Yang Dizalimi' yang diadakan pada 19 Julai baru-baru ini untuk meneruskan usaha bermunajat pada Allah sempena bulan Ramadhan ini.
Justeru itu pihak sekretariat BERSIH KUIN memohon agar semua ahli gerakan yang juga kakitangan KUIN agar jangan lupa berdoa dan bermunajat pada Allah atas kezaliman yang dilakukan oleh Jamil untuk Allah membantu kita menunjukkan kekuasaan dan keajaiban Allah bagi mendengar rintihan kita setelah kita mendesak Jamil meletak jawatan , tetapi tetap Jamil enggan dan tegar. Tempiasan daripada munajat ini juga kepada MB Kedah yang dilihat menyokong kemungkaran dan kezaliman apabila terbukti Azizan mempertahankan Jamil yang memerintah KUIN ala hitler.
KAMBING YANG PATAH TANDUK, CARI PUBLISITI POLITIK TARIK SOKONGAN
Madam Azlina (AZ) dalam kenyataan rasminya mengesahkan kehadiran beliau, Firdaus dan Nadia Mursida ke Pentas Politik PAS di Dewan Besar PAS Batu 9 untuk memberikan taklimat mengenai KUIN kepada wakil pemuda bahagian PAS Kedah.
kenyataan rasmi Madam AZ |
Madam AZ melatah apabila artikel di dalam blog ini meminta agar Mr SS menyiasat dan dikenakan tunjuk sebab menggunkan pentas politik berlogo menyampaikan ucapan.
Tindakan Madam AZ dilihat sebagai kambing yang kepatahan tanduknya kerana mengheret isu KUIN ke kancah politik. Tindakannya dan Nadia dilihat menjatuhkan reputasi orang akademik kerana gagal menggunakan profesional ilmiah dalam menghadapi kemelut KUIN bahkan mengheret pelajar dan beberapa staf akademik dalam kancah politik.
Petikan dari blog beritakuin |
Tindakan Madam AZ dilihat sebagai kambing yang kepatahan tanduknya kerana mengheret isu KUIN ke kancah politik. Tindakannya dan Nadia dilihat menjatuhkan reputasi orang akademik kerana gagal menggunakan profesional ilmiah dalam menghadapi kemelut KUIN bahkan mengheret pelajar dan beberapa staf akademik dalam kancah politik.
Sebelum ini beliau mengheret suaminya dan bapak mertuanya dalam isu KUIN. Madam AZ mengharapkan beliau mendapat sokongan menggunakan talian hayat suami dan bapak mertuanya dalam penghujahannya , namun sayang , Madam AZ menjerat diri sendiri.Kalau nak berhadapan dengan geng BERSIH KUIN pun kenalah profesional sama, ikut sedap jerrr libatkan orang yang tak bersalah
Madam AZ kena ingat , jangan sokong kemungkaran dengan hanya diberi umpan oleh Jamil tanggung sambung PhD. Opssss madam AZ lebih pandai ceramah daripada saya.
Sebelum ini pun Madam AZ pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur kurang ajar yang tidak melambangkan ilmu dan profesionalisme seorang ahli parti Islam dan menantu kepada tok guru
perkataan woi dan wooooi |
perkataan oiiii dan tutuh |
Friday, 20 July 2012
SEKITAR PERJALANAN MAJLIS MUNAJAT ORANG YANG DIZALIMI
19 Julai - Pihak Sekretariat BERSIH KUIN mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran kakitangan KUIN dan ahli keluarga ke Majlis Munajat orang yang dizalimi bertempat di Dewan INSPIN Kedah. Antara pengisian ialah solat magrib dan isyak berjamaah, solat hajat, bacaan yasin dan tahlil. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.
Tujuan majlis adalah bagi memohon kepada Allah agar desakan jamil meletak jawatan atas kezalimannya diserahkan pada keajaiban dan kekuasaan Allah. Tempiasan ini juga turut melibatkan MB Kedah yang menyokong kezaliman.
