Pages

Saturday 6 October 2012

TEPAT BERFAKTA : 6 FAKTA MENARIK MQA BERI PENJELASAN ISU GRADUAN IJAZAH QURAN

7 OKT - Pihak admin terus menerima maklumat dalam box email blog (beritakuinsebenar@yahoo.com). Kisahnya mengenai wakil daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Quran KUIN yang tidak diiktiraf kerana belum mendapat MQA.

Mereka telah pergi sendiri bertemu dengan big boss MQA, bagi mendapatkan maklumat betul dan tepat (fakta bukan auta) mengenai kedudukan mereka yang telah menerima konvo tetapi sijil tak diiktiraf.

Berikut adalah hasil perbincangan mereka dengan big boss MQA di pejabar MQA :

1. MQA kata mereka baru sahaja menerima surat dan dokumen yang dihantar KUIN pada minggu yang lalu. Habis-habis awal dan paling cepat minggu depann baru pihak MQA dapat memulakan kerja memproses dokumen tersebut.

2. Jika dokumen tersebut tidak ada sebarang masalah yang tidak perlu dikembalikan kepada KUIN , habis awal dan paling cepat , SELEPAS 7 BULAN baru MQA akan turun ke KUIN untuk observe . Maksudnya jika masih terdapat masalah dan kesalahan seperti bahasanya bahasa senetron maka tempohnya akan bertambah panjang.

3.Selepas selesau proses observe daripada pihak MQA yang akan turun sendiri ke KUIN, proses bagi mendapatkan pengiktirafan penuh akan dilakukan dan dijangkakan memakan masa I TAHUN DARIPADA sekarang. ( Mak oiiiiiiii Mr F dan Azizan kata sudah peringkat akhir harap bersabar sedikit sahaja lagi !. Rupanya Azizan , jamil dan Mr F memang kaki bohong, sifat bohong kena hindari sebab ia sebahagian sifat golongan munafiq)


4. Permohonan yang dipohon sekarang (dokumen yang baru dihantar pada 26 september 2012) adalah permohonan untuk batch yang akan datang , yang belum bergraduasi. ( Bermaksud nasib 7 orang graduan sulung Ijazah yang kena zalim ini belum tentu lagi)

5. Kata pegawai MQA tersebut , pihak KUIN sepatutnya memohon pengiktirafan penuh kepada MQA sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum sesuatu batch pertama akan bergraduasi. Namun pegawai tersebuut menganggap satu musibah malang besar apabila dokumen hanya dihantar kepada MQA selepas pelajar menamatkan pengajian.

6. Wakil pelajar bertanyakan kepada MQA, mungkinkah pengiktirafan dapat diberikan dalam masa yang singkat (sebulan atau dua bulan), seperti yang didakwa oleh Azizan (MB) dan pihak KUIN (Mr F dan Jamil)? . MQA menjawab dengan berkata TIDAK MUNGKIN akan diberikan pengiktirafan tersebut dalam masa yang sesingkat itu. Kami pihak MQA menjalankan tugas dengan penuh profesionalismememberi layanan dan syarat yang sama rata di antara semua IPT dalam Malaysia. Prosuder pengiktirafan akan berjalan mengikut seperti yang ditetapkan dan telah dimaklumkan dan dimaklumi oleh semua Ketua eksekutif di sesebuah IPT.

Komen Admin .
Nampak gayanya kes ini akan berpanjangan kerana ia termasuk di bawah syeksyen KEZALIMAN yang boleh membawa hukuman pecat Ketua Eksekutif