Pages

Wednesday 27 February 2013

STAF KUIN BERJANJI AKAN AJAR JAMIL DAN AZIZAN : KUASA RAKYAT MENJATUHKAN ORANG ZALIM


28 Feb - Jamil menyorok (sembunyi) di belakang Azizan. Azizan pulak nak tunjuk dia ada kuasa sebagai Menteri besar dan Pengerusi KUIN. Azizan sangka staf KUIN penakut bila dia gertak. Sebalinya Azizan terkejut , semakin staf KUIN diasak , semakin berani rupanya. Dia mungkin tak sangka yang dia lawan ni semua panglima-panglima. Azizan silap strategi rupanya. Hujah politiknya menjerat dirinya sendiri

Azizan kena ingat dia berlawan dengan orang cerdik pandai , orang orang keluaran universiti, orang yang mengaji Universiti dalam dan luar negara, bukan beruk yang hanya pandai panjat pokok cermai atau pokok nyior.  

Yang lawan Azizan dalam KUIN adalah gabungan antara kakitangan akademik, pentadbiran, staf sokongan, staf pengurusan profesional termasuk gred tertinggi. 

Yang lawan Azizan dalam KUIN adalah gabungan antara penyokong PAS, UMNO, PKR dan yang tak pernah ambik tau pasai parti pun.


Kami bersumpah akan memberikan pengajaran keapda Jamil dan Azizan.Jangan ingat ada kuasa sebagai Rektor dan MB boleh menzalimi rakyat. Nabi sudah berjanji orang yang dizalimi pasti akan ditunaikan permintaan mereka. Permintaan kami jatuhkan orang yang menzalimi kami. Cepat atau lambat mereka pasti akan tersungkur.

Kepada kaki pengampu Jamil dan Azizan cepat bertaubat, sekarang kamu semua bolehlah tabik dada sebab kuasa ada pada kamu dan pemimpin kamu. Suatu hari pasti Allah akan tunjuk bahawa kuasa Allah lagi tinggi dari kuasa yang amat kecil yang ada pada Azizan dan Jamil.