Fahrizal Asmy |
Terkini 2 orang lagi mendapat surat cinta (tatatertib) daripada Pendaftar KUIN hanya kerana membongkarkan penyelewengan JAZAN.
Dua orang tersebut ialah En Asri Bin Abdul , Penolong Pegawai di Kulliyyah Muamalat dan En Ahmad Fahrizal Asmy Bin Mohd Yunos, pensyarah Kulliyyah Muamalat. Kedua-dua mereka berucap pada PENTAS BERSIH KUIN 1.0 di Jalan Suka Menanti Alor Setar pada 28 Februari 2013.
Asri Abdul |
Sebelum ini 8 orang kakitangan dikenakan surat cinta yang sama setelah mendedahkan punca masalah kewangan kritikal KUIN .
Tabahlah pejuang kakitangan KUIN, kami akan sentiasa berdoa agar tidak gentar dan perjuangan mesti diteruskan . Jangan takut dengan gertakan kerana gertakan itu menandakan mereka sudah takut dengan kebangkitan rakyat (staf KUIN) yang tidak mudah diperbodohkan oleh JAZAN