Thursday, 19 July 2012
2012 TAHUN MALANG JAMIL, JAMIL SUDAH HAMPIR DIJATUHKAN
Isu dan kemelut dalaman KUIN bukanlah merupakan perkara baru. Sejak hujung tahun 2010, tembelang Jamil sudah mula kelihatan. pada awal kedatagannya pada pertengahan bulan 2008, beliau dilihat seperti seorang wira yang ingin bangunkan KUIN, namun tahun 2012 adalah episod paling malang buat Jamil apabila :
1. Tindakan 5 mahasiswa yang digantung KUIN menyaman KUIN, mereka menang dimahkamah dan Jamil dimalukan mahasiswa walaupun diwakili peguam Karpal Sigh.
2.Jamil terpaksa memperlahankan kerakusan pentadbirannya dan kroninya apabila terpaksa membuat pembedahan pintas jantungnya\
3.Jamil telah dikritik hebat oleh kakitanganya sendiri termasuk mereka yang pernah menjadi orang kuatnya suatu ketika dahulu.
4.Kakitangan KUIN dengan berani turun berdemonstrasi untuk mendesak JAMIL LETAK JAWATAN.\
5. Kakitangan KUIN mengadakan bacaan yasin dan solat hajat agar Jamil meletak jawatan atau tiada di KUIN.
Kini Jamil sudah berada diambang kerjayanya.
1. Tindakan 5 mahasiswa yang digantung KUIN menyaman KUIN, mereka menang dimahkamah dan Jamil dimalukan mahasiswa walaupun diwakili peguam Karpal Sigh.
2.Jamil terpaksa memperlahankan kerakusan pentadbirannya dan kroninya apabila terpaksa membuat pembedahan pintas jantungnya\
3.Jamil telah dikritik hebat oleh kakitanganya sendiri termasuk mereka yang pernah menjadi orang kuatnya suatu ketika dahulu.
4.Kakitangan KUIN dengan berani turun berdemonstrasi untuk mendesak JAMIL LETAK JAWATAN.\
5. Kakitangan KUIN mengadakan bacaan yasin dan solat hajat agar Jamil meletak jawatan atau tiada di KUIN.
Kini Jamil sudah berada diambang kerjayanya.
INSANIAH HOLDING DIDENDA KWSP
Insaniah Holding yang didakwa
menjana keuntungan oleh Jamil dan Azizan adalah sesuatu pembohongan besar.Ramai kakitangan Holding datang bertemu dengan skuad BERSIH KUIN untuk memohon memperjuangkan nasib mereka juga. Apakan daya kami tiada kuasa untuk campur kaki dalam urusan Holding.
Hingga kini baki tunggakan hutang kakitangan holding kepada bank belum diselesaikan lagi. Itu pun Azizan merapu kata anak syarikat jana keuntungan kepada KUIN. Pembohong besar.
Hingga kini baki tunggakan hutang kakitangan holding kepada bank belum diselesaikan lagi. Itu pun Azizan merapu kata anak syarikat jana keuntungan kepada KUIN. Pembohong besar.
Jika
untung kenapa baru-baru ini , Insaniah Holding dikenakan tindakan denda oleh
KWSP kerana kegagalan membuat caruman. Denda KWSP ini menggabarkan kepincangan Jamil menguruskan KUIN.
Lebih baik letak jawatan sahaja lah.
Lebih baik letak jawatan sahaja lah.
Wednesday, 18 July 2012
JAMIL DIPERSOAL KPT SEMASA DIPANGGIL KPT
Pada 16 Julai 2012 jam 2.30
petang yang lalu bertempat di Bilik Perbincangan TKP (S) Aras 9 Kementerian
Pengajian Tinggi Putrajaya pihak
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memanggil pihak KUIN untuk memberikan
penjelasan terhadap beberapa aduan terhadap kurapsi pentadbiran dan pengurusan
kewangan KUIN, antaranya ;
1.Penolakan penggunaan pekeliling
kenaikan gaji 13 %
2.Laporan kesihatan Jamil dan
kaitan dengan tugas sebagai Ketua Eksekutif dan cuti sakitnya
3.Unsur nepotisme di dalam
pelantikan kakitangan Insaniah Holdings.
