Farid menunjukkan surat notis pemberhentian kerja 24 jam daripada IHSB |
KENYATAAN AKHBAR
Assalamualaikum
wrt wbt
Saya
mengambil tindakan untuk berhenti daripada kerjaya saya di KUIN ini sebagai
pensyarah di Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal adalah kerana saya
mendapat maklumat ura-ura pihak pengurusan tertinggi KUIN pernah mengarahkan kepada
seseorang agar saya berhenti dari KUIN dan mahu saya keluar daripada KUIN
ekoran banyak kenyataan yang saya keluarkan di dalam media tidak disenangi
terutama oleh Rektor KUIN, Dato Jamil kerana saya banyak membongkar penyelewengan
dan kelemahan pentadbiran KUIN di bawah Jamil.
Justeru itu
saya dengan rela hati setelah berbincang dengan keluarga bagi memastikan rekod perkhidmatan saya bersih daripada sebarang
tindakan undang-undang KUIN dan bagi
memudahkan saya mendapat pekerjaan lain di tempat yang lain memandangkan usia
saya yang masih muda, saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada KUIN .
Pemberhentian saya akan dilakukan secara terhormat.
Saya telah
menulis sepucuk surat kepada ‘mereka yang berkenaan’ pada 15 mac 2013 bagi menyatakan
hasrat saya menamatkan perkhidmatan saya bermula 15 April 2013. Saya membuat
notis awal sebulan daripada tarikh berhenti kerja bagi mengelak dikenakan
bayaran sebulan gaji.
Namun
tindakan saya yang penuh adab bagi keluar daripada kemelut yang ada dan
mengikut prosuder yang sah tiba-tiba dijawab oleh Insaniah Holdings Sdn Bhd
dengan tidak beretika dengan memberhentikan
serta merta perkhidmatan saya berkuatkuasa 24 jam bermula 18 mac 2013
sedangkan saya memohon untuk berhenti kerja pada 15 April 2013.
Lihatlah
betapa zalimnya Insaniah Holdings Sdn Bhd kepada kakitangannya, sedangkan mengikut ‘GARIS
PANDUAN PENGURUSAN PEMBERHENTIAN PEKERJA’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga
Kerja Malaysia :
1.Perkara
4.5 Majikan hendaklah memberikan notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang
ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955
(ceraian i) 4 minggu notis jika
pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun.
2.Perkara
4.6 , pihak majikan perlu membantu pekerja mencari kerja di tempat lain sebelum
pemberhentian dilakukan.
Saya tak
pasti pekeliling/sistem dan garis panduan mana yang pihak Sumber Manusia dan
Ketua Eksekutif Insaniah Holdings Sdn Bhd
pakai? Atau memang mereka tak tahu bahawa untuk melakukan sesuatu
penamatan perkhidmatan perlu ikut prosuder ?
Saya memang
pening dengan pengurusan perkhidmatan KUIN dan Insaniah Holdings Sdn Bhd
(IHSB);
1.Saya di
berikan surat tawaran kerja oleh pihak KUIN pada 28 Februari 2011 dan surat
tersebut telah ditandatangani oleh Pendaftar KUIN. Di dalam surat tersebut
termaktub bahawa saya akan diserapkan ke IHSB dan semua emolumen saya akan di
bayar oleh pihak IHSB. Apa yang pelik dalam pengurusan perkhidmatan saya ialah
, sepanjang saya diserapkan oleh ke IHSB, pihak IHSB langsung tidak pernah
mengeluarkan surat perlantikan saya berkhidmat di bawah IHSB. Tiba-tiba apabila
saya memaklumkan bahawa saya memohon untuk berhenti dalam tempoh sebulan saya
terus diberhentikan oleh IHSB serta merta dalam 24 jam. Sepatutnya mereka
merujuk kepada pihak KUIN yang menawarkan pekerjaan kepada saya bukan memecat
saya.
2.Apa yang
dilakukan oleh pihak IHSB adalah sesuatu yang berniat jahat. Saya memohon
dengan baik untuk berhenti agar rekod perkhidmatan saya bersih, tiba-tiba saya
diberhentikan dalam tempoh 24 jam.
3.Pihak
IHSB tidak ada hak untuk memecat dan memberhentikan saya dalam tempoh 24 jam
kerana IHSB hanya ditugaskan untuk menguruskan emolumen saya bukan ‘servis’
saya sebagaimana termaktub di dalam surat tawaran perkhidmatan saya.
4.Apabila
saya ingin menamatkan perkhidmatan saya agak pelik dan tak tahu ke mana saya
harus menghantar surat kerana semenjak saya bertugas di KUIN saya langsung
tidak menerima surat lantikan sama ada daripada pihak KUIN atau pihak IHSB.
Inilah pengabaian kebajikan yang berlaku dalam menguruskan perkhidmatan
kakitangan KUIN. Ketirisan pentadbiran yang sangat teruk terutama dalam IHSB
melambangkan mereka langsung tak menjaga kebajikan kakitangan sehinggakan ada
beberapa pensyarah yang lain sehingga kini belum mempunyai surat lantikan
walaupun sudah berkhimat di KUIN selama lebih daripada setahun.
Kesimpulannya
, saya akan berbincang dengan rakan-rakan daripada skuad BERSIH KUIN dan peguam
BERSIH KUIN, dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang
kepada IHSB bagi mempertahan dan menjaga maruah saya .
Lebih detail seperti diberikan pada media nasional. Terima kasih.
Wassalam.
Lebih detail seperti diberikan pada media nasional. Terima kasih.
Wassalam.
Mohd Farid Bin
Alias
27 Mac 2013