Pages

Wednesday 17 October 2012

WANG KUIN TERUS DISALURKAN KE INSANIAH HOLDING BAGAIKAN MENCURAH-CURAH

Kewujudan Insaniah Holdings telah menimbulkan krisis kewangan KUIN yang sangat kritikal
Jamil dan Romly semakin terdesak dengan masalah anak syarikat yang tak bekerja sebagai syarikat bahkan telah meninggalkan banyak hutang sehingga didesak oleh pembekal-pembekal yang tertunggak hutang serta Insaniah Holding (IH) juga menghadapi masalah kewangan dalaman yang amat dahsyat.

Isu pembayaran bil elektrik, bil SADA, sewa stargate, perbekalan alatan di Medic, gaji kakitangan kontrak IH  yang lewat berbulan-bulan, KWSP, penyelenggaraan asrama, dan banyak lagi menimbulkan perasaan panik Jamil dan kroninya

Rentetan itu bagi menyelesaikan banyak permasalahan dalam IH , pelbagai arahan gila-gila untuk menyalurkan wang KUIN ke IH bagi menyelesaikan kurapsi kewangan kroni Jamil yang akhirnya membawa krisis kewangan kritikal KUIN.

Masalah hutang ini jika gagal, mungkin Jamil akan mengulangi apa yang dibuat oleh Syaya dengan lari ke Turkey. Adakah Jamil perlu mencari tapak baru di Turkey atau di Kemboja atau di Indonesia. Jamil pasti sedang memikirkan sesuatu apabila KUIN gagal menjana kewanann dan tidak mustahil akan diisytihar BANKRAP jika krisis ini dipandang enteng oleh Lembaga Pengarah KUIN.