Pages

Sunday 3 March 2013

KUIN BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN - MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Utusan Malaysia 4 Mac
KUBANG PASU 3 Mac - Pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal dikenakan tindakan tegas jika Kementerian Pengajian Tinggi mendapati kemelut yang melanda kolej itu mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran penuntutnya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya sudah mendapat laporan berhubung isu Kuin dan kolej itu kini berada dalam pemantauan pihaknya.

Menurut beliau, pihaknya akan memanggil pengurusan Kuin dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kemelut yang berlaku di kolej itu.

"Kita akan timbang jawapan yang dikemukakan pihak pengurusan Kuin dan jika mendapati apa yang berlaku boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di situ, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap Kuin," katanya kepada pemberita di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini semalam.


Kosmo 4 Mac