Kampus KUIN Sungai Petani |
18 Okt - KUIN sekarang berangan-angan Mat Jenin nak pindah ke Kuala Ketil. sebenarnya semua KUIN tidak boleh berpindah ke Kuala Ketil walaupun bangunan dah siap kerana KUIN kini menanti masa untuk lingkup ditangan Jamil kerana menghadapi krisis kewangan yang teramatlah sangat KRITIKAL.
Selepas Kampus Stargate dipotong bekalan air oleh SADA kerana Insaniah Holding tak bayar bil air dan isu KUIN tak bayar sewa bangunan Stargate 9 bulan kini penyakit barah semakin membuka pekung di kampus Insan Maya Sungai Petani pula.
Gara-gara gagal membayar bil tunggakan elektrik yang mencecah (menurut sumber melebihi RM 50,000.00) Bekalan elektrik telah dipotong dan Kampus Sungai petani menjadi panas dan gelap kerana tiada lagi bekalan selama 2 hari bermula kemarin (Selasa dan Rabu).
Shakri, penjenayah yang diputuskan mahkmah telah bersalah menipu (sila rujuk suruhanjaya securiti) yang bertugas sebagai Pegawai Kewangan di Holding dikhabarkan telah memberi cek tetapi rupa-rupanya cek tendang.
Menurut sumber akhirnya Shakri terpaksa melutut kepada KUIN untuk membayar bil tertunggak yang sangat tinggi (menurut sumber melebihi RM 50,000.00)
Macam ni punya cerita nak pindah Kuala Ketil. Orang kola ketil kata .. pooooraaahhhhhh.