Kereta rasmi Azizan kelihatan di Hospital Sultanah Bahiyah petang semalam |
10 Okt - Azizan yang dikhabarkan masih mengalami masalah kesihatan ternyata tidak dapat menumpukan kepada perhatian kepada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri. Dalam minggu ini Azizan berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Jalan Langgar, Alor Setar. Kelihatan kereta Azizan (KBV 8) dan beberapa pegawai kanan azizan berada di hospital tersebut semalam.
Azizan diberitakan ,melakukan pembedahan terhadap masalah matanya. Sesiapa yang berkelapangan datanglah melawat Azizan di HSB di wad 6 C.
Petunjuk arah ke bilik Azizan (6C), silalah melawat Azizan |
Azizan kena belajar bersabar |
Menurut sumber, Azizan mengalami pelbagai masalah kesihatan namun masalah kesihatan yang utama ialah :
1. Masalah buah pinggang - Azizan terpaksa melakukan mencuci buah pinggang (hemodilasis) secara berkala tiga kali seminggu.
2. Masalah mata - beberapa kali operation telah dilakukan.
3. Masalah jantung - Azizan tidak boleh bergerak walaupun dalam lingkungan yang sederhana.
Moral of t story ialah kita doakan Azizan sihat , tetapi kenalah letak jawatan. jaga kesihatan. Pangkat dan kuasa tak akan kemana. Nak tongkat langit sampai bila ?