Perbincangan tersebut KUIN diwakili Jamil, Sayuti, En Latip dan Dato Syed Unan
Mungkin ramai kakitangan KUIN dan
rakyat Kedah tertanya-tanya apa isi perbincangan pertemuan tersebut. Sebenarnya
sengaja dirahsiakan oleh Jamil . Mari saya bongkarkan antara isi perbicangan
tersebut yang sebenarnya telah
MENGHANTUKKAN KEPALA JAMIL DILUTUT SENDIRI, antaranya :
1.Pihak KPT mempersoalkan
tindakan Jamil beriya-iya menolak penggunaan pekeliling kenaikan gaji 13%.
Sudahkah Jamil sudah bersedia dengan skim perkhidmatan baru? Jika tidak ada lagi,
kenapa tak guna dulu pekeliling perkhidmatan yang sedia ada(lama). Bila dah
siap skim baru baru apply skim baru.
2.Lantikan Jamil sebagai Ketua
Eksekutif KUIN telah pun tamat dan hingga kini , KPT belum menyambungkan lagi
lantikan Jamil sebagai ketua Eksekutif. Persoalannya , kenapa ? Pihak KPT telah
pun mendapatkan laporan kesihatan Jamil daripada Hospital di Pulau Pinang
tempat di mana Jamil dibedah jantungnya. Di dalam laporan tersebut disahkan
bahawa Jamil berada dalam tahap kesihatan jantungnya yang kritikal dan tidak layak untuk
menjadi Ketua Eksekutif KUIN (Rektor). Oleh itu sehingga kini Jamil belum
disambung Ketua Eksekutif KUIN. Oleh sebab itulah segala tindakan Jamil ibuat
dengan luar batasan kerana beliau gagal mengawal emosi dirinya.
3.Persoalan kronisme dalam
jawatan yang dipegang di Insaniah Holding memang wujud
4.Staf di KUIN termasuk Insaniah
Holding telah over load, melebihi sehingga tidak mampu menampung perbelanjaan
KUIN.
5.KPT mempersoalkan tentang
keuntungan yang kononnya didakwa Insaniah Holding menjana keuntungan. Di atas
kertas nampak macam Insaniah Holding untung , tetapi hakikat sebenarnya
Insaniah Holding telah rugi dan menyumbang besar kepada krisis kewangan KUIN
yang sangat kritikal
(Admin tidak bertanggungjawab dengan info yang dikirim dalam email ini)
BENARKAH ADA PERANCANGAN SULIT JAMIL DAN AZIZAN
Berita panas, berita panas….
Menurut sumber Jamil dan Azizan sentiasa berbincang terutama bagaimana nak
selamatkan Jamil. Terbaru ada maklumat yang kami perolehi bahawa satu
perbincangan telah dilakukan oleh Jamil dan Azizan, antaranya :
1.Jamil , apabila lantikan Ketua
Eksekutif (K.E.)nya dipertikaikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka perancangan
dibuat untuk mencadangkan nama Dr Ramly sebagai K.E. KUIN. Jika Ramly jadi K.E.
maka Ramly jadi boneka ajerr lah dan Jamil akan terus bermaharaja lela.
2.Khabarnya Ramly sedang gubal
skim perkhidmatan baru KUIN, dan ura-ura jika siap skim tersebut Aidi (COO
Insaniah Holding) akan dilantik menjadi pendaftar KUIN.
Kesimpulan
Jika benar dakwaan ini, dan Ramly jadi Ketua Eksekutif
KUIN atau Aidi jadi pendaftar KUIN atau kedua-duanya, nantikanlah kebangkitan
lebih dahsyat kakitangan KUIN untuk menolak mereka
Jamil mesti unudur dari KUIN demi kesejahteraan rakyat Kedah dan warga KUIN.
