10 Sept - Bahang kemarahan kakitangan KUIN terus menyala dan dibuktikan apabila hampir keseluruhan kakitangan KUIN yang mendesak jamil melepaskan jawatan tidak menghadiri Majlis Jamuan Aidil Fitri anjuran KUIN dan Jamil. Bahkan mereka sanggup keluar ke jamuan aidilfitri anjuran Jabatan lain .
Sepanjang peninjauan di Dewan , sambutan tidak semeriah tahun sebelumnya . Hanya pelajar yang kebetulan balik dan datang ke kelas sahaja menjamah makanan yang disediakan. Beberapa agensi swasta dan Kerajaan memberitahu admin blog bahawa mereka rasa pelik dengan sambutan yang tiada kakitangan KUIN hadir. Yang hadir memakai baju Kebangsaan hanyalah orang kebal kanan jamil sahaja
Bahkan semasa kedatangan ahli lembaga pengarah KUIN di dewan tiada sambutan yang sewajarnya dilihat.Wahai Jamil inilah isyarat kakitangan KUIN yang menuntut Jamil meletak jawatan atau keluar dari KUIN.