Sumber :
Ketika
Kerajaan Negeri Kedah mempertahankan hujah kononnya mereka telah
berusaha sebaik mungkin untuk menjaga KUIN, bahkan KUIN tidak mengalami
sebarang kerugian di bawah pentadbiran mereka, lain pula praktikaliti
mereka terhadap pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu.
Kalau
semalam, KUIN kalah dalam perbicaraan dan perlu membayar kepada
syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. walaupun telah menggunakan minit
mesyuarat palsu, hari ini Kerajaan Negeri Kedah bagaikan dirasuk polong
tidak bertuan apabila mengarahkan KUIN mengosongkan bangunan yang
dijadikan Asrama Al-Faraby di belakang Sime Tyre, Mergong ekoran
kegagalan membayar tunggakan sewa berjumlah RM1.5 juta.
Difahamkan
notis telah dihantar oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri kepada
pengurusan KUIN pagi ini agar menjelaskan tunggakan sewa tersebut dalam
tempoh terdekat.
Pengosongan bangunan asrama tersebut bermakna, para pelajar KUIN di Alor Star tidak lagi mempunyai
tempat tinggal.
KUIN
sewaktu di bawah pentadbiran UMNO-BN, mencatatkan keuntungan dan
prestasi pelajaran yang tinggi, khususnya dalam bidang agama
memandangkan kewujudan KUIN itu sendiri adalah untuk meningkatkan taraf
pengajian pondok di Kedah khususnya dan Malaysia amnya. Walaupun pada
mulanya, KUIN hanya dikhususkan kepada anak-anak Kedah dengan program
berkembar 3+1 bersama-sama Universiti Al-Azhar, Mesir, namun program
ditukarkan menjadi 4+0 tetapi masih lagi kelulusan dikeluarkan oleh
Univesiti Al-Azhar.
Ketamakan
pemimpin PAS Kedah yang cuba menunjuk pandai walaupun sebenarnya mereka
tidak berkelayakan akhirnya memutuskan pertalian antara KUIN dengan
Universiti Al-Azhar yang telah dirintis oleh bekas Menteri Besar Kedah,
Osman Arof. KUIN sekarang ini mengeluarkan ijazahnya sendiri tetapi
seperti yang sedia maklum, lulusan KUIN cukup menyedihkan. 7 orang
lulusan Tahfiz KUIN tidak diiktiraf oleh MQA kerana kegagalan pihak Hal
Ehwal Akademik KUIN menghantar dokumentasi untuk diproses lebih awal
sebelum konvokesyen diadakan.
Jumlah
pelajar di KUIN sebenarnya tidak membantu langsung peningkatan
perolehan dan pendapatan Kolej Universiti Insaniah. Sekalipun kepimpinan
PAS Kedah berbangga kerana jumlah kemasukan pelajar-pelajar baru
melebihi seribu orang, namun dengan 47 kursus di KUIN sekarang ini
berbanding 7 kursus yang mengkhususkan pengajian agama pada zaman
UMNO-BN, jumlah pelajar baru berkenaan amat menyedihkan. Ini adalah
kerana dengan 7 kursus yang ditawarkan pada zaman UMNO-BN, KUIN berjaya
menarik jumlah pelajar yang hampir sama!
Ada
desas-desus yang mengatakan, Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya hendak
menjual KUIN kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Turki.
Difahamkan Kerajaan Negeri Kedah telah menerima dana daripada syarikat
tersebut untuk pembiayaan pembinaan masjid di kampus KUIN di Kuala
Ketil.
Bagaimanapun, masjid yang khabarnya akan dibina sebahagian di
atas tasik, tidak wujud. Sebaliknya wang berjumlah lebih RM330 juta
telah ghaib, hilang dan ditelan begitu sahaja.
Justeru,
tidak menghairankan sekiranya, Kerajaan Negeri Kedah dilihat seperti
sedang menekan KUIN
agar cepat-cepat membayar hutang. Alasannya apabila
KUIN gagal membayar hutang, maka HALALlah untuk Kerajaan Negeri Kedah di
bawah kepimpinan PAS menjual KUIN kepada pihak atau syarikat asing.