3 Julai - Isu KUIN semakin panas apabila seramai
lebih 200 orang kakitangan KUIN mengadakan himpunan mendesak Dato’ Jamil meletakkan
jawatannya sebagai Rektor KUIN. Himpunan
yang dinamakan ‘Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0” itu diadakah dihadapan pejabat
Rektor dan disertai pelbagai lapisan gred kakitangan KUIN dan juga turut
disertai oleh pelajar KUIN.
Walaupun hujan , namun kakitangan KUIN tetap keluar di lapangan hadapan Pejabat Rektor bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Selain daripada warga KUIN turut kelihatan pihak keselamatan, wartawan media , alumni KUIN dan orang masyarakat setempat.
Desakan Jamil meletak jawatan itu adalah
kerana kakitangan KUIN sudah hilang kepercayaan kepada beliau yang telah banyak mengabaikan
kebajikan kakitangan dan juga pelajar. Ini ditambah lagi dengan kewujudan anak-anak
syarikat KUIN yang tidak mampu beroperasi dengan sendiri dan terpaksa
bergantung kepada kewangan KUIN yang akhirnya mencetuskan krisis kewangan yang
sangat kritikal. Berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan
pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret
menjadi mangsa seperti :
1.dinafikan kenaikan gaji kakitangan 13 %,
2.tidak membuat potongan gaji kepada bank
walaupun telah dipotong gaji,
3.menolak kenaikan elaun kadar sara hidup RM
50.00,
4.kenaikan yuran pelajar yang amat mendadak dari
RM 60 kepada RM 200 satu kredit,
5.mengenakan caj medical chek up kepada pelajar
baru sebanyak RM150 hingga RM 250,
6.kenaikan yuran asrama pelajar
7.mengenakan caj untuk menyemak status kemasukan
pelajar.
8.Dan lain-lain penganiyaan ( akan di dedahkan dalam artikel seterusnya)
Dalam menghadapi pelbagai krisis ini pihak
kakitangan telah berusaha mengadakan rundingan dengan Jamil agar dapat
diberikan penjelasan untuk penyelesaian kemelut namun Jamil langsung tidak
mengendahkan semua tuntutan kakitangan. Berikut disenaraikan tindakan yang
telah dilakukan kakitangan :
Awal Mei 2012
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah jawatankuasa yang
mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred jawatan telah
bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan
hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.
14 Mei 2012
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di
Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN
menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di
dalam KUIN.
20 Mei 2012
Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun mengemukakan surat dan
memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN . Memorandum
tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan kepada pengerusi
dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN.
30 Mei 2012
5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah, Tawfek, Asri
dan Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun
dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja
iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap isu
yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang
'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Mohamad
Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil melalui surat pertukaran
yang ditandatangani oleh Rektor.
19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB
Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN
20 Jun 2012
Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan
dengan semua kakitangan KUIN bagi menjelaskan isu yang berbangkit namun
sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas dan respon
terhadap perjumpaan tersebut.
26 Jun 2012
Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor KUIN untuk
menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN kepada pihak ketiga
walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa kakitangan KUIN
membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
28 Jun 2012
Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan dengan menjadikan
pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang tengah terhadap kes
sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan tanpa mengikut
prosuder yang sah.
Desakan Jamil meletak jawatan bukanlah kali
pertama , bahkan pada 19 Februari 2012 , pelajar-pelajar KUIN pernah berhimpun
di hadapan wisma darulaman bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Kain
rentang panjang juga direntang di hadapan wisma melaungkan slogan ‘Jamil letak
jawatan rektor’.
Warga KUIN yang rata-ratanya sudah tidak mahu
Jamil menjadi Rektor KUIN mengharap agar Menteri Besar Kedah juga
bertanggungjawab dan mengambil tindakan memecat Jamil sekiranya Jamil masih
tegar dan enggan melepaskan jawatannya sebagai Rektor.
Perhimpunan dijalankan secara aman dengan
melaungkan desakan JAMIL MELETAK JAWATAN di samping banner dan sepanduk kakitangan tidak mahu
Jamil sebagai Rektor.
Kemelut KUIN dijangka dipercayai akan kembali
reda dan dapat diselesaikan jika Jamil berundur dari Rektor KUIN.