Awal Mei 2012
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah jawatankuasa yang
mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred jawatan telah
bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan
hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.
14 Mei 2012
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di
Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN
menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di
dalam KUIN.
20 Mei 2012
Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun mengemukakan surat dan
memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN . Memorandum
tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan kepada pengerusi
dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN, namun tidak
ada sebarang tindakan susulan
30 Mei 2012
5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah, Tawfek, Asri dan
Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun
dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja
iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap
isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang
'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Mohamad
Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil melalui surat pertukaran
yang ditandatangani oleh Rektor.
19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB
Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN, namun masih tiada respon dan tindakan , bahkan Taulan hanya kata KUIN tak ada masalah
20 Jun 2012
Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan
dengan semua kakitangan KUIN secara tertutup bagi menjelaskan isu yang
berbangkit namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas
dan respon terhadap perjumpaan tersebut.
26 Jun 2012
Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor KUIN untuk
menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN kepada pihak ketiga
walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa kakitangan KUIN
membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
3 Julai 2012
Seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN berhimpun dihadapan Pejabat Rektor berdemonstrasi mendesak agar Jamik meletak jawatan dengan mengangkat sepanduk mendesak Jamil berundur.
3 Julai 2012
Seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN berhimpun dihadapan Pejabat Rektor berdemonstrasi mendesak agar Jamik meletak jawatan dengan mengangkat sepanduk mendesak Jamil berundur.
28 Jun 2012
Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan dengan menjadikan pihak
Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang tengah terhadap kes
sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan tanpa mengikut
prosuder yang sah.
6 Disember 2012
20 orang
kakitangan membuat laporan Polis di IPD Kota Setar ke atas pecah amanah Jamil
menguruskan kewangan dan potongan gaji kakitangan KUIN
15 Januari
2013
Jamil,
Rektor KUIN mengadakan perjumpaan dengan
kakitangan KUIN, namun sebaik sahaja ucapannya, beliau melarikan diri. Walaupun
ditahan dan didesak kakitangan KUIN agar jangan keluar kerana banyak masalah
isu kebajikan yang perlu dibincangkan, namun Jamil penakut dan lari keluar
dewan bagi mengelak sesi soal jawab dengan kakitangan.
6 Februari 2013
Seramai 20
kakitangan KUIN mengiringi beberapa kakitangan KUINmembuat aduan di Jabatan
tenaga Kerja bagi memohon agar diselesaikan isu kebajikan KUIN mengenai
pembayaran gaji, pemotongan gaji dan tonggakan ke Bank yang tak dibayar KUIN
walaupun pemotongan di dalam slip gaji telah dilakukan.
19 Februari 2013
Seramai 20 kakitangan KUIN menyerahkan memorandum kepada YAB
MB Kedah di Wisma Darul Aman kerana kesal dengan sikap MB Kedah yang
mempolitikkan isu KUIN dengan tuduhan melulu bahawa kakitangan KUIN yang
membawa kes kebajikan staf KUIN ke Jabatan Tenaga Kerja adalah sebagai ejen
UMNO.