MB BUKAN MENTERI BESAR TETAPI MENTERI BOHONG
Jamil dan Azizan ibarat kekasih |
Azizan patut malu dengan gelarannya sebagai seorang ustaz apabila tindakannya mempertahankan seorang yang mahazalim di dalam KUIN. Apa yang perlu lebih malu lagi ialah Azizan bukan menteri besar Kedah tetapi layak diberikan gelaran Menteri Bohong (MB) Kedah
Dalam isu KUIN Azizan kerap menggunakan teori BERBOHONG dalam pentadbirannya. Antara pembohongan Azizan dalamisu KUIN.
1. Azizan dakwa diugut oleh Ulamak Tahfiz selepas demo 1 April 2012, sedangkan semua itu adalah tipuan kerana Azizan percaya cakap Jamil lantas Azizan mengarahkan dikeluarkan ulamak tahfiz dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah
2.Azizan tipu dengan mengatakan KUIN swasta, sedangkan kakitangan KUIN adlah Badan Berkanun, buktinya :
- Kenapa tak ada opsyen pertukaran kontrak perkhidmatan
- Kenapa gaji kakitangan KUIN dan Insaniah Holding tak sama
- Mana skim perkhidmatan KUIN sebagai swasta
- Kenapa cuti dan lantikan kedua Jamil dibuat mengikut pekeliling JPA.
3. Azizan tipu dakwaan tuntutan kakitangan KUIN adalah tak benar, sedangkan kakitangan KUIN telah membuat report polis bagi mengukuhkan lagi bukti dan menyusul laporan kepada SPRM.
4. Azizan kononnya nak berlakon kata dia MB yang baik, lantas kata kita berikan kebebasan bersuara kepada staf termasuk berdemo, namun hakikatnya Azizanlah yang suruh disegerakan peraturan tatatertib kakitangan KUIN disegerakan untuk pastikan kakitangan yang dia tak suka, akan diambil tindakan
5. Azizan tipu dalam Dewan Undangan negeri yang lalu , dia kata , calon pelajar Medic KUIN ada 300 orang dan akan ditapis untuk ambil 50 orang sahaja, namunsebenarnya nak cari tambah seorang pelajar Medic pun payah dan hingga kini bilangan pelajar Medic hanya 11 orang sahaja.
6. Azizan tipu dengan mendakwa , apabila kemelut KUIN berlaku , pelajar semakin bertambah, sedanngkan fakta sebenar seperti berikut :
Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 900
- Program Ijazah Kejuruteraan hanya seorang pelajar mendaftar , sedangkan programnya ada 3 Ijazah
- Postgraduate hanya 11 pelajar mendaftarkan diri
- Ijazah Perakaunan hanya 4 orang sahaja
- Ijazah Perniagaan hanya 6 orang sahaja.
Tuesday, 17 July 2012
NAIK PENTAS PARTI POLITIK : SURAT TUNJUK SEBAB UNTUK AZLINA , NADIA DAN FIRDAUS
18 Julai - Tindakan Azlina Zakaria, Nadia Murshida, Firdaus Salleh berada di atas pentas PAS di Kompleks PAS Kedah pada 16 Julai yang lalu
dengan memberi penerangan rasmi kepada wakil-wakil pemuda setiap
bahagian adalah sesuatu yang mencalarkan imej sebuah Universiti yang
memartabatkan profesional akademik.
Siapa yang mengarahkan mereka
membuat taklimat tersebut, samada Pemangku Pendaftar Mr Sayuti atau
Jamil Rektor atau atas arahan parti PAS. Jika di atas arahan Universiti
kita mendesak agar mereka kemukakan bukti memo atau surat arahan. Jika
ia merupakan satu tindakan peribadi , tindakan tatatertib boleh
dikenakan kerana mereka berceramah di atas pentas parti politik yang
mempunyai logo parti.
Kita akan tunggu apa Mr SS akan
buat . Sewajarnya Mr SS mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka
yang hadir memberikan penerangan atas tiket parti. Atau Mr SS pun
bersubhat sama dan enggan menonjolkan dirinya atas kepentingan jawatan
dan diri.
