Kasihan sungguh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Quran. Pagi ini admin menerima email keluhan yang panjang berjela dari seorang yang menhakui bahawa dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa politik Jamil dan kroninya.
Namun admin dapat ringkaskan persoalan yang bermain di dalam pemikiran mereka adalah 5 perkara seperti berikut "
1. Apakah nasib graduan kuin yang sudah bergraduat tetapi ijazah mereka tidak mendapat akreditasi penuh dari MQA?
2. Bagaimanakah pula nasib baki pelajar yang masih belum bergraduat?. Apakah mereka akan ditimpa nasib yang sama jika isu pengiktirafan ini tidak diselesaikan dalam masa terdekat?
3. Apakah ada kemungkinan pihak MQA akan menarik balik kelulusan untuk menjalankan program Sarjana Muda Al-quran?. Jika ditarik balik maka apakah nasib hampir 200 pelajar yang sedang mengikuti kursus tersebut?
4.
Apakah pihak KUIN boleh dikenakan tindakan seperti denda oleh MQA kerana
gagal untuk menyiapkan dokumen akreditasi penuh sedangkan pelajar kohot
pertama telah berkonvo?
5. Jika Ijazah Sarjana Muda Quran ditarik balik adakah KUIN sanggup berhadapan dengan tindakan saman di mahkamah oleh hampir 200 orang pelajar.
Inilah antara persoalan-persoalan yang bermain di kepala pelajar-pelajar ijazah alquran kuin
Dengan penganiayaan sebegini menampakkan memang Jamil tidak ambil berat dengan program pengajian Islam. Bagi Jamil program seperti Medic, Kejuruteraan diberikan tumpuan dengan budjet yang sangat tinggi walaupun pelajarnya tidak ramai dan tidak mendapat sambutan. Pembaca boleh naik ke bangunan medic lihat kemudahan pembelajaran dan kelas yang amat selesa disediakan Jamil namun pembaca lihat pula kepada kelas pengajian Islam terutama blok bersebelahan padang , lebih teruk daripada kelasa pelajar sekolah rendah.
JAMIL DAN AZHARUDIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB .
Jika Ijazah tak diiktiraf , admin akan terus bangkit membela orang kena zalim (OKZ)