Kosmo : Nasional 1 Februari 2013 |
Sumber :
CYBERJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi mengenal pasti sembilan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bakal menjalani semakan kelestarian tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
KUIN antara IPT yang banyak mendapat aduan tentang prestasi dan perkhidmatan yang tidak memuaskan |
KUIN antara IPT dikesan mempunyai masalah pengurusan IPT terburuk |
“Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS akan melakukan semakan kelestarian ini yang dijangka bermula bulan Februari ini.
“Terpulang kepada jawatankuasa ini bila selesai kajian tersebut. Tindakan (semakan kelestarian) akan dibuat oleh Sektor IPTS kementerian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Universiti Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy) di sini hari ini. - BERNAMA