Pages

Wednesday, 7 November 2012

JADI PULAK DAHHH :POTONGAN GAJI KAKITANAGAN DIPOTONG TAPI TAK BAYAR PADA BANK



8 November - Luka yang lama kembali berdarah. Jika beberapa bulan yang lalu kakitangan KUIN menghadapi masalah pembayar gaji tidak disalurkan kepada Bnak dan pihak ketiga walaupun telah diptong di dalam slip gaji. Bayar Bank , Tabung Haji, Potongan insuran, Potongan perumahan dan lain-lain tak dibayar KUIN walaupun dipotong dalam slip gaji . 

Kini masalah yang sam berlaku kembali dan berlarutan masuk bulan ketiga. Apa yang dijanjikan oleh Kartina di dalam surat pekeliling bahawa akan bayar semua tunggakan dan tanggungan disebabkan pembayaran lambat hanyalah satu helah politik. Kenapa dijanjikan nak selesaikan dan kini masalah tersebut kembali terjadi. 

Pihak skuad BERSIH KUIN beri tempoh 7 hari bermula hari ini untuk melangsaikan semua tunggakan hutang dan pembayaran kepada bank seperti mana potongan yang terdapat di dalam slip gaji. Jika tidak mungkin HIMPUNAN MEGA BERSIH 4.0 akan diadakan oleh kakitangan KUIN  dan beberapa badan penguatkuasa akan dilibatkan dalam kes ini.

Bayar hak kami wahai Jamil Palsu.