Dewan Kuala Ketil dijadikan tempat tidur pelajar lelaki |
17 Mac - Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengotakan janjinya untuk turun menyiasat perkembangan KUIN setelah Jamil , rektor KUIN berjanji dan memberi jaminan asrama pasang siap akan siap pada hari ini di Kampus Kkuala Ketil . Namun sehingga kini asrama pasang siap masih berada di tahap yang sama dan amat lambat bergerak dengan hanya kelihatan konkrit asas sahaja.
Ini mengakibatkan pelajar yang dijanjikan asrama pada hari ini lintang pukang di bawa ke sana kemari dari Kuala Ketil di bawa balik pulang ke Jitra kemudian kembali ke Kuala Ketil
Barangan pelajar ditinggalkan di dalam dewan Besar Kuala Ketil |
Pda petang ini mereka dipindahkan pula ke Kulim dan PLKN Baling yang jaraknya sangat jauh dari Kampus Kuala Ketil.
Kasihan pelajar KUIN, macam bola ditendang ke sana ke sini. Yang lagi kasihan pelajar lelaki tidur di dalam dewan besar di Kuala Ketil.
Pelajar wanita seramai 200 orang yang dibawa ke Paya Pahlawan Jitra dan mereka ditempatkan sebuah rumahdua tingkat sahaja dan ada yang tidur atas tilam dan ada yang tidur di atas selimut sahaja.
Kita harapkan pihak KPT dapat menilai tahap Jamil dan Dekan HEP menjaga kebajikan para pelajar.
Perbincangan antara pengurusan KUIN dan wakil KPT mengambil masa yang sangat lama sehingga ke petang. Admin sempat nampak wakil KPT turun makan di kafetaria bersama Dato L, Mr SS, Wan Su, Mr Besar, Mansor, Dekan HEP, Dr Fauzi, Pak Ya Man.
Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sentiasalah mengikuti perkembangan di blog ini.
Kemelut asrasma ini berlaku apabila JAZAN mengarahkan pelajar dan kakitangan berpindah ke Kuala Ketil dalam keadaan Kuala Ketil belum sempurna kemudahan dan asrama. Sepatutnya KUIN akan berpindah pada Mei atau Julai. Padahnya memetik buah bukan pada masanya memberi kesan kepada imej Universiti.