Bernama
Utusan online
Kosmo
Malaysia KINI
FreeMalaysiaToday
Berita PDRM
ALOR SETAR 8 Dis. - Lapan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin)
hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej
universiti milik kerajaan Kedah itu.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini pukul 9 pagi ini.
Laporan itu dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati
kakitangan Kuin kerana berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan
Kuin dan kakitangannya.
Mereka mendakwa, Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada
agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang
lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam
slip gaji mereka.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di perkarangan IPD
Kota Setar, mereka berkata, tindakan Kuin yang tidak membuat pembayaran
itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan sekali gus
mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban
seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran
peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan. -
BERNAMA