Inilah KUIN sebuah Universiti yang telah dipolitikkan.
ORANG SURUHAN AZIZAN DAN JAMIL CUBA ALIHKAN ISU KUIN DENGAN FITNAH KEPADA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
Isu dan kemelut KUIN tidak boleh dibendung lagi.Walaupun apa yang dijawab Jamil dan Azizan (J&A), orang dah tak percaya. Orang kuat jamil dan Azizan cuba cari jalan untuk kalih isu bagi menutup kelemahan Azizan, lantas mereka mencipta pembohongan bahawa demo di KUIN didalangi UMNO dan modal isu dekat dengan pilihanraya. Namun dakwaan itu meleset apabila dilihat dalam demo tersebut golongan penyokong bulan melebihi separuh daripada peserta demo staf KUIN.Orang kuat Jamil dan Azizan terus mencari jalan untuk tipu rakyat Malaysia untuk tutup kelemahan pentadbiran J&A, akhirnya mereka cuba memfitnah dengan tuduhan melulu kepada Dato Puat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.
Kisahnya mereka menggunakan blog dan facebook untuk menuduh bahawa kemelut KUIN tercetrus kerana Dato Puat tak mahu berikan dana kewangan pada KUIN. Mungkin orang luar KUIN tak faham isu lalu mengikut membuta tuli blogger upahan dan pencacai J&A. Saya rasa terpanggil bagi menjawab semua tuduhan dan fitnah kepada Dato Puat , mari ikuti penjelasan benar dan sebenar tentang kisah fitnah ini.
- Peruntukan KUIN yang diluluskan bagi tahun 2012 adalah sebanyak 15 juta dan bantuan Kerajaan Negeri ini tidak diberikan sekaligus, sebaliknya dibuat pembayaran mengikut fasa dalam setahun.
-Daripada jumlah tersebut KUIN telah pun menggunakan peruntukan 2012 untuk perkara berikut :
* Di dalam tahun 2011 kerana masalah kewangan pada tahun tersebut pihak KUIN telah menggunakan terlebih awal peruntukan bagi tahun 2012 . Jesteru pihak Kerajaan akan menolak pemberiaan advance itu daripada bantuan kewangan bagi tahun 2012.
*Disebabkan Jamil dan Azizan sudah membuat keputusan menendang keluar ulamak tahfiz dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah maka peruntukan sebanyak 3 juta disalurkan kepada Yayasan Islam bagi tujuan pembayaran gaji.
* Pihak KUIN juga pernah berhutang dengan Syarikat Air Darulaman (SADA) semasa menghadapi masalah membayar gaji pekerja KUIN sebanyak 2 juta, maka pihak Kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan KUIN 2012 untuk membayar kembali hutang KUIN kepada SADA
* Baki daripada peruntukan telah disalurkan kepada pihak KUIN untuk belanja urus KUIN
* Kini baki daripada jumlah keseluruhan peruntukan bantuan Kerajaan bagi tahun mengurus 2012 hanya tinggal 2.5 juta untuk baki 6 bulan mengurus KUIN. (sangat kritikal kewangan KUIN)
Baki 2.5 juta ini sebenarnya akan dibayar seawal-awal mengikut jadual pembayaran pada bulan 9 bagi mengelak masalah kewangan yang meruncing pada suku terakhir kewangan KUIN.
Bayangkan 6 bulan KUIN hanya bergantung kepada 2.5 juta dan yuran untuk bayar gaji, belanja urus dan bonus kakitangan KUIN.
---------------------
Bagi belanja mengurus KUIN bagi tahun 2011 , KUIN telah berbelanja sebanyak 28 juta sedangkan peruntukan daripada Kerajaan pada tahun tersebut hanya 12 juta.
Persoalannya disini dimanakah model dan modal perniagaan KUIN yang dikatakan mempunyai anak syarikat yang kononya bagi menambah dan menjana keuntungan. Pendapatan tahun tersebut sebahagian diambil dari peruntukan Kerajaan dan sebahagian lagi diambil dari yuran pelajar . Dimanakah sumber pendapatan daripada anak syarikat? Memang Azizan dan Jamil penipu. Mereka boleh tipu rakyat tapi bukan staf KUIN.
