KENYATAAN AKHBAR BERSIH KUIN
KAKITANGAN
KUIN DESAK AZIZAN BERUNDUR DAN CARI
ORANG YANG MAHU AMBIL PEDULI KUIN
Azizan lupa atau sengaja buat-buat
lupa yang pihak wakil kakitangan KUIN seramai 6 orang pernah bertemu dengan beliau
dirumahnya di Jalan Sultanah pada 14 Mei 2012 jam 9 malam sehingga jam 11 malam
tahun lalu bagi membincangankan permasalahan yang berlaku di dalam KUIN, namun dalam
perbincangan tersebut keegoan Azizan masih mempercayai maklumat dan laporan yang
salah dan tersasar yang disampaikan Jamil kepadanya dan tidak mempercayai aduan
yang di bawa oleh kakitangan KUIN.
Kami dah jumpa dia untuk berbincang,
tapi dia lupa kot.. Jamil, Rektor KUI N pun kami dah jumpa tapi Jamil lari bila
berhadapan dengan kakitangan KUIN.Tak pa kita kena hormat orang tua, mungkin
dia pelupa, kalau kami kata pemikiran dia setaraf satu selinder sahaja , dia
kata tak hormat dia pulak. Tapi jangan tuduh kita tak berunding. Kita dah
berunding dengan Jamil dan berunding dengan Azizan, juga pernah bertemu exco
pendidikan Taulan, namun tiada tindakan bahkan suka menipu rakyat dalam media.
Bila Azizan dan Taulan tipu dalam
media, kita kena jawab balik dengan media agar rakyat Kedah tahu masalah
kebajikan kakitangan KUIN yang diabaikan yang sebenarnya. Ingat dia sorang saja
boleh panggil media?
Mengenai dokumen palsu yang diarahkan
oleh Jamil bagi kegunaan mahkamah, sepatutnya Azizan menentang kemungkaran
bukan menyokong Jamil sebagai rakan sehingga sanggup menghalalkan kemungkaran.
Dimanakah prinsip perjuangan Azizan.
Jika Azizan masih berkeras untuk
tidak mahu mengambil tahu mengenai masalah KUIN , seluruh kakitangan KUIN yang
berjumlah melebihi 400 orang mendesak agar Azizan berundur daripada sebarang
jawatan di dalam KUIN dan Azizan sila serahkan
jawatan pengerusi KUIN kepada orang lain yang mahu ambil peduli mengenai KUIN
Yang Azizan nak ugut kami kami suruh
cari kerja tempat lain dan berhenti KUIN pasai pa? Sepatutnya bila KUIN dah
celaru di bawah Azizan , Azizanlah kena keluar dari KUIN bukan kami. Kita pun
tahu semua orang dahh tak suka pada Azizan. Di KUIN 95 % kakitangan tak suka
pada Azizan. Orang PAS pun dah mula tolak Azizan, jadi betullah Azizan yang
kena letak jawatan dan tinggalkan KUIN.
22 Februari 2013