Pages

Sunday 3 March 2013

ASRAMA PELAJAR DI KUALA KETIL GAGAL

Gambar ini diambil pada 3.3.2013 jam 11.48 pagi, persoalannya hanya orang gila sahaja boleh siapkan dalam 2 minggu

Mana ada Universiti yang buat kampus besar tapi tidak  ada penginapan pelajar.. dari 8 blok kemudian kata kurangkan kepada 4 blok.... kemudian kurangkan sampai tidak langsung ada blok penginapan pelajar dalam kampus Kuala Ketil.

Apabila JAZAN (Jamil dan Azizan) tergesa-gesa nak pindah hanya kerana isu politik, maka JAZAN mendakwa bahawa boleh siapkan asrama pasang siap dalam tempoh 4 minggu untuk menampung pelajar seramai lebih dari 1,000 orang. Skuad BERSIH kata ini kerja gila yang tak pernah dibuat dek orang. Tapi JAZAN kata boleh , oleh itu JAZAN tambah cuti pertengahan semester 4 minggu (jadi semua lima minggu cuti pertengahan sem)

Bila sampai masa yang sepatutnya siap , JAZAN dapati bahawa memang tak boleh siap sperti yang didakwa SKUAD BERSIH KUIN, oleh itu JAZAN lanjutkan lagi tempoh cuti pertengahan semester sehingg jumlah keseluruhan cuti semester berjumlah 7 minggu  (tak pernah dibuat orang cuti sem lama sebegini).

Terkini , memang JAZAN setelah melanjutkan cuti , juga terbukti gagal untuk siapkan asrama pasang siap walaupun sudah dua kali melanjutkan tempoh pengajian pertengahan semester.

JAZAN terpaksa juga untuk memaksa pelajar untuk belajar .... saya akan bongkarkan apa dah jadi kepada asarama dan pelajar yang terang-terang menganiaya pelajar terutama pelajar antarabangsa yang langsung tidak terjaga kebajikannya.

Persoalannya mana perginya Majlis Perwakilan Pelajar sehingga langsung tidak membela kebajikan pelajar. MPM baru ini hanya menjadi tukang sampaikan maklumat HEP sahaja. Kalau kata pak turut nanti marah pulak..... Kesian pelajar teraniaya disebabkan JAZAN.Menurut sumber hanya 19 % sahaja yang keluar mengundi MPM tahun ini, bermaksud perlantikan MPM tahun ini bukanlah mewakli majoritipelajar......