------------------------
Bagi tahun 2013 , KUIN memohon peruntukan sebanyak 100 juta daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menampung belanja mengurus KUIN. Perlu diingat pendapatan awam rakyat kedah bukan hanya untuk KUIN tetapi untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah semuanya. Perlu diingat :
- Hasil pendapatan Negeri Kedah setahun lebih kurang 450 juta
- Daripada jumlan tersebut :
- 45 juta terpaksa digunakan untuk bayar kampus KUIN di Kuala Ketil
- Belanja mengurus emolumen k/tangan awam Kerajaan Negeri 160 juta.
- 50 juta mengurus semua cawangan Maktab Mahmud.
- 22 juta untuk Tahfiz Sains Pulau Tuba
- Baki belanja mengurus masih banyak tanggungan Kerajaan negeri.
- Bayangkan kalau KUIN guna 100 juta duit rakyat Kedah, kemungkinan Kerajaan Kedah akan bankrap pada tahun 2013.
--------------------------------
KESIMPULAN
- Pentadbiran yang betul mestilah mengikut badjet yang diperuntukan, bukan runtunan politik
- Duit adalah amanah rakyat yang bukan boleh dibuat sesuka hati, ia satu amanah besar.
- Dari penerangan di atas memang sah Anak Syarikat KUIN langsung tak jana keuntungan KUIN
- Nak tadbir negeri ibarak periuk nasi, kerak nasi mesti ikut acuan periuk , jika tidak, teruklah.
- Orang kuat Jamil dan Azizan , cuba nak tabur fitnah kata Dato Puat tak bagi duit kat KUIN tapi semua dakwaaan itu telah saya sangkalkan dalam artikel ini.
- Pemimpin kalau tak takut Allah , mereka akan jadi macam Azizan dan Jamil.
KESIMPULAN
- Pentadbiran yang betul mestilah mengikut badjet yang diperuntukan, bukan runtunan politik
- Duit adalah amanah rakyat yang bukan boleh dibuat sesuka hati, ia satu amanah besar.
- Dari penerangan di atas memang sah Anak Syarikat KUIN langsung tak jana keuntungan KUIN
- Nak tadbir negeri ibarak periuk nasi, kerak nasi mesti ikut acuan periuk , jika tidak, teruklah.
- Orang kuat Jamil dan Azizan , cuba nak tabur fitnah kata Dato Puat tak bagi duit kat KUIN tapi semua dakwaaan itu telah saya sangkalkan dalam artikel ini.
- Pemimpin kalau tak takut Allah , mereka akan jadi macam Azizan dan Jamil.
SIDANG DUN 90 MINIT, AZIZAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Semua orang merasa kesal dengan tindakan geng Azizan seolah main-main soal kebajikan rakyat. Dulu masa pemerintahan BN , Azizan pernah menegur Mahdzir Khalid dan BN kerana mengadakan sidang DUN sekejap sangat, sedangkan kita nak bincang masalah rakyat mesti bagi masa lama. Azizan ketika itu pernah berkata "Mesyuarat penggan mangkuk pun lama, lebih dari 2 jam".
Rupa-rupanya datang zaman Azizan pun 2 x5 jugak. Cakap tak serupa bikin. Ustaz apa ni?
Rupa-rupanya datang zaman Azizan pun 2 x5 jugak. Cakap tak serupa bikin. Ustaz apa ni?
19 JULAI 2012 :MAJLIS MUNAJAT ORANG YANG DIZALIMI
Semua kakitangan dan warga KUIN beserta SEISI KELUARGA dijemput untuk menjayakan majlis tersebut pada butiran berikut :
Tarikh : 19 Julai 2012 (Khamis)
Masa : Bermula jam 7.00 malam hingga 9.00 malam
Tempat : Dewan KCS , Institut Integriti Kedah (INSPIN) , Lebuhraya Sultanah Bahiyah.
