Semua staf , pelajar dan warga KUIN dijemput
menyertai Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0 sebagai desakan mengembalikan
kegemilangan KUIN , tanda rasa sayang warga KUIN kepada KUIN dan dihindari
daripada tangan ghaib . maklumat himpunan adalah seperti berikut :
Tarikh : 3 Julai 2012 (Selasa)
Masa : 1.00 tengahari
Lokasi : Dalam kawasan kampus
KUIN Mergong
Apa yang
perlu anda lakukan :
1. Hadir pada hari tersebut dengan BERPAKAIAN PUTIH
dan solat Dhuha jam 9 pagi (sendirian)
2. Anda juga boleh berpakaian warna lain ketika tiba
di pejabat atau kuliah tetapi bawa bersama PAKAIAN PUTIH dan
pada jam 12.30 pm anda bolehlah menukar
pakaian PUTIH untuk sertai himpunan jam 1.00 tengahari. Jangan lupa
berwuduk ketika menyertai himpunan.
3.Tepat jam 1.00 tengahari , wisel akan ditiup oleh
urusetia BERSIH KUIN 2.0 dan anda dikehendaki berkumpul ditempat wisel
ditiupkan.
4. Jika hujan pada waktu tersebut, jangan beredar,
kita teruskan himpunan. Nak selamat bawa baju tambahan supaya boleh ganti
baju yang basah.
5. Perhimpunan dijangka tamat SEBELUM jam 1.50
petang.
6. Bagi mahasiswa KUIN boleh turut menyertai bersama
dengan membawa sepanduk yang berkaitan kebajikan pelajar diabaikan
7. Bawa bersama anda air minumm jika perlu
8. Digalakkan membawa banner dan kain rentang yang
berkaitan ISU KUIN
9. Yang PALING PENTING , ikut arahan yang
dikeluarkan dari masa ke semasa, kerana pelbagai kemungkinan mungkin
berlaku yang memerlukan pertukaran strategi diminit-minit akhir.
10. Ketika
berhimpun pastikan anda JANGAN lakukan perkara di bawah :
- Jangan rosakkan harta awam kerana itu perbuatan berdosa dan
tidak SMART
- Jangan mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan,
hasutan dan menghentam peribadi.
- Jangan melayan provokasi yang dicetuskan musuh
untuk gagalkan himpunan.
-Jangan mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar
kepada MEDIA. Jika gambar diambil media tak menjadi kesalahan.
11. JANGAN
TAKUT pada ugutan dan gertakan pihak pentadbiran
- Kita akan buat di luar waktu pejabat (waktu
rehat).
- Kita akan menjalankan perhimpunan dengan aman dan
selamat.
- Tindakan disiplin tidak boleh diambil kepada
peserta yang hadir ke perhimpunan aman
- Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak kebebasan
bersuara selagi mengikut undang2
- Akta Himpunan Aman membenarkan selagi tidak timbul
kekacauan awam
- Pihak polis tidak akan mengganggu dan menghalang
walaupun diarahkan KUIN kerana pihak polis hanya akan menjaga
kententeraman selagi kita ikut arahan perkara 10 Pihak Urusetia BERSIH KUIN
akan mengadakan perbincangan dengan Polis sehari sebelum himpunan.
- Kepada kakitangan sementara dan sambilan , anda juga
perlu turun dan jangan takut, anda boleh hadir berada sekitar himpunan . Yang
penting berikan sokongan .
- Undang-undang Tatatertib KUIN belum diwartakan dan
belum diluluskan di dalam Lembaga Pengarah KUIN, jika KUIN ambil tindakan
tatatertib kita boleh ‘fight’ menggunakan peguam yang dilantik oleh BERSIH
KUIN.
12. Kemungkinan strategi akan bertukar mengikut
keadaan. Sila layari blog.