KENYATAAN 1
Menurut kenyataan Rektor KUIN di dalam
akhbar NSTP Selasa halaman 28 , “ Jamil
berkata bahawa KUIN terlepas pandangn , pelajar harus lulus peperiksaan STAM
sebelum memasuki KUIN. Itu (syarat tersebut) adalah ketetapan baru”
Jawapan kenyataan
tersebut
Jamil
cuba mengelak diri dari menyalahkan dirinya yang cuai dalam mentadbir KUIN
sehingga menyebabkan KUIN didenda sebanyak RM 272,000.00 dan jumlah ini adalah
satu jumlah yang sangat besar. Jamil sepatutnya dikenakan tindakan surcaj di
atas kecuaian dan kesalahan tersebut
Namun
Jamil mengelak diri dan seakan-akan cuba
menyalahkan peraturan kemasukan yang
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi iaitu kemasukan bagi program
Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan mesti lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
kononnya sebagai syarat yang baru ditetapkan.
Sebenarnya
syarat tersebut adalah syarat asal dan tiada penambahan syarat baru STAM di dalam syarat untuk memasuki Kulliyyah Syariah
di KUIN:
1.Pada
November tahun 2006 pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
telah meluluskan permohonan mengendalikan kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah
kepada KUIN dengan menetapkan kelayakan masuk dengan hendaklah lulus STAM
2.Pada
23 November 2010 pihak KUIN telah menandatangani surat perjanjian akademik (MoU)
antara KUIN dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena Di dalam MoU tersebut
tetap dinyatakan dalam perkara 4 (Peruntukan Am) bahawa seseorang calon yang
hendak memasuki program tersebut (Ijazah Sarjana Muda Syariah) hendaklah
sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Perjanjian
tersebut ditandatangani sendiri oleh Jamil mewakili KUIN dan Haji Zawawi bin
Haji Ahmad, Ketua Eksekutif KIDU dan disaksikan sendiri oleh YAB Dato Seri
Azizan Abdul Razak dan YB Dato Taulan
Rasul.
3.Pada
Januari tahun 2011 pihak KUIN pernah memohon untuk menukar kelayakan masuk bagi
program Ijazah sarjana Muda Syariah dan ianya diluluskan oleh KPT , namun masih
mengekalkan kelayakan masuk dengan syarat yang sama iaitu pelajar mestilah lulus STAM.
Kenyataan
di atas sebagai bukti sebenarnya Jamil bukan terlepas pandang kerana Jamil
sendiri yang tahu dan menandatangani MoU antara KUIN dan KIDU.
Apa
yang malangnya, Jamil mengetahui bahawa pelajar yang tidak cukup syarat seperti
yang ditetapkan KPT iaitu mesti lulus STAM telah dihantar belajar di KIDU, manakala
pelajar yang memenuhi syarat pula dimasukkan
ke KUIN kampus Mergong.
Adakah
ini terlepas pandang namanya dan syarat
baru yang ditetapkan oleh KPT? Syarat tersebut adalah syarat yang lama dan
tersedia diguna pakai sejak sebelumnya.Bukti fakta di atas dapat merongkai
semua putar belit kenyataan yang dikeluarkan Jamil.
KENYATAAN 2
Menurut kenyataan Rektor KUIN di dalam
akhbar NSTP Selasa halaman yang
sama , “kakitangan KUIN sepatutnya
menggunakan saluran yang ada untuk
berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul tetapi mereka menggunakan
media”
Jawapan kenyataan
tersebut
Jamil
dan Azizan atau lebih dikenali dengan JAZAN oleh kakitangan KUIN memang merupakan
individu yang tidak mahu berbincang dan menutup pintu perbincangan bahkan
mereka sering menjadikan alas an “datang berbincang” sebagai umpan untuk
menutup kelemahan kepimpinan mereka.
Bersama
ini disenaraikan diplomasi dan usaha kakitangan KUIN untuk berbincang dengan
JAZAN namun segalanya adalah hanya retorik semata-mata :
Pada 14 Mei 2012
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di
Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN
menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di
dalam KUIN. Namun hasilnya negatif kerana Azizan masih mempercayai maklumat
Jamil berbanding aduan daripada kakitangan KUIN.
20 Mei 2012
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) , sebuah
jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred jawatan
telah mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan
KUIN kepada Rektor KUIN terutama mengenai soal penggajian , tunggakan bayar di
bank dan pihak ketiga sedangkan gaji kakitangan telah dipotong daripada slip
gaji dan pemakaian pekeliling baru Kerajaan. Memorandum dihantar kepada Rektor
dan di buat salinan kepada pengerusi (Azizan) dan semua ahli Lembaga Pengarah
KUIN dan semua ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN, namun tidak ada sebarang tindakan
susulan
30 Mei 2012
5 orang wakil kakitangan KUIN telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN
pada jam 12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu
dengan seorang wakil sahaja iaitu Us Azki sendiri. Dalam pertemuan tersebut Jamil
memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya
banyak menyoal tentang 'validility' dan tidak mengiktiraf MBJ sebagai badan
yang membawa isu kebajikan kakitangan bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada
jam 4.00 petang Us Azki terus ditukar tempat
bertugas ke Baling serta merta dan surat pertukaran ditandatangani oleh
Rektor sendiri bukan Jabatan Pendaftar.
19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB Dato’
Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN.
20 Jun 2012
Satu surat memo
ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan
semua kakitangan KUIN secara tertutup bagi menjelaskan isu yang berbangkit secara
harmoni namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindakbalas dan
respon terhadap perjumpaan tersebut.
15 Januari
2013
Jamil, Rektor KUIN
mengadakan perjumpaan dengan kakitangan KUIN. Kakitangan KUIN menyambut
baik perjumpaan tersebut dan hadir beramai-ramai kerana mengharapkan agar
masalah kebajikan kakitangan dapat dibincang dan diselesaikan secara tertutup.
Namun sebaik sahaja Jamil tamat ucapannya, beliau melarikan diri keluar
daripada dewan walaupun ditahan dan didesak kakitangan KUIN agar jangan keluar
kerana banyak masalah isu kebajikan yang perlu dibincangkan, namun Jamil keluar dewan bagi mengelak sesi soal jawab
dengan kakitangan.
Kenyataan di atas membuktikan kami telah melakukan pelbagai cara terbaik untuk
berbincang dengan JAZAN namun seperti saya katakan bahawa mereka bukanlah jenis
pemimpin yang mahu berbincang dengan orang bawahan bahkan hanya berani
menggunakan kuasa untuk menghukum sesuatu dengan kuasa autokratik di dalam
kepimpinan mereka.