Jika keburukan calonn boleh didedah, BERSIH KUIN buat lam dah dedah penyelewengan Jamil dan Azizan |
Diedit dari sebuah blog Kedahan
Agak mengejutkan apabila Pusat Khidmat Komuniti Kuin yang sepatutnya
digunakan untuk berkongsi aktiviti dan program yang diadakan oleh
pelajar Kuin telah disalahgunakan oleh bekas Adun Pas untuk menyebarkan
dakyah politik di dalam Kuin.
Abdul Ghani Shamsuddin yang juga bekas calon PAS di DUN N8
SUNGAI BURONG sememangnya dibawa khas untuk menarik seramai mungkin
pelajar-pelajar KUIN untuk menyokong PAS.
Beliau dilantik sebagai Pengarah Pusat Khidmat Komuniti KUIN
tetapi sebenarnya tugasnya ihanyalah mempromosikan PAS kepada pelajar
KUIN dan rakyat Kedah. Klik untuk tengok Facebook Pusat Khidmat Komuniti KUIN. Dibawah ini sedikit sebanyak post beliau didalam laman tersebut.
Apakah tujuan sebenar penubuhan Pusat Khidmat Komuniti ini? Kenapa Pengarah yang dahulu bertukar terus jadi Pusat saluran politik kepartian ?
Wajarkah KUIN menjadi markas PAS , atau parti politik lain sedangkan KUIN adalah berteraskan ilmu dan akademik?
Mungkinkah KPT belum tahu hal ini ?