Bernama
Sinar
Utusan
Kosmo online
Mstar online
Malaysian Digest.com
Malay smart.com
Shafie Nor.blogspot
Kamerakupang.blogspot
ALOR SETAR — Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM)
Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan program ijazah Sarjana
Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ijazah Kolej Universiti
Insaniah (Kuin) yang didakwa masih tidak mendapat pengiktirafan Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA).
Bendahari Kehormat PSSPGM, Abi Norzuwadin Abdullah berkata, laporan
polis itu dibuat kerana kecuaian Kuin menawarkan kursus yang masih belum
mendapat pengiktirafan MQA.
Walaupun masalah pengiktirafan itu belum selesai, Kuin tetap membuat
pengambilan kedua untuk kursus sama, katanya kepada pemberita selepas
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini hari
ini.
"Saya difahamkan seramai 30 pelajar sedang mengikuti kursus pengajian
dalam bidang tersebut. Saya harap isu ini diselesaikan segera,”
katanya. — BERNAMA