Kemelut
kewangan KUIN kini menular ke Kuarters Seberang Perak yang diduduki oleh
pensyarah dan pentadbiran KUIN. Menurut sumber maklumat yang diperolehi
mengesahkan bahawa KUIN tidak menjelaskan hampir RM 100 ribu bil air yang
tertunggak kepada pihak sada. Menurut sumber juga bekalan air ke kuarters telah
dipotong bermula semalam gara-gara KUIN gagal membayar tunggakan tersebut
kerana KUIN tidak ada duit.
Ini
membuktikan bahawa pentadbiran JAMIL bukan hanya menganiya kakitangan KUIN
sahaja juga melibatkan keluarga kakitangan yang tidak berdosa. Kuarters
perguruan seberang perak didiami sebahagian besar kakitangan KUIN termasuklah
beberapa pembesar KUIN seperti Wan Sulaiman, Pak Ya Man dan Wan Kualiti.