Agenda :
07.00 pm : Ketibaan warga KUIN
: Solat Fardhu Magrib secara berjamaah
: Solat Fardhu Magrib secara berjamaah
: Bayan Hadis Kemuliaan Ramadhan
: Bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah
: Solat Isyak berjamaah
: Solat Hajat
: Jamuan makan malam
Catatan
: Digalakkan membawa sejadah sendiri.
: Digalakkan membawa sejadah sendiri.
: Sesiapa ingin membuat kenduri arwah digalakkan, sumbangan adalah ikhlas
JAMIL TAKUT DIBOIKOT, BATALKAN MAJLIS RAI PERSARAAN
17 Julai - Majlis Perpisahan Haji Najib , Haji Latip dan En Yusof yang dijangka diadakan pada esok (18 Julai 2012) , jam 5.00 petang anjuran Jamil terpaksa dibatalkan kerana bimbang dengan kehambaran majlis tersebut jika ia diteruskan.
Kebimbangan Jamil terhadap Majlis tersebut adalah ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa GERAKAN BERSIH KUIN untuk memboikot Majlis tersebut kerana persaraan Haji Najib dan En Yusof adalah tidak sah.
AKIBAT SOKONG ORANG ZALIM (JAMIL) KINI AZIZAN DIBONGKAR PENYELEWENGANNYA YANG BERSEMBUNYI DISEBALIK PARTI ISLAM
Adakah Jawatan Kuasa Disiplin parti PAS takut nak panggil Azizan..???
oleh Raja Jembal
Adakah Azizan sudah melanggar dasar Parti PAS..??
- Azizan sokong AUKU sedangkan PAS pusat menolak AUKU..
- Azizan beri permit kelab malam sedangkan PAS pusat menolak premis kelab malam yang melampau
- Azizan ugut hendak ambil tindakan OSA kepada pembangkang sedangkan undang-undang tersebut ditentang oleh PAS pusat
- Azizan iktiraf PTPTN sedangkan di PAS pusat menjanjikan pendidikan percuma
- Azizan beli saham FGVH sedangkan perjuangan PAS pusat menolak penyeneraian saham tersebut
Daripada penyeneraian perkara-perkara diatas adakah Azizan masih lagi tidak layak di adap kepada JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI...
Jika perkara seperti ini masih lagi tidak layak adakah nak tunggu senarai macam Hasan Ali baru nak panggil beliau mengadap.
Sebenarnya isu yang ditimbul de Kedah sana telah mengakibatkan kami di
negeri lain penat untuk membalas hujah dengan pihak lawan... cuba
bayangkan... dalam kita melawan nak tolak AUKU tetiba beliau sebagai
PENGERUSI KUIN telah menggunakan AUKU mendakwa pelajar KUIN.
Begitu juga dengan isu pembelian saham FGVH oleh PKNK.. dilihat seperti
tiada peranan apa beliau memegang jawatan PENGERUSI.. dilihat seperti
dipermain-mainkan pun ada.
Sekarang kami yang dibawah ini hadapi masalah untuk berhujah dengan pihak musuh. Oleh itu diharap pihak JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI bolehlah melihat akan isu ini.. jangan kerana kita hendak mempertahankan sebuah negeri lalu perkara mungkar dan salah kita pertahankan...
Firman Allah yang bermaksud, "Jangan kamu cenderung pada orang-orang yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka..." [Surah Hud: 113]
Monday, 16 July 2012
BLOG KEDAHLANIE : AKUI PUNCA MASALAH DALAMAN KERAJAAN KEDAH IALAH AZIZAN, SEBAB TU AZIZAN BELA JAMIL MACAM KEKASIH
Mana PEMANDU... Mana JAWATANKUASA DISIPLIN...tak teringin jengok kami kat Kedah nie kaa..???
oleh depakata.co.cc
Seribu kali Sayang....
Sangkakukan Kemati...
Cerita Kasih Kita...
Rupanya Seketika...
