Pages

Thursday 13 September 2012

DATO' BADERUDIN ,MUFTI KEDAH : DIHINA JADI SASARAN PENCACAI POLITIK DAN AZIZAN


Sungguh malangnya membaca sebuah laman blog pak turut politik dan Azizan apabila menghina dengan tohmahan yang ibarat  kepada Tuan Guru Dato' Paduka Syeikh Baderudin Ahmad, Mufti Negeri Kedah.

Pertama  : 

Blog menuduh  mereka (Mufti) tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan yang diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan korup dan kesalahan ketua mereka.

Wahai blogger, tak kan tak  tahu nak bezakan kottt , yang jadi pak turut pertahan ketua  ni hanya geng pecacai Azizan sahaja:
- Pembukaan pusat disco yang berleluasa di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat ditegur, namun pencacai Azizan cuba cari alasan nak tegakkan benang Azizan yang basah.
- Gambar pada projek kerajaan yang langsung tidak ada elemen Islam, bahkan dipaparkan gambar pergaulan lelaki perempuan, menyanyi, kareoke, bersosial songsang, namun bila ditegur pencacai Azizan berdiam diri.

KEDUA :

Blog menuduh bahawa Mufti ini dilantik UMNO dan  tetap berdiam diri. Mereka malah menahan diri dari menegur. 

Wahai blogger , Mana ada UMNO  atau PAS atau DAP atau PKR melantik Mufti. Tak kan itu pun tak tahu hingga sanggup jadi pencacai upahan. Mufti dilantik oleh Sultan. Kalau tak puas hatu dengan pelantikan Mufti blogger boleh buat surat kepada Agong lah.

KETIGA :

Blogger dengan celuparnya menuduh " Betapa bodohnya Baderudin (Mufti Kedah)? Karpal berhak untuk mengkritik dan menyuarakan pendapatnya terhadap Islam kerana dia prihatin akan kebajikan orang bukan Islam. Bolehkah Baderudin mengemukakan bukti bahawa Islam tidak membenarkan bukan Islam mengkritik Islam?"

Dato' Baderudin hanya menegur tindakan Karpal yang boleh menjatuhkan maruah Islam .:
- Adakah blogger nak jaga maruah politik dan pemimpin mereka hingga sanggup maruah Islam dikritik dan dihina secara terbuka oleh kafir Karpal.
- Jika blogger mempertahankan hak untuk memberikan pendapat dan kritikan , kenapa menafikan hak seorang Mufti yang mempunyai ilmu dan keberanian menegur sikap Karpal yang kurang ajar dengan Islam
- Karpal adalah seorang pemimpin Pakatan rakyat. Adakah seorang ulamak hanya boleh kritik BN dan UMNO sahaja tapi bila kritik pemimppin Pakatan Rakyat tak boleh ?

KEEMPAT :

Blogger dah jadi keliru dan ghaflah jingga dengan berkata  :"Baderudin juga berkata Karpal mesti menghormati Islam sebagai agama rasmi. Dia berkata hanya Sultan Melayu sahaja yang mempunyai hak keatas hal berkaitan Islam. Namun, Baderudin juga mesti sedar bahawa Sultan juga memberi kenyataan dan titah berdasarkan nasihat mufti. Dengan adanya orang seperti Baderudin, yang takut untuk menjalankan tugas dengan tekun dan bertanggungjawab, tidak hairanlah kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mengamalkan Islam dengan sepenuh hati.

Wahai blogger, bila mufti macam Dato Baderudin berani kritik termasuk orang bukan Islam , bukankah itu keberanian yang dikehendaki di dalam Islam. dato Baderudin dalam pengajiannya denga lantang menegaskan hukum Islam seperti hudud dan qisas perlu dilaksanakan. Hukum itu belum terlaksana disebabkan beberapa soal perundangan . Sebab itu Kelantan nak buat hudud masih belum boleh . Adakah kita nak kata Kelantan takut pada selain Allah sebab tak laksana Islam . Sudah tentu tidak kerana halangnya ada pada Perlembagaan. begitu juga Dato Baderudin yang sangat sokong undang-undang Islam tetapi banyak halangan lain dalam pelaksanaan Islam.

KELIMA :

Pencacai blogger menutup artikelnya dengan berkata : " Mufti dan ulama patut ingat bahawa mereka bekerja kerana Tuhan dan bukan UMNO-BN."

Inilah fitnah yang terbesar telah dilakukan oleh penulis terhadap ulamak. Jangan hanya kerana politik agama diketepikan. Jangan tuduh Mufti Dato Baderudin bekerja untuk UMNO BN. 

Mufti akan tegur semua orang tak kira politik, jangan ta'asub politik sangat wahai blogger. Kamu ni macam Mr F (Firdaus PRO KUIN) yang ta'asub politik hingg bekerja di KUIN pun dok kira politik PAs sahaja. Kalau UMNO BN , DAP, BERJASA masukkan elemen poltik kita kritik mereka pulak. Hai... dunia..dunia.

Kami sokong Dato Paduka Baderudin Ahmad atas keberanian menggunakan ilmu untuk menegur kesalahan sesiapa pun walaupun dia seorang pemimpin tertinggi negara dan parti politik.