JERAI 8 Mac - Satu lagi keputusan pengurusan tertinggi Kolej
Universiti Insaniah (Kuin) mencetuskan kontroversi apabila mereka
didakwa menggunakan bangunan kuliah di kampus baharunya di Kuala Ketil
dekat sini sebagai penginapan sementara pelajar.
Ketika mendedahkan perkara berkenaan, Penolong Pendaftar Kanan Kuliah
Usuluddin, Mohd. Baihaqi Hassan mendakwa, berdasarkan maklumat
diterimanya, keperluan penginapan seperti tilam, katil dan almari
pelajar dari asrama lama di Alor Setar dibawa masuk ke bilik-bilik
kuliah di kampus itu.
Katanya, tindakan tersebut dipercayai bagi menampung kemasukan
pelajar pada 17 Mac ini selepas tujuh minggu sesi pengajian pertengahan
semester tertangguh ekoran asrama pelajar di situ tidak wujud manakala
asrama pasang siap yang dijanjikan dalam empat minggu sehingga kini
belum siap.