Aduhai... Tak Sanggup dah aih dengaq kelaku kelaka yang berlaku di Kedah
sekarang n.... Mula-mula mai isu AUKU KUIN senyap pie mai isu PUSAT
HIBURAN...lepas tu tak selesai isu pusat hiburan mai pulak isu KUIN
semula dimana staff dia komplein suruh pecat reaktor....tak habis isu
KUIN mai pulak isu Azizan nak ambik OSA kat ketua pembangkang Kedah yang
baru iaitu Ketua Pemuda Gerakan....
Ingatkan dah tak ada isu...tetiba mai pulak isu PKNK beli saham
FELDA.... aduhai MB kesayanganKu AZIZAN ABD RAZAK.... Awat la hang nie
selalu berlawan arus dengan apa yang di bawa oleh Parti di Pusat sana...
Adakah hang nie wakil parti BEBAS kot boleh buat ikut suka tanpa ada
nak ikut garis panduan yang telah di bawa oleh pimpinan atasan kita....
Jika semua nak ikut kepala hang letih laaa... Jika ikut tu kapal
bergerak maju kedepan tak apalah juga.... ini taknya dah dilihat macam
nak karam dah nie.... awat la jadi lagu nie pon tak tau laa... patut la
puak musuh dok diam membisu jaa...tambahan lagi UMNO tengok macam ada
satu perkara hg pegang aku punya....aku pegang hang punya.....tu yg
pakat dok sunyi sepi...
Tapi dalam masa dok diam musuh hantaq mai manusia berkulit NGO untuk
lepas peluru taboq bagi kita menjawab....dan peluru taboq tu seakan
macam terkena ja atas batang hidung kita....
Entah laa...Masa awai-awai dulu dilihat hangpa bukan main kemaih dan
bergaya memacu negeri Kedah Sejahtera nie tapi bila mai dipenghujung
tengok macam nak kona kot lainlah pulak..... macam nak serah bulat-bulat
macam tu sahaja kepada pihak lawan....
Awat hangpa semua dah boring mentadbir negeri Kedah nie dah kaa... tak
pun hangpa semua dah mula pelahap macam puak BN juga....dalam ertikata
dah jadi sifir 2X5 dah nie.... sampai kekadang menjawab persoalan tu
macam hangpa saja yang tahu semua.... orang lain tak tau apa dan bodo
piang...
Cuba tengok isu terkini bab saham felda....tak pasai-pasai kita semua
jadi panas pungkoq kena perli dan kenen dengan musuh sebab mulut kata
tak mau tapi tangan dok huluq ambik....dah jadi kelaku hebiaq dah....
dan boleh jawab lepas tangan yg PKNK beli tanpa pengetahuan PENGERUSI
merangkap MB.......
habih apa tugas PENGERUSI...cuma duduk atas KERUSI jaa lepas tu nganga
buka mulut bagi lalat masuk.... lepas tu biaq kakitangan bawahan lumoq
selut kat muka PENGERUSI....Jika dah tau kakitangan tu Jebon nak
pelingkop dasar Kerajaan Negeri ambik la tindakan... dok keras jadi batu
buat apa... depakata cengei tapi bila dilihat cenge apa kejadahnya
macam nie....macam kena cucuk hidung ada laa lagi....
Nah sekarang semua jadi pening dengan kelaku hangpa kat wisma darulaman menguruskan negeri....
Jadi nak tanya lah jika kami disini pening dah dengan kelaku Azizan
dimanakah pula PEMANDU yang ditubuhkan untuk memantau Kerajaan Negeri
Kedah nie... dan juga JAWATANKUASA DISIPLIN parti... tak teliouq ka
dengan kelaku-kelaku yang ugut musuh dengan akta OSA, sokong AUKU, PUSAT
TAK BOLEH CAMPURTANGAN, beli saham FGV... ini semua bercanggah dengan
dasar dan polisi kita dalam parti...
hangpa tak teliouq ka atau hangpa takut kat Azizan seperimana macam Mahfuz yang nak bela benda songsang tuuu......