Selain dari program Sarjana Muda Al-quran merupakan program yang
baru melahirkan graduan sulung pada konvo baru-baru ini, ada lagi beberapa program lain yang bakal melahirkan graduannya pada pentas konvokesyen tahun hadapan.
Persoalannya adakah semua program tersebut telah diuruskan dengan baik oleh pihak KUIN di bwah pentabiran Jamil.
Program sarjana
alquran (master) jugak merupakan salah satu program di bawah kuliah alquran yang masih
mengandung dan belum melahirkan anak. Namun tempoh kelahirannya "due
date" sudah tidak lama lagi. Cuma nak tunggu turun tanda saja. Anak
sulungnya bakal lahir mungkin sekitar 2013. Tapi nampak gaya macam anak
sulung "sarjana" ni bakal menerima nasib yang sama dengan 7 pelajar
sulung "sarjana muda alquran".
Bapak Dekan hanya seronok menjelajahi ke sana kemari mencari pelajar baru dan menjalankan promosi. Namun Bapak Dekan mesti sedar tentang kepentingan satu perkataan yang mempunyai tiga huruf iaitu M.Q.A. Bapak dekan kena pastikan yang
dokumen akreditasi penuh sudah siap pak untuk dihantar ke MQA. Jangan
lepas konvo baru nak pohon.
Satu lagi pak...pastikan dokumen
yang dihantar berbahasa malaysia tulen ya pak. Jangan ada unsur2
sinetron lagi karna bapaknya di malaysia bukan di yogjakarta atau jawa
timur pak
Terima kasih, semoga sucsess selalu. slam sore..