Pages

Thursday 27 December 2012

KONVO KHAS BATAL, HANYA PERASMIAN KAMPUS KUALA KETIL.

Tarikh 17 Januari yang diwarwarkan sebagai majlis special konvo adalah hanya meninggalkan kenangan Jamil dan Azizan. Bahkan perancangan untuk memberikan anugerah kepada Pemaisuri Brunie pada tarikh tersebut akan terkubur. 

Lantas Azizan & Jamil memang dah terdesak untuk hanya mengadakan perasmian kampus dan  konvo khas demi untuk survival politik mereka. Azizan atas desakan kekasihnya Jamil telah mendesak pihak berkaitan dengan istana untuk menetapkan tarikh bagi SBP Agong untuk merasmikan kampus baru . Khabarnya majlis tersebut akan diadakan pada 29Jan depan.

Walaupun semua tahu Kampus Kuala Ketil belum mendapat OC dan pihak Kuin akan menggunakan majlis yang bakal dihadiri  Agong untuk pihak brrwajib mempercepatkan pemberian OC. 

Majlis yg dijangka menelan belanja jutaan ringgit ini dijangka akan ditaja oleh pihak GLC kerana pihak Kuin memang tak ada duit untuk buat semua ni. Surat untuk minta sedekah kpd pihak GLC dah pun dibuat.

Apa pun yang menerima padah adalah staf Kuin . demi survival Jamil dan Azizan  kakitangan KUIN buat pertama kali dalam sejarah semenjak ditubuhkan tidak menerima kenaikan gaji 13% dan bonus akhir tahun tak dapat. Tapi staf Kuin jugak akan dikerah tenaga untuk menjayakan majlis ini. Inilah kezaliman yang ditunjukkan oleh Jamil.