Kebanyakan media dan blog hari ini mmebicarakan mengenai teguran Audit bagi laporan 2011. Kes di Kedah serupalah macam di KUIN, bahkan lagi teruk di KUIN. Laporan tahunan Insaniah Holding dan anak Syarikat gagal dibuat. Apabila Mesyurat Exco meminta untuk membentangkan laporan perbelanjaan dan perancangan kewangan KUIN, pihak Jamil cuba mencari helah tak hadir bentang sebab dia tahu dia bersalah .
Ikutan isu kegagalan Azizan mentadbir Kedah yang sama dengan kekasihnya Jamil mentadbir KUIN yang dilaporkan dalam blog Kedah Ke KL :
Kita tidak dapat memahami bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh
terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian
projek jutaan ringgit.
Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja
penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi
beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5
syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara
satu sama lain.
Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah
dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor
pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui
beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah
yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan
yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta
beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!
Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di
Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala.
Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir
pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment
Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di
London.
Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah
ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga
Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan
yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.
Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat
lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah
dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan
pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen
sokongan yang lengkap.
Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan
Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang
tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang
konkrit.
Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi cukup bagi rakyat
Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja.
Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme, korupsi, ketidakcekapan
dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah.
Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di
mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan
negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang
melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.
Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato’ Seri Azizan Razak tidak
mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa
yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang
negeri, untuk apa dan ke mana akhirnya.
Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam
lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010,
menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011. Alasan yang diberi adalah
bagi menampung kos pentadbiran.
Namun, dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah
dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko
tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali,
semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah, tidak
cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme.
Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap
mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian
dialami oleh negeri.