|
Asal bangunan tahfiz |
|
Berhampiran kilang ais/rumah kelahiran Dr M |
Ma’had Tahfiz Al-Quran Negeri Kedah mula ditubuhkan pada
tahun 1985 di zaman Tan Sri Osman bin Aroff menjadi Menteri Besar Kedah. Pada
awalnya Ma’had Tahfiz hanya beroperasi di Rumah Saudara Baru Jalan Telok Wan
Jah (tapak Menara Zakat hari ini). Pelajarnya adalah seramai 12 orang sahaja.
Pengetua pada waktu itu ialah Almarhum Tuan Syeikh Osman bin Mohd Nor dan
Almarhum Tuan Syeikh Zainol (suami kepada Ustazah Bashiroh Maktab Mahmud) sebagai
Timbalan Pengetua. Ma’had Tahfiz pada ketika ini beroperasi di bawah
pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan dibantu oleh Yayasan
Islam Negeri Kedah (YINK) dari sudut kewangan. Selepas setahun beroperasi,
Ma’had Tahfiz dipindahkan ke Bangunan Yayasan Islam Seberang Perak (berhampiran
dengan kilang ais dan belakang Nasi Lemak Ali Seberang Perak). Pelajar pada
ketika itu adalah sekitar 20 orang.
Tahun 1989 : Ma’had Tahfiz sekali lagi berpindah ke Kuarters JKR
No. 933 Jalan Dato Haji Shuib, Taman Seri Taman (berhadapan Masjid Sultanah
Bahiyah). Bangunan yang asalnya kuarters JKR telah diserahkan kepada Ma’had
Tahfiz untuk dijadikan kelas pengajian. Pada ketika itu Ma’had Tahfiz masih
lagi beroperasi di bawah MAIK dan YINK. Pelajar pada ketika itu adalah sekitar
17 orang.
Pada awal tahun 90-an : Kerajaan Negeri Kedah telah memberi bangunan tambahan
iaitu Kuarters JKR 1300 Jalan Dato Shuib untuk dijadikan asrama kepada pelajar-pelajar
tahfiz.
Pada tahun 2000 : Kerajaan Negeri Kedah mula membina bangunan baru dan lebih
selesa untuk Ma’had Tahfiz berhadapan dengan Masjid Sultanah Bahiyah.
Pelajar-pelajar tahfiz yang ada ditempatkan buat sementara waktu di Pusat
Dakwah Alor Setar. Pada Tahun 2001 bangunan baru tersebut telah siap dibina.
Bangunan baru tersebut menempatkan bilik kuliah dan asrama dalam satu kawasan
untuk keselesaan pelajar-pelajar tahfiz.
Pada tahun 2001 : Pengurusan Ma’had Tahfiz telah diletakkan di bawah
Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) yang kini dikenali sebagai KUIN.
Pada tahun 2003 pula kelas-kelas pengajian telah dipindahkan ke bangunan
INSANIAH di Mergong. Manakala asrama pelajar masih kekal di bangunan Ma’had
Tahfiz Jalan Dato Shuib. Disebabkan kelas di bangunan Ma’had Tahfiz kosong maka
pihak UITM telah memohon melalui Kerajaan Negeri pada ketika itu untuk menggunakan
kelas tahfiz yang kosong sebagai kelas pengajian mereka. Pihak UITM hanya
menggunakan kelas sahaja tanpa mengganggu blok asrama
dan blok-blok lain termasuk pejabat.
1
APRIL 2011 : Tarikh keramat, selepas menunaikan solat Jumaat
di Masjid Sultanah Bahiyah, sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah
mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah
dirampas untuk oleh pihak pengurusan KUIN untuk tujuan pembinaan Sekolah Menengah
Insan Bestari yang diuruskan oleh anak syrikat KUIN hingga menyebabkan sebahagian
pelajar Tahfiz telah diarah keluar dari asrama mereka melalui sepucuk surat
yang dihantar kepada Pengetua Asrama oleh pihak Bendahari KUIN. Himpunan ini
turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad (Presiden MPM), dan beberapa orang exco
MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.
4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar, beliau menyatakan
kekesalan kerana menerima surat yang berbaur ugutan daripada pensyarah-pensyarah
Kuliah Al-Quran. Hakikatnya pensyarah-pensyarah Kuliah Al-Quran sendiri tidak
tahu menahu tentang surat tersebut.
|
Azharudin keluar kenyataan pada wartawan sinar |
5 APRIL 2011 : Apabila diteliti segala sumber, surat yang diterima oleh
MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran
(Dr. Azharuddin bin Sahil). Oleh itu, pada hari yang sama juga Dekan Kuliah Al-Quran
telah menghantar surat penafian laporan pertama yang beliau berikan kepada MB
melalui Rektor KUIN, dan keesokannya keluar kenyataan media bahawa 'Dekan
Kuliah Al-Quran Memohon Maaf’.
|
Dekan (Kuliah Quran) KUIN memohon maaf |
21 APRIL 2011 :
Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Diploma Tahfiz Al-Quran
dipindahkan kepada Yayasan Islam kedah (YINK) manakala bagi Ijazah dan Master
akan kekal di KUIN. Ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mengeluarkan kesemua
staf tahfiz (18 orang) dari KUIN sebagai hukuman terhadap demo yang diadakan. Agak
sukar untuk memecat mereka kerana status mereka yang telah disahkan jawatan, maka
mereka harus dipinjamkan ke YINK ubtuk selama 2 tahun.
|
Asrama tahfiz |
|
gambar tahfiz yayasan yang terkini, KUIN terpaksa tunduk desakan huffaz |
Pada
21 April 2011 : Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) telah
menawarkan kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) untuk mengadakan kerjasama
dalam mengendalikan kursus Diploma Tahfiz Al-Quran. Peringkat kerjasama ini
hanya melibatkan pengurusan pentadbiran manakala hal ehwal akademik masih di bawah kawalan pihak KUIN.
Pada 1 Julai 2011 dengan rasminya YINK telah mengambil alih urusan pentadbiran
program Diploma Tahfiz Al-Quran daripada KUIN.
14
JULAI 2011 : Kesemua 18 orang staf Kuliah Al-Quran
menerima sepucuk surat daripada pihak pentadbiran KUIN. Surat tersebut
menyatakan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN kali ke 12 (2/2011) pada
21.04.2011 telah bersetuju perkhidmatan tuan dipinjamkan ke Yayasan Islam
Negeri Kedah (YINK) selama dua tahun mulai 01/07/2011 hingga 30/06/2013. Surat
tersebut dikeluarkan secara paksaan dan kesemua 18 staf terbabit terpaksa
berpindah ke YINK kerana KUIN tidak lagi membayar gaji mereka bermula bulan
Ogos 2011.
|
surat paksa keluar |