3 September - Kes pelajar tahfiz KUIN ditahan reman untuk siasatan penjenayah yang terbunuh kerana mencerobohi dan mencuri barangan di asrama menjadi perbualan hangat media dan orang ramai. Namun yang lebih malang seorang ketua jabatan wanita di HEP seolah-olah baru mengetahui kes ini selepas hampir seminggu kes berlaku. Adakah dekan tak baca akhbar hingga menyerahkan bulat-bulat kepada pensyarah tahfiz untuk menjenguk pelajar-pelajar tersebut, sedangkan pelajar tersebut adalah pelajar KUIN. Sekurang-kurangnya bacalah blog kami ini yang cepat dan tepat !! Dimanakah kebajikan pelajar terbela? Mana Wan Timb Rektor pulak ?
Namun usaha ulamak tahfiz siang dan malam berhasil hari ini dengan penuh situasi emosi kerana selepas mendapat 2 orang peguam yang bakal membela nasib pelajar tahfiz tersebut hingga berjaya menemukan pelajar-pelajar yang ditahan reman dengan ibu bapa mereka dan tok-tok guru hafiz mereka. Suasana ketika pertemuan tersebut digelenangi dengan air mata kerana seminggu mereka bermalam dalam tahanan reman , mereka juga dibawa makanan untuk di makan dikala rakan lain menikmati juadah raya dan rumah terbuka.
Apa yang lebih malang , ada seorang timbalan dekan lelaki di HEP yang menyatakan bahawa pelajar ini juga boleh didakwa dalam tatatertib KUIN jika perbuatan mereka menjadi jenayah. Subhanallah, kita masing-masing bertungkus lumus untuk mengeluarkan mereka dari kes ini dan membela kerana mereka tak bersalah, tiba-tiba , ada juga yang dok fikir tentang tindkan undang-undang kepada mereka. Dahlah tak turun tengok, pas tu nak tunjuk pandai hal undang-undang pulak.
Tahniah ulamak tahfiz yang amat perihatin dengan kebajikan anak didik mereka, dengan membuka billik gerakan bertempat di bangunan tahfiz sebelah maasjid sultanah sehingga jam 12 malam selama 2 minggu.