Pada 29 Januari 2013 (Selasa) lalu berlakulah perasmian Kampus KUIN
Kuala ketil (KKK) oleh YDP Agong yang pada admin serta warga BERSIH secara lahiriahnya
nampak gah dan cantik sesuai dengan kos pembinaannya yang berjumlah RM340 juta.
Tetapi disebaliknya, semua warga BERSIH KUIN menganggap perasmian
tersebut sebagai satu penghinaan kepada YDP Agong (Tuanku Sultan Kedah Darul
Aman) yang kita kasihi, seluruh rakyat Kedah termasuk staf dan pelajar serta
kaum keluarga mereka.
Admin kata penghinaan kerana Azizan dan Jamil menyembunyikan daripada
pengetahuan YDP Agong khasnya, rakyat Kedah dan warga KUIN amnya keadaan
fizikal sebenar kampus tersebut yang belum siap sepenuhnya serta belum mendapat
kelulusan beroperasi oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kos RM340 juta yang diperolehi daripada bank-bank (GLC milik Kerajaan
Pusat) diperuntukkan untuk KKK merangkumi pembinaan kolej kediaman pelajar bagi
6,000 orang pelajar, sebuah masjid tepian tasik dan kuarters untuk staf TIDAK
WUJUD LAGI semasa YDP Agong merasmikannya tempoh hari.
Jabatan dan Kulliyyah di kampus Stargate dan induk kemudiannya dipaksa
supaya pindah segera ke KKK yang dianggap sebagai `perpindahan politik` oleh
warga KUIN.
KPT sila buat siasatan yang perlu dan jangan biarkan penghinaan ini.
Inilah penghinaan kepada YDP Agong yang Admin maksudkan iaitu baginda
merasmikan sesuatu yang belum sempurna lagi hasil penyembunyian Azizan dan
Jamil.
Ini juga bermakna masih terdapat baki wang dari RM340 juta itu?
Kemana perginya wang tersebut jika
`buat kerja secara Islam`.
Admin akan bongkarkan lagi…..
HINA sungguh perbuatan Azizan, Jamil dan kroni-kroninya ini!!!