Pages

Sunday 14 October 2012

MEDICAL CHECK UP PELAJAR : MPM DAN PELAJAR KUIN DITIPU JAMIL


Surat yang didakwa penjelasan kepada MPM sebenarnya surat penipuan yang ditandatangani sendiri Jamil
Pada 7 Julai 2012 Majlis Perwakilan Pelajar KUIN pernah menghantar satu surat memohon penjelasan kepada Jamil terhadap pengabaian kebajikan pelajar terutama mengenai kenaikan yuran yang amat mendadak pada petengahan tahun ini.

Rentetan itu Jamil menjawab semula semua persoalan yang telah dilontarkan oleh MPM bertarikh 11 Julai 2012.

Jamil menjawab persoalan caj dan yuran pemeriksaan kesihatan yang tidak masuk akal sehingga mencecah RM 150 dan ke atas setiap pelajar dengan memberi alasan bahawa pemeriksaan kesihatan yang diperkenalkan adalah lebih komprehensif berbanding dengan sebelumnya.

Cuba lihat lampiran di bawah adalah satu pembohongan besar Jamil kepada pelajar KUIN dan Jamil mempertikaikan kredibiliti dan kepakaran klinik dan pengamal perubatan yang lain , seolah-olah yang komprehensif hanyalah di KUIN .Tempat  lain semua tak ada kepakaran .
Perkara a hingga f semuanya seolah olah mempertikaikan kredibiliti pemeriksaan di pusat rawatan luar.
Pada perkara (b) Jamil berjanji bahawa semua pemeriksaan termasuk x-ray akan dibuat oleh KUIN secara dalaman kerana kononya Jamil kata lebih terkawal mutunya dan KUIN ada pakar. Bermaksud pemeriksaan di luar tidak ada mutu dan tidak terkawal.

Sedangkan bermula awal Oktober 2012, semua pelajar dipaksa menjalani pemeriksaan X Ray di Kedah Medical Centre (KMC) secara berperingkat di makmal KMC aras bawah .

Jamil tipu pelajar KUINdan MPM dengan mendakwa , KUIN akan melakukan pemeriksaan X ray sendiri secara dalaman kerana pusat pemeriksaan luar tidak bermutu dan tidak terkawal, namun Jamil sedar dalam Kuliah Medic KUIN mana ada makmal yang dilengkapai peralatan X Ray. Namun akhirnya pelajar baru KUIN membuat pemeriksaan kesihatan X Ray di KMC bukan di KUIN pun.



Kain rentan pada blok C pemeriksaan kesihatan pelajar baru
Memang Jamil dan Ramly nak kaut keuntungan daripada pelajar untuk kepentingan Insan Medic hingga sanggup hina klinik dan pusatt rawatan luar. Nak naikkan diri sendiri jangan sampai hina dan pelekeh orang luar Jamil oiiiii.