Setelah isu bangunan stargate tak dibayar sewa kepada pemilik selama 9 bulan, kini Insaniah Holding (anak syarikat KUIN) sudah menggelabah kerana tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus dan membayar sewa bangunan stargate.
Kini kroni Jamil itu bercadang untuk menolak satu blok daripada bangunan di stargate. Ura-ura bangunan kuliah akan ditolak kembali kepada pemaju , persoalannya wajarkah bilik kuliah dijadikan korban. wajarkah pelajar menjadi mangsa kewangan KUIN.
Jika bukan blok kuliah mungkin blok asrama pelajar akan menjadi magsa, namun jika bangunan asrama ditolak , masalah kawalan keselamatan akan berlaku kerana bangunan tersebut berada dalam kawasan berpagar KUIN.
Apa yang lucunya , semua ini terjadi kerana jelas Insan Holding melakukan sesuatu tanpa mempunyai bussiness planing . tak rancang awal, untung rugi tak diambil kira semasa penempatan dilakukan. Inilah cara Jamil dan kroninya bekerja.