Pages
▼
Thursday, 14 February 2013
MALAYSIA KINI : ISU KUIN MASLAH UTAMA KEDAH
Berikut di lampirkan petikan dalam artikel Blog Pakatan Rakyat berhubung msalah KUIN yang menjadi isu memeningkan kepala Kerajaan Kedah di bawah pentadbiran Azizan:
""Strategi Azizan agak mudah. Apabila kerajaan pusat enggan melayan tuntutannya, Menteri Besar itu berkata akan terus menebang balak dan boleh menyalahkan kerajaan," katanya.
Mengulas kenyataan Azizan bahawa beliau tidak peduli luahan staf Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengenai nasib mereka dan kemelut pentadbirannya, Ahmad Bashah berkata sikap 'tidak tahu dan tidak peduli' Menteri Besar itu sebenarnya melambangkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan PAS.
Staf Insaniah menderita dengan pelbagai masalah seperti bayaran pinjaman kepada bank tidak dibuat, KWSP tidak dicarum dan pelbagai masalah lain.
"Bagaimana hendak selesai masalah jika semua pihak tidak mahu bertanggungjawab," katanya sambil menambah masalah Kuin tidak akan selesai tanpa campur tangan Menteri Besar."
Ini membuktikan masalah KUIN sudah terkena sumpahan orang yang dizalimi apabila musuh Azizan bukan sahaja dari politik luar , begitu juga dari dalam sendiri. Untuk lanjut layari blog Malaysiakini