Azizan dalam ucapan-ucapan diseluruh negeri Kedah hari ini mesti akan
mencanangkan mengenai perkembangan Kuin terutama pembinaan kampus baru
dan penambahan program pengajian dari 8 program ke 48 program pengajian.
Tetapi adakah Azizan dalam setiap ucapannya ada menyebut kepada
rakyat Kedah disamping kampus baru dan penambahan program pengajian
kerajaan Kedah juga memberi insentif kepada semua staf Kuin dengan
menaikkan gaji mereka 13% dan juga bonus tahunan kerana komitmen mereka
sehingga Kuin berjaya membuka 48 program. Inilah hakikat yg harus
diterima oleh staf Kuin apabila pemimpin yg bersandarkan kpd Islam hanya
bercakap pasai kejayaan meterial semata tanpa memperdulikan hal2
keinsanan.
Rakyat kedah kena faham disebalik pembinaan kampus
baru dan penambahan program pengajian staf Kuin tidak mendapat kenaikan
gaji dan bonus tahunan seperti yg mereka perolehi sebelum thn 2008.
Malah potongan gaji mereka juga tidak dibayar kpd pihak ketiga
menyebabkan ramai staf yg disenaraihitamkan dan nama Kuin juga telah
tercalar dikalangan institusi kewangan. Malangnya staf Kuin dibawah
pemimpin yg berkata mereka memperjuangkan Islam.