En Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd |
31 JULAI - KUIN akan berhadapan dengan satu lagi saman
dimahkamah hari ini. kali ini bukan dengan pelajar tetapi
dengan pembekal luar.
Isu
ini adalah berkaitan KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di
Sungai Petani. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan
saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar
melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .
Kes di Mahkamah Tinggi Alor Setar |
Menurut
sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd yang bedaftar di Kelab
Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak
Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun
bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan
asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej
Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap
pelajar.
Tambah beliau
lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM
2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan (
enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran
untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan
pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00,
selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran
seperti di dalam kontrak.
KUIN kampus Sungai Petani |
Shiak
Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini.
Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau
bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN ,
KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau
.Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan
daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut
haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil
tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia
(mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan
lain.
Tindakan Shiak Faisol ini patut dicontohi oleh pembekal barangan KUIN yang lain , yang masih tertunggak ratusan ribu ringgat sejak tahun lepas 2011 . Pihak BERSIH KUIN menawarkan diri untuk membantu pembekal-pembekal yang ditipu dan dianiyai oleh Jamil.
Sumber berita sila layari pautan ini (KLIK DI SINI)