Pages

Monday, 26 November 2012

KENAPA AZIZAN DAN JAMIL BERIYA-IYA NAK BUAT KONVO KHAS DAN PERASMIAN KUALA KETIL BULAN JANUARI INI ?

Azizan dan Jamil telah bersepakat untuk mengadakan Konvo Khas KUIN pada bulan Januari ini walaupun Jamil sedar bahawa KUIN nak bayar gaji pun tak ada. Gaji lewat, potongan tak dibayar. setiap bulan kena denda dengan KWSP, Status kakitangan sambilan dan sementara dibiarkan dan lain-lain .

Sebenarnya kita perlu sedar kelicikan Jamil yang selalau berbohong dan suka memalsukan sesuatu apa y ang dikatakannya. Jamil dan Azizan terdesak kena buat juga konvo khas walaupun tak ada duit kerana :

- Kontrak perjanjian antara KUIN dan pemilik rumah kedai di Stargate akan tamat hujung tahun ini, begitu juga kontrak perjanjian kampus Sungai Petani. Jamil sedar KUIN trak ada duit nak beroperasi di Stargate dan Sungai Petani, so..... Jamil kenalah segerakan proses pemindahan ke Kuala Ketil walaupun hingga kini proses pembinaan bukanya siap 100 % lagi.

- Bila jamil buat konvo khas dan menjemput SPB YDP Agong , maka sudah tentulah Jamil dan Azizan dapat menggunakan stautus Agong untuk memberi tekanan kepada agensi Kerajaan dan Swasta seperti JKR, TNB, SADA bagi mendapat CF dan beberapa kelulusan lain dengan segera berbanding jadual yang sedia ada.

- Jamil sedar semua agensi kerajaan dan swasta di atas agak mudah diarah oleh Jamil melalui Azizan, tetapi tidak Kementeria pengajian Tinggi (KPT). KUIN jika ingin berpindah ke Kuala Ketil perlu mendapat kelulusan premis baru Kuala Ketil daripada KPT. Maka orang kanan Jamil termasuk Wan Sulaiman dan Sayuti ditugaskan ke KPT Putrajya bagi menguruskan urusan tersebut. Kebetulan pula Wan Sulaiman berkata yang duduk di KPT tu anak muridnya.



- Dalam Konvo Khas , menurut sumber Jamil akan memberikan anugerah khas kepada orang istana Brunei dan Gabenor Bank Negara. Kedua-dua ini adalah sinonim dengan wang dan duit. KUIN tak ada wang dan tak ada duit... Kita sendiri boleh fikir apa muslihat sebenarnya Jamil . Jika sesiapa ada kabel dengan istana Brunei dan Gabenor Bank Negara, pohon memberikan penerangan kepada mereka terhadap sikap Jamil 'sudah dapat madu sepah dibuang'.

- Azizan tahu bahawa dia tak akan kekal pada pilihanraya ini... Jamil pun bila Azizan tiada, akan turut bungkus juga. Mereka bimbang usaha mereka untuk naikkannama mereka menerusi Kampus Kuala Ketil akan sia-sia. Mungkin akan dijual kepada institusi lain, atau Kampus Kuala Ketil akan di KIV kan. Oleh itu mereka harus mengadakan perasmian oleh Agong dengan segera bagi memastikan mereka mereka boleh bersandar dengan Agong. Sesiapa yang ada kabel dengan Agong , pohon brefing Istana Negara mengenai hal ini. Bimbang apa yang terjadi dalamkonvo KUIN yang lalu berulang semula (Agong memuji KUIN, tetapi Jamil berbohong pada Agong dengan graduan Ijazah Quran terima skroll yang tak diiktiraf MQA)